31 August, 2009

On 8:03:00 AM by Aliza in
Salam semua dan selamat berpuasa. Aku pepagi ni nak bercerita sket apa yang jadi semalam. semalam Wuddah CD Bamboo baru sampai. aku agak teruja sebab tak pernah guna CD bamboo dan tak tau apa kelebihannya. jadi masa hb ku dengan membernya tengah kira-kira CD aku cilok satu CD Bamboo Velcro. Jadi apa lagi aku amiklah gambarnya untuk dikongsi dengan korang.

inilah cdnya, terlalu lembut. Aku adalah antar ibu yang suka mengumpul pelbagai jenis CD, dan aku bagi 5 bintang untuk CD bamboo ni, aku puas hati sangat.


Butangnya pulak sama warna dengan warna fabriknya, setakat nih aku belum ada lagi cd yang buttonnya sama warna dengan fabrik, nice. ni salah satu warna yang ada. kalau korang rasa-rasa berminat leh masuk www.awrastore.com


ini pulak bahagian pelekatnya, besar dan aku yakin adik tak boleh cabut, jahitan untuk pelekatnyapun kemas.


Bahagian pelekatnya pula boleh diedjust seminima yang boleh, pelekatnya pulak boleh ditindih.


ini plak brand Wudda'h

ok , tadi aku dah bercerita tentang cd bamboo Wudda'h yang sampai semalam. sekang aku nak bercerita apa itu bamboo. korang mesti macam aku juga, ramai tak tahu apa itu bamboo dan apa fungsinya. semua ni hasil kajianku dalam beberapa hari ni hehehehehe, yerlah sebab aku nak tau juga apa keistimewaannya sampai orang boleh jual mahal.

Bamboo Cloth Diapers - lampin... lembut seperti sutera, mewah dan eko mesra

Bamboo Cloth Diapers adalah sehelai lampin yang mengandungi 4 lapisan fabrik Bamboo yang penuh dengan kelembutan dan cantik. Anda akan jatuh cinta dengan ini fabrik yang cantik dan selembut sutera. Menyerap lebih daripada kapas, sehelai Bamboo Cloth Diapers adalah pemadanan tipis dan lebih selesa untuk bayi tanpa memerlukan kita membuat tambahan insert. Satu pilihan ekonomi, saiz Wudda’h Bamboo Cloth Diapers boleh menampung sehingga berat 15kg, agak sesuai untuk jangkamasa panjang.

Bamboo??

Ya – Bamboo ! Bamboo adalah satu gentian yang eko mesra (mesra alam). Bamboo adalah satu sumber yang sentiasa diperbaharui dengan satu kitaran pertumbuhan yang amat pendek. Ia seperti sebuah kilang sangat banyak, tumbuh dengan cepat dan dengan mudah. Yang menariknya ,bamboo ini boleh berkembang dengan cepat tanpa penggunaan racun perosak iaitu, racun herba atau baja-baja. Kerana ia satu serat tumbuhan, Bamboo adalah biorosot. Daripada pengeluaran ke kemusnahan, Bamboo kain tuala diperbuat daripada mesra alam menganyam Bamboo yang telah jarang sekali sebarang impak pada persekitaran. Material lampin-lampin Wudda’h bamboo adalah ketakberacunan.

Jadi bagaimana boleh Bamboo bersesuaian dengan bayi anda? Fabrik Bamboo adalah setanding dengan tekstur sutera, bersedia menyerap lembapan dan membolehkan udara bergerak dengan baik dan memberi keselesaan pada bayi anda. dengan sifat Antibakteria, serat Bamboo mempunyai unsur-unsur alam untuk membantu melawan pertumbuhan bakteria dalam kain anda lampin-lampin (perasan tak lampin kain biasa bila lama dipakai ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan? Perasan tak tompok-tompok hitam pada insert dan lampin?) . Ujian pernah menunjukkan yang juga selepas 100 pencucian ciri-ciri ini masih ada! Lampin kain Bamboo akan mencapai daya serap penuh selepas 10 pencucian, Bamboo Cloth Diapers juga tidak sama seperti lampin kain yang ada sekarang, ia tidak perlu dibasuh untuk meningkatkan daya serapannya sebelum digunakan, ia boleh digunakan terus kerana kualitinya tetap sama. Tahap daya serapannya akan terus meningkat lebih setelah dicuci selepas kali pertama menggunakannya. Senangkan? Tak payahlah kita nak cuci dulu sebelum guna.

