31 March, 2009

On 12:37:00 PM by Aliza in    No comments

"comel tak sayerr.... "


"Alar ibu, ceromin mater adik nak jatuh la... "

On 9:00:00 AM by Aliza in    No comments

APABILA disebut perkataan nusyuz, sudah tentu tergambar dalam fikiran kita seorang isteri yang derhaka atau tidak mentaati suami tanpa ada sebarang keuzuran syarie. Gambaran tersebut seolah-olah nusyuz ini hanya berlaku pada pihak isteri sedangkan dalam al-Quran dan al-sunah jelas menunjukkan nusyuz tidak hanya berlaku pada pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada suami.

Berdasarkan realiti semasa yang berlaku pada hari ini, peratusan nusyuz dari pihak suami yang melibatkan penderaan dari segi fizikal dan mental terhadap isteri adalah lebih tinggi berbanding nusyuz isteri terhadap suaminya.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail berkata, menurut Ibn Manzur, seorang penulis lisan al-arab, dari segi bahasa nusyuz berasal daripada perkataan Arab iaitu nashaza, yanshuzu, nushuzan yang memberi beberapa maksud, antaranya bangkit dari tempatnya atau bangun, tempat yang tinggi atau suami isteri saling membenci.

Katanya, para fuqaha dan ulama-ulama tafsir telah memberi pelbagai definisi mengenai nusyuz. Menurut Imam Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab, nusyuz ialah isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami mereka.

"Namun definisi ini hanya menjurus kepada nusyuz di pihak isteri sahaja sedangkan nusyuz juga berlaku pada suami. Maka nusyuz dapat ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah-amanah tersebut," kata Abdul Fattah.

Nusyuz suami jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan perdamaian. Itu adalah lebih baik bagi mereka walaupun manusia menurut tabiatnya yang kikir dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (nusyuz atau sikap acuh tidak acuh) dan sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. (al-Nisa’: 128)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu janganlah kamu cenderung melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga membiarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awangan). (al-Nisa’: 129)

Rasulullah bersabda, Barang siapa yang mempunyai dua orang isteri dan cenderung kepada seorang tidak kepada seorang lagi, maka suami tersebut akan dibangkitkan pada hari Kiamat dengan sebahagian daripada badannya dalam keadaan condong (senget sebelah). (Riwayat al-Baihaqi)

Dalil-dalil dan sunah di atas mengukuhkan lagi bahawa nusyuz bukan setakat berlaku di pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada pihak suami.

Tambah Abdul Fattah, antara perbuatan suami yang dianggap sebagai nusyuz adalah tidak memberi nafkah zahir dan batin. Pemberian nafkah ini merupakan kewajipan suami yang perlu ditunaikan. Firman Allah yang bermaksud, Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya (nafkah suami kepada isterinya) dan orang yang sempit rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. (al-Talaq: 7)

Imam al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah bersabda bermaksud: Suami hendaklah memberi makan kepadanya (isteri) jika ia hendak makan dan kamu (suami) hendaklah memberi kepadanya (isteri) pakaian jika ia berhajat kepada pakaian.

Selain itu, kata beliau, tindakan bercakap kasar dengan isteri seperti mengherdik, menghina dan memukul tanpa sebab sedangkan isteri taat dan tidak derhaka kepada suaminya juga dianggap sebagai nusyuz. Sabda Rasulullah bermaksud: Janganlah sesekali kamu memukul di muka, kamu tidak boleh memperolok-olokannya dan juga kamu tidak meninggalkannya (berasingan tempat tidur) kecuali di rumah sendiri. (Riwayat Abu Daud)

Nasihat

Katanya, dalam surah al-Nisa’ ayat 34, syarak menganjurkan beberapa kaedah yang perlu digunakan oleh suami bagi menangani isteri nusyuz iaitu dimulakan dengan nasihat diikuti dengan pemulauan tempat tidur dan akhir sekali pukul yang tidak mencederakan.

Kaedah yang serupa juga perlu digunakan oleh isteri bagi menangani permasalahan suami nusyuz seperti mana yang telah dinyatakan dalam surah al-Nisa’ ayat 127. Ia dimulai dengan nasihat, pemulauan dan perdamaian. Walau bagaimanapun, isteri tidak boleh menggunakan kaedah memukul untuk menghadapi suami nusyuz seperti yang dibenarkan kepada suami bagi menghadapi isteri nusyuz.

