31 December, 2009

On 8:12:00 AM by Aliza
HARI INI AKU MOODY..MOODY..MOODY..and MOODY....... AKU RASA NAK MAKAN ORANG JER...... SEMUA ORANG AKU RASA MACAM BANGANG JER... (orang yang selalu menyusahkan akulah).......

bad mood 'ibu'

30 December, 2009

On 12:31:00 PM by Aliza in
Darminggu lepas aku n en. somi asik berbincang pasal sekolah tadika kak long. sebelum ni kak long belajar di tadika Little Ones kat Bandar Baru Bangi. setahun dah kak long belajar kat situ, tapi sampai harini kak long masih slow untuk membaca, mengenal huruf pun kak long masih tunggang langgang. sebagai parent mestilah ada rasa risau. minggu lepas papa g amik report card kak long dan ada berbincang ngan teacher kat tadika. Bila balik, banyak yang dirisaukan papa. dan papa mula buat perancangan nak hantar kak long kat tadika lain. yang ada dalam fikiran sekarang tadika Q dees. cuma banyak pro n kontra... aku jadi buntu... korang yang ada pengalaman tolonglah share ngan aku... aku sakit kepala dah ni, baru nak masukkan anak ke sekolah tadika aku dah mati kutu, ni belum g nak anatar anak masuk sekolah rendah huhuhuhhuuh... please korang... bagilah sket suggestion...
On 12:09:00 PM by Aliza in
Sebenarnya korang, dalam beberapa hari ni aku rasa mood tak berapa ok, ntah kenapa sebab tak de hadiah yang nak dibuka ka abang? hehehehehehe tapi memang aku perasan yang aku moody sangat.. pantang ada silap pasti aku nak moncongs.... anak-anak plak selalu buat perangai, terutama adik yang seperti tak faham... ibu penatlah konon, padahal ada orang jer kat umah menolong . En. somi plak, hari-hari balik lambat.. alasannya cuma satu, sibuk di Showroom.. aduhhhh.. kekadang aku terpikir alangkah baik kalau showroom tu tiada, tu bila dah moncongslah tu sejak ada showroom tak pernah balik awal dah asik sibuk memanjang dengan orang yang datanglah.. bagai-bagailah lagi, hinggakan bila aku tanya hadiah aku takder ke tahun ni? dan jawapan en. somi "tak sempatlah yang, abang sibuk sangat kat Showroom, tak menang tangan nak buat itu ini...". Dengan anak yang meragam hari-hari, umah yang tunggang langgang, aku betul-betul seperti perlukan bantuan, siapa yang sudi membantu? suami selalu balik lambat.. nak minta kak long bantu? huh!! lagi naik darah aku...dah sampai hari ini aku rasa macam nak tebalik-tebalikkan jer dunia ni hihihihi

pst.. sorilah akak emo sangat nih....
On 8:39:00 AM by Aliza



KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

"Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

"Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa," katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

"Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.

"Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya," katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

Sumber :
BHarianOnLine 2009/12/28


29 December, 2009

On 12:21:00 PM by Aliza
sebelum ni adik cuma bole nengok dari jauh jer rupa LRT, Komuter dan bagai-bagai lagi kenderaan awam. bila adik nampak komuter atau LRT adik mesti buat muka takut... sambil mulut ternga..nga..nga..nga. tapi kali ni adik dah naik terus. mula2 adik takut, diam jer... tapi bila masa balik dia dah berani sket. hehehehe, mesti dalam kepala adik terpikir kenapalah adik boleh keluar dari perut benda besar tu kan huhuk....

ibu dan adik


ibu dan anak-anak saja, papa takder.. papa sibuk di Showroom


inilah geng ibu berjalan, mama ngah, uncle Po, kak long, Tok wan dan mak tok


ni masa dalam tren.. muka adik yang cuak, mulut siap ternga nga nak bagi tau dia takut


On 8:53:00 AM by Aliza
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI

AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.


8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA..