Bamboo juga mengatasi kapas dalam penyerapan lembapan, ia telah terbukti bahawa boleh menyerap 60% lebih daripada kapas bagi piawaian sama. Ia amat sesuai dengan keadaan alam sekarang , serat Bamboo menawarkan lembapan betul-betul luar biasa penyerapannya. Tidak memerlukan extra insert seperti lampin kain biasa, (bukankah itu kos apabila satu insert bersamaan dengan RM10?) . Wudda’h Bamboo Cloth Diapers adalah Satu pilihan besar untuk keluarga bijak!





28 August, 2009

On 8:55:00 AM by Aliza in

Selamat ulang tahun yang pertama adik. Semoga adik sihat, murah rezeki dan dipanjangkan umur. Ibu sayang adik

27 August, 2009

On 11:35:00 AM by Aliza

Dah 6 hari posa, harini aku mulai rasa bimbang. Korang tengok hasil perahan ku dr pagi tadi. Waaa
On 8:36:00 AM by Aliza in
Jom Kongsi resepi berbuka posa kat sini

25 August, 2009

On 12:21:00 PM by Aliza in

· Terdiri dari 4 peserta

· Sebulan seorang peserta akan dapat 5 pcs Wuddah CD (3 pcs snap button Bamboo, 2pcs Snap button Microfiber).

· Sebulan peserta akan bayar duit kutu RM56.70.

· Duit kutu perlulah dimasukkan setiap 27hb setiap bulan selama 4 bulan.

· Selepas pembayaran dibuat, sila maklumkan yang duit dah masuk, lagi senang kalau korang email copy paste kan bukti2 pembayaran

· SELAMAT BERCD…

· Duit kutu perlulah dimasukkan ke dalam Akaun Maybank





kekalau ada yang berminat leh YM Aku. TQ


24 August, 2009

On 11:31:00 AM by Aliza in




On 11:28:00 AM by Aliza in



On 8:09:00 AM by Aliza in
Tahun ni merupakan kali pertama aku berpuasa sebagai seorang ibu yang full bf. dulu masa kak long tak full bf so aku tak rasa sangat. Tapi kali ni, masuk dua hari berpuasa aku terasa begitu tak laratnya aku. lebih-lebih lagi adik baru recover badannya dari sakit tempohari, so dia asik nak melekap jer... masuk petang jer, badan aku menggeletar Ya Rabbi, rasa begitu tak tertahan... korang ada cadangan tak buat aku?

Tahun ni juga merupakan tahun pertama Kak long berpuasa, harini hari ketiga dia berpuasa, dah 2 hari dia berpuasa penuh.. kak long baru 5 tahun...

Untuk semua, selamat Berpuasa, semoga amalan kita diterima Allah....
AMIN....

19 August, 2009

On 12:46:00 PM by Aliza in
Korang, aku baru balik dari nurseri, tadi dapat call dari pengasuh kata adik muntah n berak cair. pastu poo poo dia kuar kot idung.... :( aku bergegas ke nurseri. aku dah terbayang macam-macam. bila sampai nurseri aku nengok adik macam biasa, aku comformkan balik.. dorang kata adik muntah sket jer, sebab bagi makan ubat. tapi poo poo dia kuar kot idung, n dia poo poo cair, aku kompius. aku call doc. tanya, doc kata mustahil, sebab jauh nar saluran dia, tu maybe muntah.... dia menolak ubat tu yang muntah... YA ALLAH TOLONG SEMBUHKAN ADIK
On 11:16:00 AM by Aliza in
Ku terbaca satu artikel, menarik perhatianku untuk kongsi bersama.

Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
  • Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

  • Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

  • Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

  • Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

  • Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

  • Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

  • Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

petikan :-http://genta-rasa.com
On 9:01:00 AM by Aliza in
Adik Sakit, tapi adik dapat CD baru dari Papa. Cd baru adik best lain sket dari yang lain... ada corak-corak.



Ni CD nya

Yang istimewanya cd ni, buttonnya, boleh main tindih-tindih, sesuai dengan adik yang kempes perutnya hehehehehe

CD baru adik ni pun besar sket.. nampaknya bolehla adik pakai lama sket


ini plak cd baru adik yang lain dari yang lain.. "bamboo", insertnya siap ada button g, so tak gerak2lah nanti.. info pasal cd bamboo ni pun ku tak sempat cari g...

so, korang kalau nak try cd macam adik leh dapatkan kat sini yer..., regenya pun masih atas kemampuanku hehehehe

On 8:33:00 AM by Aliza
Hari Kedua adik sakit


Hari Ketiga adik sakit



Hari Kelima Adik Sakit


Adik Semalam


18 August, 2009

On 10:58:00 AM by Aliza in
Salam, semalam aku dah starb bagi adik makan ubat yang doktor pakar bagi. tengah malam semalam adik dah kurang meragam. adik dah mau senyum macam biasa. tapi adik masih poo poo lagi, adik dah tak muntah. pagi tadi adik bangun awal, adik meragam sket jer, adik dah mula bf macam biasa, air pun ibu dah bagi air glucose. ibu buatkan adik bubur, adik dah mau makan sket, Alhamdulillah, berkat doa semua. ibu rasa senang sket bila nengok adik mau makan walau hanya dua sudu. adik dah boleh berdiri tegak sket pagi ni. panggil "cat" pun adik dah mau. tapi ibu masih monitor adik, takut-takut ada yang tak ok.

hmm, ramai tanya adik kenapa. Hari khamis lepas adik muntah-muntah. aku kelamklibut bawa adik g kinik, doc cakap adik kena keracunan makanan. aku pelik apa yang adik makan. doc bagi adik ubat tahan muntah. hari jumaat adik dah mula berak-berak, adik dah tak mau makan, adik mula meragam. aku kalut. call doc tanya, doc cakap proses bila kena keracunan makanan memang gitu. aku sebenarnya rasa tak puas hati, sebab aku nengok gigi atas adik nak tumbuh 2 batang. aku andaikan semua tu sebab gigi. tapi dari hari ke hari adik makin tak ok.....
nanti aku sambung lagi.. adik dah bangun....

Sambung.....

1.54pm
hari sabtu keadaan adik semakin teruk. adik langsung tak boleh bangun, badannya terlalu lemah. tiap apa yang ku masukkan dalam mulutnya pasti terkeluar balik. bila ku bagi ubat tahan muntah, adik berhenti muntah, tapi adik akan poo poo... bila bagi adik ubat cirit birit adik akan muntah tak kira siang atau malam, tak kira apa keadaan sekali pun.macamtulah adik. kali ke tiga ku berjumpa doc. tapi kali ni doc lain plak, doc tu suh stop semua ubat adik, dia kata kalau adik keracunan makanan, dalam masa 3 hari adik mesti akan baik, tapi bila nengok keadaan adik, dia tak ok, dia cukup lemah, dan perlu masuk wad. bila doc tau adik belum amik antibiotik, dia suh makan antibiotik dulu dan monitor adik lagi, sebab dia cakap kalau nak ke hospital pun buat masa ni, cukup susah, sebab pesakit terlalu ramai. dia bagi masa sehari untuk pantau adik. lepas kuar dari kinik aku ajak hb g jumpa kawannya kat UKM, abang din. abang din pandai mengubat bebudak, cuba saja. bila jumpa abang din, dia cakap perut adik penuh angin, pastu tulang belakang adik terseliuh sket, ada kemungkinan adik jatuh.. tersentap aku... adik memang lasak.. tapi tak sangka sampai macamtu. lepas jumpa abang din, adik nampak perubahan sket, dia mau main, dia boleh berdiri sket biarpun agak lemah... adik dah tak muntah, cuma adik masih poo poo cair. dan adik masih tak mau makan. malam adik akan terus meragam.
hari ahad berlalu macam tu saja, adik tetap tak berubah, tapi aku bagi adik minum air garam dan glucose, aku pujuk adik sket-sket... dia mau... nampaklah perubahan sket... tapi yang merisaukan aku bila adik poo poo cair. hari isnin kami ambil keputusan bawa adik ke hospital, bila sampai hospital orang cukup ramai, aku amik keputusan untuk terus jumpa pakar di Hospital Annur. kata doc, adik kena radang usus. memang takder ubat, dan memandangkan keadaan adik yang lemah, adik perlu masuk wad, tapi ibu dan papa tetap juga kena usaha untuk bagi adik makan sket-sket. jadi doc cadangkan, teruskan jer bagi adik air glucose n air garam di rumah, paksa adik makan sket-sket, sebab dia cakap adik tak muntah dah cukup bagus, dan adik poo poo pun dah tak kerap. so dia cadangkan rawat adik di umah. tapi kalau adik muntah balik, terus masuk wad. doc bekalkan pribiotic untuk adik, dan yang membuatkan aku tersentap, doc tu suh adik stop bf, dan bagi adik susu lactos free. tapi nasib adik baik, bila susu tu dah habis....... kalau tidak........