"Menurut Muhsin Atawi dalam kitabnya al-Tasawwur fi Ma'rifat al-Islam, suami isteri mempunyai hak yang sama antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Isteri berhak untuk menasihati suami tentang kelebihan bagi suami yang bertanggungjawab dan mengingatkan mereka tentang azab yang bakal diterima bagi suami yang mengabaikannya. Moga-moga dengan nasihat tersebut suami akan sedar dan insaf serta kembali melaksanakan kewajipannya sebagai seorang suami seperti yang dikehendaki agama," katanya.

Jelas Abdul Fattah lagi, sungguhpun isteri berhak untuk memulau suaminya yang nusyuz namun berdasarkan kepada nas-nas dan hadis, pemulauan daripada pihak isteri terhadap suami nusyuz hanya terhad dari segi percakapan dan bukan pada perbuatan. Pemulauan dari segi percakapan bermaksud isteri tidak bercakap dengan percakapan mesra berbanding sebelum ini atau isteri berdiam diri dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari dengan tujuan untuk menyedarkannya.

Tempoh pemulauan percakapan (berdiam diri) tidak boleh melebihi tiga hari kerana bersandarkan kepada sabda Rasulullah bermaksud: Tidak halal (haram) bagi seseorang muslim tidak bertegur sesama saudara seagama melebihi tiga hari. (Riwayat al-Baihaqi)

Namun pemulauan dari segi perbuatan dengan menolak ajakan suami untuk bersetubuh sekalipun suami nusyuz adalah tidak dibenarkan oleh agama. Kenyataan ini berdasarkan kepada maksud umum daripada sabdaan Rasulullah bermaksud: Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur, namun isterinya menolak ajakan tersebut dan (tindakan tersebut) membuatkan suaminya marah, maka para malaikat akan melaknatinya (isteri) sehinggalah waktu pagi. (Riwayat Muslim)

Sekiranya nasihat dan pemulauan tidak dapat menginsafkan maka kaedah seterusnya adalah melalui perdamaian. Tindakan perdamaian ini juga disyorkan oleh Allah bagi menghadapi suami nusyuz. Firman-Nya: Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian. (al-Nisa’: 128)

Tambahnya, perdamaian yang dimaksudkan ialah isteri mengurangkan hak yang perlu ditunaikan oleh suami terhadapnya seperti mengurangkan kadar mahar yang tertangguh, nafkah atau hak-hak persamaan (bagi yang berpoligami). Tindakan isteri ini adalah bertujuan untuk mengembalikan ketenteraman dan keamanan dalam rumah tangga.

Imam Nawawi ada menyatakan dalam kitab al-Majmu’: Apabila telah jelas tanda-tanda nusyuz pada suami disebabkan umur isteri telah lanjut ataupun dalam keadaan sakit dan pada waktu itu isteri berpendapat dengan mengurangkan hak-haknya seperti mengurangkan nafkah, hak kesamarataan dan seumpamanya dapat menjernihkan hubungan mereka semula maka ia adalah dibenarkan.

Abdul Fattah berkata, para suami hendaklah sedar dan faham akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga khususnya terhadap isteri.

Mereka hendaklah memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan tidak sesekali mengabaikan masa depan anak serta isteri. Hasil daripada kelalaian ini akan mengakibatkan para suami akan menerima azab yang pedih apabila bertemu Allah kelak.

Kesan jika nusyuz dibiarkan berlarutan

Sekiranya kesemua kaedah yang telah disyorkan oleh syarak di atas tidak dapat mengubah sikap suami yang nusyuz, maka isteri hendaklah mengadu kepada mereka yang dapat menyelesaikan permasalahan tersebut termasuklah ahli keluarga atau terus bertemu pihak kadi.

Menurut Dr. Muhammad Uqlah dalam Nizam al-Usrah: Isteri tidak seharusnya berdiam diri sekira suaminya tetap nusyuz sekalipun kesemua kaedah yang disyorkan syarak telah digunakan. Ini kerana jika dibiarkan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Sebaliknya isteri hendaklah mengadu kepada pihak-pihak yang dapat menyelesaikan permasalahan mereka seperti ahli keluarga dan sebagainya. Sekiranya keadaan tersebut masih tidak dapat dikawal maka isteri hendaklah adukan perkara tersebut kepada pihak kadi agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan nusyuz suami.