28 December, 2009

On 1:04:00 AM by Aliza
malam 25hb 12 2009, kami g makan kat bagan lalang. satu family g makan, nak celebratelah kononnya. aku hadiahkan kain pelekat dari surabaya dan senaskah tafsir alquran buat En.Suami, hehehehehe macam nak antar buat hantaran plak kan... dan En.Suami pulak belikan sebiji kek dan belanja kami makan, tahun ni aku tak dapat hadiah annyversary dari sidia, dia cakap belanja makan n kek saja.. nampaknya tahubni hanya en.Suami saja yang ada aktiviti buka hadiah huhuk... takperlah yang penting dia suka. tak banyak gambar yang diambil sebab sikecil dah meragam.. so ini jer gambar yang boleh aku kongsi....





24 December, 2009

On 4:07:00 PM by Aliza
PENTING…!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

petikan dari sabahdaily

22 December, 2009

On 4:03:00 PM by Aliza in
sejak ada iklan "potong..potong" ni adik makin suka... ala iklan p1 wimax tu, suka benar adik, sampai dah terikut-ikut

video

17 December, 2009

On 11:58:00 AM by Aliza
Lagi sket hari kita nak sambut tahun baru Hijrah, lagi sket hari kita nak masuk tahun baru 2010, lagi sket hari anniversary perkahwinanku yang ke 7.... lagi sket hari umo aku dah meningkat.

untuk tahun baru macam biasalah, azam baru..azam baru..azam baru.. azam lama macam mana dah terlaksana ke... rasanya ada yang dah terlaksana dan ada yang belum.... untuk annyversarry plak, tahun ni nak buat apa yer... rasanya aku tanak buat apa2 macam malas plak sebab aku takut nanti sambut bagai nak rak tapi apa yang berlaku tak seindah yang diharap.... semua memang selalu indah, tapi adakala apa yang berlaku cukup menyakitkan sebab tu aku malas nak pikir. en. somi ada bertanya nak g mana tahun ni, nak jalan2 macam tahun lepas ker erk itu yang aku pikir. hadiah plak macam mana? nak bagi gempak macam tahun lepas ker? hmmm aku mengeluh panjang... sebab tahun lepas semuanya gempak belaka.. kejadian-kejadian yang berlakupun gempak-gempak juga, sampai aku pun naik gempak macam nak gila kikikiki. takperlah, biarlah aku pikir sendiri apa nak buat n bagi tahun ni, dan harapan aku semuanya berjalan dengan lebih baik daripada sebelumni. dan apa yang penting impian aku untuk ulang tahun perkahwinan aku kali ini cuma kebahagiaan rumahtangga yang cukup bahagia. aku hanya mahu itu, dan aku hanya mahu kasih sayang suami dan anak-anak hanya untuk aku sahaja bukan untuk orang lain, dan harapan aku cukup tinggi di ambang 7 tahun perkahwinan aku, tiada lagi gangguan-gangguan yang mengusik perasaan untuk aku dan anak-anak, sebab aku dah cukup penat dengan apa yang pernah berlaku. sungguhpun di usia perkahwinan yang cukup muda ramai yang bercakap masih banyak cabaran yang perlu ditempuh, tapi aku tak rasa semua tu adalah penyebab untuk kita patah semangat untuk meneruskan apa yang kita ada... jadi azam aku tahun ni, aku ingin menjadi seorang ibu dan isteri yang tabah, kekekekekeke macam real jer kan.

oklah, aku dah merapu macam-macam... so korang tolonglah doakan kebahagiaan rumahtangga aku hingga ke akhir hayat......

chaiyoooo......

rahsia di hati tak siapa yang tahu

On 8:32:00 AM by Aliza
Dalamhubungan suami isteri ramai yang tersilap percaturan hidup. Mereka silap dalam menilai kasih sayang dan kebahagiaan. Mereka selalu terjebak dalam kancah dosa dan maksiat apabila gagal dalam menyampaikan rasa cinta. Lalu suami dan isteri itu memilih jalan sendiri tanpa merujuk kepada ajaran dan panduan Islam.

Berdasarkan pengalaman saya dalam berhadapan dengan masalah pasangan suami isteri, jelas mereka tidak benar-benar faham akan apa yang seharusnya mereka mahu dalam kehidupan berumah tangga. Mereka juga tidak tahu apa yang seharusnya mereka lakukan untuk kebahagian rumah tangga mereka. Bahtera kehidupan mereka berlayar tanpa tujuan.