hari ni, hari selasa, adik bangun awal, semalam adik tak meragam sangat... adik tak muntah, tapi adik still poo poo.. tapi tak banyak sangat. pagi tadi adik makan 2 sudu bubur, tengahari tadi adik makan sesudu nasi yang dilenyek....... adik tak meragam sangat, cuma perut adik masih keras.... adik banyak bf... sampai ibu pun jadi tak sihat......

untuk hari esok dan seterusnya, aku harap adik bertambah baik.. dah banyak hari ibu tak g keje... takut orang marah..:(

harapan untuk semua, tolong doakan adik terus sembuh yer... takut perkara yang tak elok dekat adik... sebab demam adik masih ada.... dah 5 hari adik demam....

17 August, 2009

On 8:32:00 PM by Aliza in
Salam semua. Ibu dah lama tak g keje. adik tak sihat. adik demam dari hari khamis lepas. adik muntah-muntah. adik tak mau makan, adik takder selera nak makan... adik asik berak-berak. dah 5 hari adik tak sihat... doktor suruhh adik masuk wad, tapi adik tak mau... adik takut. aunty/ uncle/ makcik/ pakcik/ kakak/ abang/ kawan-kawan, tolong doakan adik yer.... adik dah lama tak makan, adik asik minum air masak dan bf jer..adik poo poo pun dah kuar air jer.... tadi adik dah jumpa doktor pakar....adik tengok ibu sedih jer........ :((


dari hati ibu... korang, tolong doakan adik cepat sembuh yer... aku dah mati akal, adik meragam tiap saat dan ketika......sedih dan sayu hati ibu....

13 August, 2009

On 12:07:00 PM by Aliza in

Are you a Contact?

Close contact with someone with Influenza-like illness (ILI) may expose you to the Influenza A (H1N1-2009) virus. You may also be a contact if you are caring for someone with ILI. The infected person is infectious 24 hours before the infected person’s symptoms appear and continues throughout the period that he/she is ill. Exposure can take place anywhere - at school, work, and even at home


What should you do if either you or your child is a contact?

Avoid further close contact with the person who is ill to reduce the chance of being infected.

Monitor your health and watch out for these flu-like symptoms:

• FEVER • SORE THROAT • COUGH • BODY ACHE

• RUNNY NOSE • HEADACHE • TIREDNESS


Children who are contacts

should refrain from playing with other children outside or inside your home as children may continue playing even when they start having flu-like symptoms and this would put other children at risk.



monitor the health of both you and your child closely. High-risk groups are:

• Children <5>

• Pregnant women

• Have underlying medical conditions such as asthma, chronic lung disease, heart

disease, diabetes or kidney disease

• On dialysis

• On immunosuppressants

• Undergoing cancer treatment

• On long-term aspirin therapy

• Persons aged 65 years and older




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...