Sumber: Utusan Malaysia (17/06/2006)

30 March, 2009

On 12:02:00 PM by Aliza in    No comments

1) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..


2) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3) Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4) Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5) Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6f) Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7) Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


8) Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


9) Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

On 11:51:00 AM by Aliza in

















Name:



Email :


Telefon :



Alamat surat menyurat :




Pakej yang ingin disertai :

Trial Package

Pack of 7 microfiber snap button

Pack of 7 microfiber velcro

Pack of 5 snap button bamboo

Pack of 5 velcro bamboo

combine package







This
HTML form was created by Freedback.

27 March, 2009

On 11:10:00 AM by Aliza in    No comments
Membaca rencana keluaran lalu [Poligami boleh mengundang ke neraka?], ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?

Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu.
Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.

Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina. Rujuk entry
Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks untuk penerangan terperinci.

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.

Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.
6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.
On 10:49:00 AM by Aliza   No comments
dua minggu lepas g lah kenduri kaween zila.... alar budak yang dah tak sabar nak kaween tuh... akhirnya kaween gak...


potong kek 3 tingkat gitu


hehehehe anak dara aku.... siap bertudung g


tak tahan tuh, baju itam pouch biru


SELAMAT PENGANTIN BARU ZILA, HARAP BAHAGIA KE AKHIR HAYAT
Posted by Picasa
On 8:10:00 AM by Aliza   No comments
Semalam Qaireen buat perangai, dia tak mau diletak atau ditinggal langsung.. entah. sebab dia demam kot.. malam semalam aku mandi jam 10 malam lebih, serabut aku rasa. pastu petang semalam aku nengok episod last Spa Q.. aku dapat rasa betapa peritnya rasa hati seorang ibu bila anak yang dikandung hilang dari pandangan mata... eh apa yang aku merepek pepagi buta nih.. bukan per, aku teringat penatnya aku menjaga adik semalam.. rasanya macamtulah mak aku jaga aku kecik sampai besar dulu....
kena dengan apa yang aku ceritakan ni, pepagi ni aku dapat email plak.. lagu untuk ibu.. jadi aku sharekan sket ngan semua ibi-ibu kat luar sana... LAGU UNTUK IBU

26 March, 2009

On 9:12:00 AM by Aliza in ,    No comments
Sabtu Lepas kami sekeluarga luangkan sket masa pergi keluar memalam, kebetulan plak belum makan malam, so aku pun kelam kelibuuutlah masak.. tetiba timbul idea nak ajak sidia g makan kat luar.. terus idea ku nak makan kat Taman Masjid Putrajaya.. dan dia pun ok... fuh.. selera gitu...


siap bawa tilam adik lagi...


kak long n Qaireen.. masing2 bawa aksesori mereka


sidia dan anak-anaknya


hahaha adik dah jadi macam kanggaroo... tapi still nak melonjak kuar..

psstt.. kalau nak nengok banyak gambar lagi klik sini
On 9:01:00 AM by Aliza   No comments
Semua gambar ni diambil oleh cik abeku masa mini gath kat umah Aishah tempoh ari, dah basi dah, tapi aku saja nak tunjuk apa yang kita tak sedar huhuhu. kalau nak nengok lagi banyak gambar leh masuk sini kalau tak pun sini





25 March, 2009

On 4:58:00 PM by Aliza in    No comments
Di dalam sebuah cinta
Terdapat bahasa
Yang mengalun indah
Mengisi jiwa
Merindukan kisah
Kita berdua
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Di dalam masa indah
Saat bersamamu
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa
Pandangan matanya

Menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta
Aku bertanya
Aku menunggumu

Dalam hati ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
Aku...
Dalam lelah ku menunggu
Dalam letih ku menunggu
Aku...
Masih menunggu

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah...
Harus berapa lama, harus berapa lama
Aku menunggumu, aku menunggumu
Aku menunggu...aku menunggumu
On 2:52:00 PM by Aliza in    No comments
Salam,

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga pastinya mengambil masa untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Meskipun bercinta dalam tempoh yang lama, 5 hingga 10 tahun sekalipun, namun bukan mudah bila masing-masing mula bersatu di bawah satu bumbung.