Saya berkesempatan menonton beberapa drama TV tempatan yang menggambarkan kepincangan rumah tangga. Walaupun ia sekadar cerita andaian penulis skrip, namun saya percaya 70 peratus daripada sesuatu cerita itu adalah realiti yang sukar dinafikan. Sikap suami dan isteri yang membelakangkan ajaran Islam itulah punca sebenarnya.

Persoalannya, sejauh mana pasangan suami isteri itu tahu ajaran Islam khususnya dalam hubungan antara mereka. Adakah mereka belajar semua itu sebelum berkahwin? Adakah mereka secara peribadi sanggup bertanya pengamalan orang lain terutama ibu bapa mereka dalam membina rumah tangga?

Ramai pasangan yang hendak berkahwin berjumpa saya tetapi sekadar untuk mendapat sokongan bagi membolehkan permohonan mereka untuk berkahwin itu diluluskan oleh pejabat agama daerah. Tetapi mereka tidak pernah bertanya kepada saya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga. Adakah mereka malu atau rasa sudah tahu atau rasa tidak perlu tahu?

Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kursus pra perkahwinan yang dijalankan seluruh negara gagal memberikan ilmu kebahagiaan rumah tangga kepada pesertanya bukan kerana korikulumnya tetapi kerana sikap peserta yang ambil tidak kisah dengan pengajaran yang diberi. Kesannya, ramai yang berkahwin selepas itu menghadapi masalah.

Sebenarnya untuk bahagia suami perlu tahu apakah yang isterinya mahu daripadanya, dan isteri juga perlu tahu apakah yang dimahukan oleh suami daripadanya. Untuk mengetahuinya mereka perlu saling bertanya dengan pasangan masing-masing. Tetapi lazimnya mereka malu untuk bertanya lalu masing-masing menganggap boleh jadi pasangannya sudah tahu.

Oleh sebab ramai yang malu bertanya, maka dalam ruangan ini biar saya jelaskan rahsia kebahagiaan rumah tangga. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menjadi asas kebahagiaan, maka selagi pasangan itu dapat menerima dua perkara ini dan mengabadikan dalam kehidupan pasti akan ada kebahagiaannya.

1. Suami sentiasa mengharapkan belaian kasih isterinya.
2. Isteri sentiasa mengharapkan kasih sayang suami.

Pada pandangan anda bahagiakah rumah tangga itu kalau setiap kali suami balik rumah, akan dipersoalkan itu dan ini? Masing-masing ada jawapannya. Inilah realiti yang selalu terjadi, apabila balik rumah tidak disambut dengan belaian kasih. Pada waktu makan, suami diminta melayan diri. Pada waktu tidur, suami berpusing sebelah kanan dan isteri berpusing di sebelah kiri. Mungkin pada waktu hubungan seks, dilakukan dalam keadaan terpaksa. Walau bagaimanapun tindakan itu mungkin lebih baik daripada suami tidur dalam bilik berseorangan dan isteri tidur bersama anak-anak.

Apa yang diharapkan oleh suami tidak mencapai, hatinya tidak mendapat belaian kasih. Hatinya terus meronta meminta dan mengharap tetapi tidak mahu hendak menyatakan semua itu kepada isterinya. Jika keadaan ini berterusan, tiada jaminan rumah tangga mereka mencapai bahagia.

Manakala isteri dalam kes yang lain, sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada suaminya. Dalam hal ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa suami amat sayangkan isterinya sebab itu dia sanggup bayar hantaran yang besar. Tetapi pada realitinya dia tidak pandai nak pamirkan kasih sayangnya kepada isteri. Suami boleh beri nafkah apa yang diperlukan oleh seorang isteri tetapi cara memberinya tidak dengan penuh kasih sayang lalu pemberian itu tidak dirasai sebagai kasih sayang.

Sebenarnya, selalu bertanya khabar akan keadaan isteri sama ada waktu berjauhan mahupun waktu di rumah adalah sebahagian daripada kasih sayang. Perhatian suami kepada keadaan isteri, pujian dan simpati suami adalah ubat kasih sayang yang diperlukan isteri. Tetapi perkara selalu dipandang oleh suami sebagai mengada-mengada padahal itulah yang diharapkan oleh isteri.

