21 January, 2009
- Tulang
- Payudara
- Kulit
- Mulut Rahim
- Hormon FSH
- Membentuk tubuh dan mengelakkan kerapuhan tulang
- Menyeimbangkan ion dan garam di dalam tubuh
- Masa menstruasi
- Penyebaran minyak di dalam tubuh
- Pemisahan insulin
- Membantu saat kehamilan
- Membantu produksi spermatozoid bagi lelaki
- Menyeimbangkan kolesterol di dalam tubuh
- Membersihkan rahim, dan sebagainya
Hormon ini juga memberikan pengaruh positif terhadap perkembangan otak dan organ saraf pusat, terutama bagi kehidupan janin, sama ada lelaki mahupun perempuan.
Kita juga tidak boleh melupakan jumlah ideal hormone estrogen yang terdapat dalam kurma. Bayi yang menyusui dari ibu yang memakan kurma juga akan mengalami pertumbuhan saraf yang sempurna."
19 January, 2009
18 January, 2009
alizareesya : jadi bidadari kayangan
Parsha :asik makan tido
Izma_Shahrin : badan makin gemuk *updet
pstt... jom blogger sekalian kita main sambung2.. bila dah sambung jangan lupa bagi tau aku erk...
17 January, 2009
14 January, 2009
13 January, 2009
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse...
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron...
lg satu Gaban...ZZZZ
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?
hmm, mesti pe gan g cawan warna-warni kan ...
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah....
ingat tak..,
misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment....
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang.., kene laa tampal...
Ni sure korang ingat...
program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu... sekotak 30 sen jek beb...
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.YG SEDEPA tu ,skrg ade lagi ke???
Pukul tapak tan gan ... kan ..?
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz...batman also
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...(mak penah beli rasanye...)
ada yang suka stoking tebal laaa...
pakai tudung sekolah mesti ade pengerass.. budjet lawa la...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.... Tiket wayang pun 5 inggit je...
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam2'. pehhh aku penah kene tu...
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.kat umah main baling selipo..
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim n gan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancan gan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.aku dapat pasal kurus n family miskin...adik beradik plak ramai..makan free best!
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...haaa men sembunyik ibu...korang mesti penah men kan...mak-mak kita tak kasik men klu dah magrib...nanti hantu tetek sembunyikkan nanti..betul x betul wallahua'lam...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm....budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.sekarang dimana2 ade vietnam , nepal , bangladesh ... cuba korang perhatikan sekeliling....
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.(macam anak aku)
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...becinta tanpa h/p
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin..tp yg tak kawin pun ade gakkk...
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh
tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu indah lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita?? ( sayu hati rasanye..... hu hu hu .....)
aku dah tuaaa!!!!
pstt.. dapat dari email. tengs
12 January, 2009
kalau dah macam tu kat luar, kat dalam amacamlah yer...
adik muka masih cool lagi, ni ngah tunggu giliran
ni bila dah masuk bilik rawatan, muka tak cuak g, cuma ibu jer yang cuak sket
aku tak berani nak amik gambar depan-depan, nak nengok pun aku tak berani hehehe seram rasa, so aku amik gambar montot doktor Norlela ngan pembantunya aja... sekali dengar bunyi adik jerit sket hahaha, dah selesailah tu
inilah adik selepas diputunnnn... pandang camera pun dah tanak...
kak long pulak asik ngan interprem nyer ajer....
cuak kan...cuak sangat.. senyum pun dah tanak... huhuhu adik.. janganlah macam nih.. senyumlah macam selalu
09 January, 2009
pengasuh "kak esya gaduh kak"
ibu "gaduh ngan sapa?"
pengasuh "gaduh ngan qistina kak"
ibu "hehehehe takperlah biasalah bebudak"
pengasuh "sori kak"
massuk jer dalam kete aku tanya kak long, apsal gaduh ngan qistina? dia kata qistina marah dia hehehe, aku cakap ngan dia aku nak amik adik jap, dia kata "ibu, pegi marah qistina"
masa amik adik plak, lain plak citernyer... asik terlonjak lonjak jer... sambil tersenyum...
Keinginan untuk berbicara dengan pasangan sering ada. Selalu ingin bersama dengan pasangan
“Dituju khas Wat Sidia saya” |
08 January, 2009
ni gambar sekolah batrisyia dari depan, aku cuba cari sudut yang paling bagus, sekali ini plak yang jadik
07 January, 2009
Banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku pada hari asyura, antaranya:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
pssst: moga saudara-saudara kita di gaza di beri kekuatan untuk menentang rejim zionis. sentiasalah berdoa untuk mereka.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.
Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, "…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air". Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini boleh:
i. Membina harga diri
ii. Meningkatkan rasa bangga
iii. Menggalakkan kerjasama
iv. Membina perhubungan yang positif
v. Membantu kanak-kanak semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah
Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:
1. Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:
"Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!"
Galakan pula ialah satu hadiah:
"Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk peperiksaan kali ini!"
2. Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:
"Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!"
Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:
"Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi."
3. Pujian menggalakkan pertandingan:
"Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!"
Galakan menggalakkan kerjasama:
"Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain."
4. Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:
"Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan."
Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:
"Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak."
5. Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:
"Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz."
Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:
"Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin."
6. Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:
"Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam peperiksaan."
Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:
"Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!"
Daripada penerangan-penerangan di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!
Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau "How to Win Friends and Influence People". Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:
"Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. 'Kemahiran manusia' beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.
Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, "Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat." Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, "Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan."
Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.
Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. "Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?" Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan. "
Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda, "Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke?" ataupun jika di sekolah, anda boleh menunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata, "Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?" Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.
Pstt… Artikel di atas dipetik daripada buku Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda terbitan Perintis Books Sdn. Bhd
Tahun dah semanin bertambah, sebelum ni baru tahun 2008, arini dah masuk tahun 2009.. segalanya bertambah, umurpun dah bertambah, akak sekang pun dah bertambah beratnyer hihik… anak pun dah bertambah dari satu kepada dua.. lepasnih tak tau apa lagi yang akan bertambah.. sesekali aku termenung terpikir macam mana aku nak mendidik anak-anak aku, takut terlebih ajar dan takut jugak terkurang ajar. Sebab tu aku selalu termenung hehehehe *padahal termenung pasal gelang baru, baju baru etc lah bagai… jadi pepagi tadi aku cuba-cubalah surfing kat internet pasal kaedah mendidik anak, harap2 dapatlah panduan… dan aku berharap sangat kekalau ada anybody can help me tu tell me d good tips untuk mendidik anak…
Jadi pagi nih aku cuba sharekan apa yang aku dapat pagi nih harap leh jadi panduan erk…
PETUA ORANG2 TUA
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
Cdia sekang nih ngah bz ngan projek yang dibuatnya, sebab tu kekadang aku terpaksa duduk bertiga ngan anak-anak jer.. kekadang bila makan Cuma makan kuih n buah jer… alar macam yang pernah aku cerita dulu… tapi nak wat camner… kena rela lah walau dalam terpaksa uruskan segalanya hehehehe sensetip plak… jadi para pengunjung blog Aleezaresya kekalau ada yang berkenan di hati, bagi taulah yer.. maybe aku leh pujuk2 lagi cdia untuk bagi spesel price hehehehe.. promote jangan tak promote
06 January, 2009
tok caqs tu ngah sembang apa tuh? gumbira nampak pegang cucu
gambar family, pssttt.. cukup tak empat orang tu? tanak tambah g erk??
Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20167 years ago
-
Hi7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MH37010 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-