Dua individu yang berbeza sikap, pandangan, latar belakang dan sebagainya harus belajar menyesuaikan diri hidup bersama. Ketika ini, akan terserlahlah sikap dan sifat sebenar pasangan masing-masing. Apa yang tidak pernah ditonjolkan oleh pasangan ketika bercinta akan anda hadapi ketika ini. Proses mengenali pasangan ini pastinya ada suka dan dukanya dan itulah rona yang mewarnai kehidupan sebuah perkahwinan.

Dalam pada itu, di awal perkahwinan ini bukan soal menyesuaikan diri saja akan menjadi masalah tapi juga akan timbul kesulitan tentang pembahagian urusan rumahtangga ataupun kerja-kerja rumah. Walaupun hanya tinggal berdua namun rumah pastinya takkan sunyi dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Urusan memasak, mengemas, membasuh, pembayaran bil dan sebagainya perlu diagih-agihkan Apatah lagi jika isteri berkerjaya. Sekiranya hanya seorang yang melakukannya, sudah pasti tidak menang tangan.

Oleh itu, sebaik-baiknya di awal perkahwinan ini, suami perlu dibawa berbincang tentang hal ini. Terangkan bahawa urusan rumahtangga bukanlah terletak di bahu isteri semata-mata dan jangan 'manja'kan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan, jika sejak mula anda telah biasakan suami membantu anda, insya Allah, takkan ada masalah lagi di belakang hari.

INGAT! Isteri yang dikahwini bukanlah pembantu rumah (orang gaji) anda. Bagi isteri pula, tak perlulah anda tunjuk 'terror' kononnya mahu menjadi seorang superwoman yang mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Anda akan menerima natijahnya di kemudian hari. Kerja rumahtangga harus dibahagi-bahagikan agar berjalan dengan lancar dan rumahtangga terurus. Tapi bukan mudah untuk melakukannya. Akan timbul masalah jika si suami tidak mahu memahami, ataupun pemikirannya ditanamkan dengan fikiran bahawa kerja rumahtangga adalah kerja wanita, jadi mahu tak mahu ia harus dilakukan oleh isteri. Ada juga lelaki yang ego, mereka menolak melakukan kerja rumahtangga.

Pelbagai alasan diberikan, dari malas, tidak biasa hinggalah bukan tanggungjawap suami, katanya. Benarkah begitu? Jika beginilah keadaannya, yang harus berkorban adalah isteri. Jangan tak tahu, biasanya hal ini boleh saja menyebabkan pertengkaran suami-isteri. Sudahnya baru saja berumahtangga, ada pasangan yang bergaduh sakan.

Sebahagian daripada umat Islam mempunyai salah tanggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga. Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sila rujuk entry Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu untuk permasalahan ini.

Tidak dinafikan memanglah tugas utama isteri adalah menguruskan rumahnya, suaminya dan anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya isteri langsung! Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.


Ini dibuktikan dengan hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW juga membantu meringankan tugas dan urusan isteri-isterinya di rumah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksudnya, “Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya, “Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.”

Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a. yang maksudnya, “Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatunya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.”

Hadis-hadis ini cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW ketika bersama dengan ahli keluarganya.
Jadi, apakah yang menghalang suami zaman ini daripada meringankan tulang membantu isteri? Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.

Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip # 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat

Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips # 2 – Berikan alasan yang logik

Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips # 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’

Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.

Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips # 4 – Sentuh perasaannya

Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.

Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips # 5 – Rayu dengan hadiah

Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips # 6 – Jangan mendesak atau mengarah

Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips # 7 – Masa yang sesuai

Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips # 8 – Ucapkan terima kasih

Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.

Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.
On 11:09:00 AM by Aliza   No comments
Apa yang aku ingat pepagi nih adalah... harini GAJI.... dompet merah n coklatku tidak akan kering lagi.. aku boleh shopping hoooraayyyyy.. tapi bila sampai opis aku baru teringat bila nengok kalendar kat depan mata.. alahai, arini besday Ayu plak.... jadi... aku sempat bagi ini jer untuk ayu


SELAMAT HARI LAHIR YANG KER.......
Posted by Picasa
On 10:41:00 AM by Aliza in    No comments
"When it comes to buying a wedding anniversary gift the ideas are endless. The internet can provide a huge selection of potential gift ideas that you may struggle to find in a store.