Perlu dijelaskan di sini, isteri yang baik tidak meminta dan mengharapkan wang dan harta daripada suami apatah lagi kalau suaminya miskin. Pada hati isteri, perhatian yang dipamirkan oleh suami sudah cukup menghiburkan hatinya. Perhatian itulah sebenarnya pembelaan suami yang menjadi impiannya semasa hendak berkahwin dahulu, namun semua itu tidak mampu hendak diucapkan isteri kepada suami.

Percayakan kalau dua perkara ini dapat dihayati oleh pasangan rumah tangga, kebahagiaan sebenar akan diperoleh dengan segera. Malah rumah tangga yang bermasalah pun boleh dipulihkan kembali jika mereka mahu kembali kepada dua perkara ini. Selamat melayari bahtera bahagia.

petikan dari : Ahmad Baei Jaafar
On 8:14:00 AM by Aliza in
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai
untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah
beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

On 8:12:00 AM by Aliza
" Ya Allah…Sempena Ma'al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca blog ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin."

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
aal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".




Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

15 December, 2009

On 9:27:00 AM by Aliza in
Di hujung tahun ni....

Nurbatrisyia Aliza dah pandai...
-Berkata-kata ayat yang begitu bernas dan boleh diterima pakai oleh kita orang dewasa.
-dah baca iqra' 2
-dah pandai naik basikal roda 2
-dah pandai ajar adik itu ini
-dah boleh tido dalam bilik sendirian sejak dibelikan katil.
-dah pandai merungut bila papa balik lambat (sama macam ibu sebab tu papa selalu marah ibu sambil hempas pintu kereta )

Nurqaireen Aliza dah pandai
- cakap papa, nak, nanak (tanak), nyau (kucing), ba (ibu kot), nenen (nak susu)
- dah pandai jalan laju sket (setahun 3 bulan)
- dah pandai mengamuk
- dah pandai turun n naik tangga senyap-senyap.


14 December, 2009

On 3:04:00 PM by Aliza in
korang nengok gambar jer yer. semua kejadian di bawah adalah semasa kami anak beranak balik kampung jumaat lepas.












akhir sekali baby terpaksa disimpan balik sebab ada perebutan antara dua orang baby tua n kakak baby tua.

10 December, 2009

On 10:54:00 AM by Aliza in
sebelum ambil motilium
1. Jam 8.30am - 3.5oz
2. Jam 10.30am - 3oz
3. Jam 02.00pm - 2.5oz
4. Jam 04.30pm - 2oz

Selepas 3 hari ambil Motilium
1. Jam 8.30am - 6oz
2. Jam 10.30am - 4.5oz
3. Jam 02.00pm - 3.5oz
4. Jam 04.30pm - 3oz
On 9:16:00 AM by Aliza in
Sejak adik dah masuk setahun, produk susu aku semakin berkurang.. teramat-amatlah kurang, sekali pam aku hanya boleh dapat 2oz jer... macam-macam kedah yang aku guna, fenugreek seed, protien soya, pil moxolon, dan macam-macam lagi. hasilnya agak ok sket, cuma aku kekadang tak tahan dengan side effectnya dan rasanya, tapi kekadang aku paksa juga makan (protien soya). baru-baru ni aku ada tanya ngan member facebook aku.. dia sarankan aku amik Motilium,

Motilium

so dah 3 hari aku makan ubat ni.. alhamdulillah, kesan sampingan agak kurang berbanding aku amik fenugreek seed dan moxolon, cuma makan ubat ni aku agak mengantuk sket, tapi still boleh kawal. pagi tadi aku mengepam aku leh dapat 6 oz sekali pam.. wah..wah..wah.. tinggi sket idungku sebab dapat susu banyak. cuma aku mencari gak info-info mengenai motilium ni.. mari kita kongsi.

perkara2 yg boleh meningkatkan penghasilan susu ibu...