If you are buying a gift for a friend or family members anniversary keep in mind the length of time the couple have been married and the type of relationship they share, if the couple are close to you then it is worth investing a bit more time and money to find a more personal and meaningful gift.

If the wedding gift is for you partner then you may decide to go with tradition these are as follows

1 Year = Paper, ideas for anniversary gifts would include, a newspaper from the year you were married, paper money, gift vouchers, gift certificates.

2 Years = Cotton, A cotton shirt for your partner, a hand sewn card, Cotton underwear.

3 Years = Leather, anniversary gifts include leather briefcases, leather wallet, Shoes etc

4 Years = Linen, gift ideas would include bed linen, clothing, bed covers, silk scarf's

5 Years = Wood, Hand made wooden ornaments, Wooden carved chopping board, Plant a tree

6 Years = Iron Wedding anniversary gifts would include, iron statues, Irons, iron kitchen equipment

7 Years = wool, jumpers, wool scarf, clothing made from wool

8 Years = Bronze, Statues or sculptures are normally the best wedding anniversary gift for this year

9 Years = Copper, copper cups, copper ornaments, copper plant pots, copper bangle

10 Years = Tin or Aluminum wedding anniversary gifts such as a tin jewelry box or Personalized plaque

25 Years = Silver, Silver dinner service, silver necklace, silver picture frame, Silver Wine Box

30 Years = Pearl, Pearl Necklace, pearl cuff links, pearl earrings

40 Years = Ruby, Ideas for wedding anniversary gifts would be Ruby earrings or jewelry, ruby ring, ruby cufflinks.

50 Years = Gold, Gold ring, gold necklace, gold picture frame, gold wine goblets

60 Years = Diamond, Diamond earrings, jewelry, rings, studded frames

On 10:00:00 AM by Aliza in    No comments


puas aku cuba upload video Qaireen menyusur/ menyulur tapi tak dapat jugak aduhhh... oklah aku bercerita jerlah dulu. semalam aku ngah duduk diam, tetiba Qaireen pandang aku, sekali aku panggil dia tanpa disangka dia menyusur datang kat aku wahhh.. perkembangan baik nih.. abis lutut seluar n dada bajunya kotor.. bertambahlah kerja masin basuh ibu lepas nih... ok, korang semua kalau nak nengok videonya, leh klik sini
Posted by Picasa

24 March, 2009

On 4:07:00 PM by Aliza in    No comments
Otak adalah organ pertama yang terbina ketika dalam kandungan. Apabila lahir, otak bayi mengandungi sel otak yang berbilion jumlahnya. Ia sentiasa bekerja dan belajar perkara baru. Proses sepanjang hayat ini dipengaruhi faktor luaran dan dalaman.

Walaupun kanak-kanak lahir dengan jumlah sel otak yang banyak, namun banyak juga yang ‘hilang’ selepas dilahirkan. Apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat. Dalam tempoh yang lama, sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang.

Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik tetapi juga pengalaman yang dilaluinya.

Oleh itu, stimulasi otak kanak-kanak perlu dibuat sebanyak mungkin. Misalnya membina kemahiran berbahasa membabitkan membaca dan bercakap dengan kanak-kanak. Stimulasi itu sebenarnya sejak dalam kandungan, bermula dengan pemilihan makanan yang diambil ibu. Nutrisi yang ibu ambil ketika hamil memberi perbezaan besar dalam pembangunan otak. Oleh sebab itu wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat.

Kemudian, aktiviti stimulasi itu berubah mengikut tahap perkembangannya. Sebagai contoh, selepas dilahirkan, anda bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi tidak boleh membalas kata-kata anda, tetapi otaknya sudah membuat hubungan penting yang mengaitkan perkataan dengan makna.

Beri perhatian padanya, jangan biarkan bayi tertekan. Misalnya tercari-cari anda yang membuatkan bayi tertekan dan menangis. Tekanan hanya akan melambatkan pembangunan otak bayi.