1. makanan (kurma,oat,kuchai,kobis, lobak putih, sawi, water chestnut,longan,madu, horlicks, milo dan banyak lagi)

2.pil
a) traditional/herba.. eg, PIL ASI.. ade dlm shopping online kalau nak tengok rupanya.

b)ubat/drug...

  • i)motilium/domperidone
  • kegunaan=sakit perut
  • kesan sampingan (baik)=tingkatkan paras hormon prolactin... so susu pun bertambah
  • kesan sampingan (buruk)=sakit kepala, pening, muntah

  • ii) maxolon/metoclopromide
  • kegunaan=sebagai ubat tahan muntah
  • kesan sampingan (baik)=sama macam motilium
  • kesan sampinga (buruk)=dpression
    kedua2 ubat nih boleh didapati di klinik dan farmasi(yg pro bfeed).
so.. dah tau kan.. mari kita berkongsi info yang ada.. untuk ibu-ibu yang full bf, selamat mencuba kalau nasib sama macam aku.

09 December, 2009

On 12:34:00 PM by Aliza
Hari ni dan semalam lepas adik masuk paper ramai yang ym, bermesej dalam fb, sms dan macam-macamlah bagai tanya napa muka adik masam.. aku pun jawab adik baru bangun dari tido sebab tu macam tu. pastu ada pula yang bertanya, "wuddah ni za punya ker?" terus aku tergaru-garu kepala yang tak gatal... kalau gatal pun buat-buat gatal sebab uban dah ada 1 puas aku pikirkan jawapannya... bila soklan yang sama dah banyak sangat kuar, aku pun jawab, "bukan za punya, somi za yang usahakan produk ni, za cuma membantu jer sebagai isteri.... za tak dapat apa pun, kalau za tolong jual dapatlah upah sket, tapi nama kata nak dapat rasa untungnya za tak rasalah.. sebab za cuma membantu...." pastu ada plak soklan... "kayalah za yer lepas ni, cd jual laku" aku jawab.."takde maknanya aku kaya, bukan aku yang punya laki aku yang punya, kalau aku yang punya mungkin aku dah berjoli sekang ni, tapi disebabkan orang lain yang punya.. aku terpaksalah jadi seperti melukut di tepi gantang dok mengharap somi aku bagilah aku rasa sket hasil keuntungannya.....
so itulah jawapan untuk setiap persoklan member2 yang bertanya hari ini dan semalam.



pstt:... abang, wuddah ni siapa punya sebenarnya?
On 8:54:00 AM by Aliza in
semalam aku sakit tengkuk, rasa nak demam (memang dah demam pun) jadi kesian plak kat anak-anak coz bapanya belum pulang lagi dari showroom. jadi aku suh kak long cari apa2 lah dulu dalam freezer untuk dimakan "bagi adik sekali yer kak long"... sekali yang didapatnya dari freezer sate semalam yang bapanya beli.







08 December, 2009

On 11:35:00 AM by Aliza

Agak frust bila nengok berita harian online sebab tadak gambar adik, bukan per, dorang dah bagi tau nak masukkan model kicik... so si ibu ni teruja sangatlah kikikiki... so tadi singgah petrol pump beli paper... adalah gambar adik... gambar baru lepas nangis wakakakakakaka. apalah ibu ni macam hampeh jer kan....
On 8:46:00 AM by Aliza in
hari ni Cd Wuddah masuk paper lagi, aku nengoklah paper online mana tau ada gambar adik lagi hehehehe, tapi hampa, takde gambar adik... yang ada gambar ni jer
artikel penuh korang leh baca kat sini yer (berita harian/ratu)

07 December, 2009

On 3:30:00 PM by Aliza
Hari ni aku bz, pepagi tadi aku ada exam, balik dari exam ingat bolehlah buat apa-apa kat blog ker, facebook ker.. tapi hampeh.. blackout plak kat opis... ni baru ada letrik... adoyai.... miting pun dibatalkan.. jadi tak ada apa yang boleh dibuatlah.. dok melangut jerlah sebab dah gelap gulita.....

04 December, 2009

On 4:10:00 PM by Aliza

inilah orangnya. nama belum ada lagi, cuma berat dilahirkan 3.01kg....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...