Luangkan masa untuk bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi masih belum pandai berkata-kata. Buat bayi ketawa, tersenyum dan bercakap dalam pelbagai nada. Lakukan aktiviti bersama.

Bacakan bayi buku dengan kuat dan dalam pelbagai nada. Mendengar ibu bapa membaca membantu pembentukan bahasanya. Membaca juga menanam minatnya pada buku.

Begitu juga dengan sentuhan. Sentuhan pada bayi, memberi keselesaan padanya dan menghasilkan persekitaran positif untuk otak mempelajari perkara baru secara berterusan. Apabila anak semakin membesar, deria semakin terbentuk dan dia lebih peka dengan persekitarannya. Dia akan mula mahu bermain dengan objek atau berinteraksi dengan orang lain. Penyelidikan mendapati tahap daya intelek kanak-kanak dipengaruhi jumlah interaksinya dengan ibu bapa.
Pemilihan buah-buahan dalam diet makanan penting dalam pertumbuhan otak anak.

Pada usia enam bulan ke atas, anak patut diberi peluang meningkatkan kemahiran koordinasinya. Apabila dia merangkak dan cuba berjalan, ia bukan saja membantu anak belajar koordinasi pergerakan kakinya malah menguatkannya. Pada peringkat ini, anda boleh memperbaiki kemahiran kognitif anak dengan memperkenalkan objek di hadapannya dan bercakap mengenainya.

Berbual mengenai pengalaman lepas juga membantu membentuk memori. Lebih banyak pendedahan, lebih banyak pengalaman dipelajari. Misalnya membawa dia ke zoo dan taman permainan atau menghabiskan masa melukis, mewarna atau membuat kraf tangan.

Bagaimanapun, stimulasi yang diberi tidak semestinya membuatkan anak anda menjadi bijak tetapi membantunya mempelajari banyak perkara baru dalam hidupnya.
On 9:40:00 AM by Aliza in    No comments
Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami.

Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?

Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

- Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

- Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

- Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

- Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

- Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

- Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.

- Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.

- Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

- Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

- Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

- Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.

- Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.

- Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.

- Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian.
Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.

- Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Tanda
ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
1- Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu pemimpin wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan harta mereka. Maka wanita yang solehah ialah mereka yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suaminya mengikut apa yang Allah kehendaki.
Wanita-wanita yang kamu khuatiri akan derhaka padamu, maka nasihatilah mereka (didiklah) mereka. Dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka (jangan disetubuhi) dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu bersikap curang pula. Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An Nisa:34)
2- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa saja yang isterinya meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga.” (Riwayat At Tarmizi)
3- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan pada kepadanya: Masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)
4- Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah SAW, saya adalah wakil kaum wanita untuk mengadap tuan (untuk menanyakan tentang sesuatu). Berperang itu diwajibkan oleh Allah hanya atas kaum lelaki. Jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup disisi Allah. Lagi dicukupka rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajiban terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka), lalu apakah kami boleh dapat memperolehi pahala berperang itu?”
Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpai, bahawa taatlah kepada suami dengan penuh kesedaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala pergi berperang membela agama Allah SWT. Tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya.”
5- Saidina Ali k.w.j : “Seburuk-buruk sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baik sifat bagi kaum wanita iaitu kikir dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya wanita itu jika dia kikir, maka ia memelihara harta suaminya dan jika ia bersikap keras, maka ia menjaga diri daripada berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang buruk, dan jika penakut, maka ia takut dari segala sesuatu, leh itu ia tidak berani keluar dari rumahnya dan ia menjauhi daripada tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang buruk kerana takut kepada suaminya.”
6- Sepatutnya seorang isteri mengetahui kedudukan dirinya seolah-olah seorang ‘hamba’ perempuan yang dimiliki oleh suaminya atau sebagai ‘tawanan’ yang lemah. Oleh kerana itu ia tidak boleh membelanjakan sedikit pun dari hartanya (sendiri) kecuali dengan seizin suaminya kerana ia diumpamakan sebagai orang yang dalam kawalan (perhatian).
7- Wajib bagi seorang isteri :
i- Merendahkan pandangannya terhadap suaminya.
ii- Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya termasuk juga hartanya.
iii- Menunaikan hajat suami (jika diajak oleh suaminya) biar pun diwaktu sibuk atau susah (ditamsilkan berada si punggung unta oleh Rasulullah).
iv- Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya. Kalau keluar rumah tanpa izin suaminya maka dilaknati oleh malaikat hingga ia bertaubat dan kembali.
8- Diceritakan dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya iaitu burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa berada dalam kerelaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari Allah dan malaikat serta semua manusia.”
9- Sesiapa saja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sehinga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan memohon kerelaannya.
10- Aisyah RA berkata : “Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.”
11- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga orang yang tidak diterima solatnya (tidak diberi pahala solatnya) oleh Allah dan tidak diangkat kebajikan mereka ke langit ialah:
i- Hamba yang lari daripada tuannya hingga dia kembali.
ii- Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya hingga dia memaafkannya.
iii- Orang yang mabuk sehingga dia sedar kembali.
12- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang isteri berkata kepada suaminya: Tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali, maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.”
Keterangan:
Maksud hadis ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan suaminya seperti dalam pemberian nafkah dan memberi pakaian maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.
13- Nabi Muhammad SAW bersabda, bermaksud:
“Sesiapa saja seorang isteri meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan, maka haramlah bau syurga ke atasnya.”
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi seorang isteri yang tidak berminat kepada suaminya kecualilah kalau dia meminta cerai kepadanya kerana khuatir tidak boleh menjalankan kewajipan terhadap suaminya sebagai mengelakkan dari kekecewaan suaminya.
14- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin dan isteri yang kaya. Lalu isteri itu menafkahkan hartanya kepada suaminya, kemudian mengungkitnya.
15- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari kiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).”
16- Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Empat perempuan yang berada di neraka ialah:
i- Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia memakinya (memarahinya).
ii- Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang suami tidak mampu.
iii- Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
iv- Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan minum dan tidur, dan ia tidak mahu berbakti kepada Allah dan tidak mahu berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak mahu berbakti kepada suaminya.
Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecuali jika dia bertaubat.
KERANA KAU PEREMPUAN

1.Auratmu lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.Perlu meminta izin daripada suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3.Saksimu kurang berbanding lelaki.

4.Menerima pusaka kurang daripada lelaki.

5.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkn anak.

6.Wajib taat kepada suamimu.

7.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8.Kurang dalam beribadat berbanding lelaki kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

KENAPA????

Kerana korang seorang perempuan istimewa.kerana segala sesuatu itu ada sebabnya.benda yg mahal harganya akn dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat yg terbaik.sudah pasti intan permata tak kan dibiar berselerak,bukan?

Korang perempuan perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama drp ayahnya. Bukankah ibu adalah seorg perempuan? Kau perempuan menerima pusaka kurang drp lelaki tetapi harta drp lelaki tetap harta itu menjadi hak peribadi korang dan tak perlu diserahkn kpd suami. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak2.

Korang perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat korang didoakan oleh segala makhluk,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini dan sekira matinya dia jika melahirkn anak adalah syahid untuk dia..

Di akhirat kelak,seorang lelaki dipertanggung jawabkan terhadap 4 perempuan ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang perempuan pula dipertanggung jawabkan terhadapnya 4 org lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Korang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu syurga yg disukai cukup dgn 4 syarat sahaja :
Solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, taat kpd suami dan menjaga kehormatan.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat kpd suami serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MASYA-ALLAH..demikian sayangnya ALLAH kepada kamu wahai perempuan.
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.


13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.


17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya
Pertamanya, seorang isteri itu mestilah ada maruah terhadap suaminya. Ertinya, seorang isteri itu mesti menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di hadapan suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam kawan-kawannya sahaja dan "tidak boleh sama sekali mengecil-ngecil dan merendah-rendah martabat" suaminya.

Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami dan isteri kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum berkahwin. Perbuatan itu sangat dilarang oleh syariat dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram tadi iaitu sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab kabulkan, masing-masing seperti dua orang kawan biasa. Jadi si isteri merasakan suaminya sebagai teman biasa sahaja hinggakan dalam panggilan pun, kedua-duanya hanya berbahasa “I” dan “You” sahaja.

Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu sentiasa rasa malu terhadap suami, segan dan rasa rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah merasakan yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang dapat memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat samada di dunia mahu pun di akhirat.

Yang kedua, seorang isteri mestilah menutup penglihatannya terhadap orang laki-laki yang bukan muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya dan lelaki yang sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi mengelakkan para isteri terpengaruh atau tertarik kepada laki-laki lain.

Yang ketiga, seorang isteri itu mestilah patuh terhadap perintah suami kecuali arahan-arahan yang berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya suami menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang. Isteri tidak boleh patuh kepada arahan itu.

Yang keempat, seorang isteri mestilah diam ketika suaminya sedang bercakap. Syariat melarang para isteri menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika suami sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu tadi kerana maklum sajalah isteri-isteri zaman ini kadang-kala memiliki keilmuan yang sama taraf dengan suami. Tentulah si isteri merasakan yang dia juga berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak mahu menjadi ‘Pak Turut’ sahaja.

Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian, walaupun mungkin dia lebih pandai daripada suaminya. Dia mestilah diam dan mendengar saja setiap buah fikir percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap, hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi bercakap. Tetapi selagi suaminya sedang bercakap, dia mesti diam serta tunduk memberi penghormatan.

Yang kelima, seorang isteri itu mestilah berdiri ketika suami datang kepadanya.

Yang keenam, seorang isteri itu mestilah mengundurkan diri ketika suami hendak tidur.

Yang ketujuh, si isteri hendaklah sentiasa memakai bau-bauan untuk suami mereka agar dia dapat menarik kasih sayang suaminya. Yang menjadi satu keanehan ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias dan berwangi-wangian ketika hendak pergi ke majlis-majlis. Apabila di depan suaminya, dia tidak kesah tentang dirinya.

"Sedangkan perempuan dilarang oleh syariat untuk memakai bau-bauan ketika keluar rumah hingga dihidu oleh orang lain".

Kelapan, seorang isteri mesti menjauhkan badannya daripada berbau busuk. Dia mestilah sentiasa menjaga kebersihan badannya supaya dapat memikat keinginan para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita sebutkan pada para perempuan zaman ini kerana sudah memang trend kaum wanita zaman ini sentiasa menjaga badannya.

Kadang-kadang ada yang menahan dari makan dan minum kerana hendak menjaga badan supaya sentiasa ada ‘potongan’. Sampai kadang-kadang para suami pun naik bingung melihat isterinya memelihara badan sebegitu rupa.

Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat tahannya badan kita ini. Paling maksima, 50 tahun. Lepas itu badan pun entah ke mana. Sepatutnya yang mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana yang akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah ruh. Ruh jugalah yang akan merasai azab.

Yang kesembilan, seorang isteri wajib berhias di hadapan suami. Di belakang suami isteri tidak wajib berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan fitnah.

Kesepuluh, isteri dilarang berhias ketika suaminya tiada.

Kesebelas, si isteri jangan berkhianat kepada suaminya ketika suaminya tiada di rumah. Juga tidak berkhianat terhadap harta-harta suaminya. malah jika ada orang datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk sekiranya tidak mendapat keizinan suaminya.

Ketiga belas, si isteri mestilah merasa puas jika sedikit diberikan suaminya. Ertinya, penghargaan yang besar haruslah diberi terhadap pemberian yang kecil oleh suami.

Keempat belas, isteri tidak boleh menolak sekiranya suaminya berkeinginan terhadapnya. Dalam hal ini, Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa pelawaan suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun di atas bonggol unta.

Kata Rasulullah lagi,

"kalau seorang isteri itu menolak pelawaan suaminya bila tidur malam dan suaminya terus tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si isteri dilaknat para malaikat".

Yang kelima belas,

"Seorang isteri tidak boleh keluar rumahnya tanpa izin dari suaminya. Sekiranya dia keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di dunia termasuk para malaikat akan melaknatinya sehinggalah dia bertaubat dan kembali kepada suaminya".

Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Dan kalaulah para isteri dapat memikul tanggungjawab tersebut, dia akan menjadi isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan dapat menyuluh para isteri masing-masing sejauh manakah isteri-isteri mereka telah dapat dididik dan memikul tanggungjawab tersebut.

“Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka yang taat kepada Allah dan suaminya dan memelihara hak suaminya sewaktu suaminya tidak ada.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...