30 November, 2010

On 9:14:00 AM by Aliza   No comments
Aku sedang mencari info pasal talasemia... bukan apa, saja nak berinfo.. jadi aku pun sharelah sket kat sini, mana tau leh jadi info berguna nanti.... aku dapat ni pun dari sini
jadi marilah sesama menambah info dan ilmu hehehehehe....

Pada tahun 2006 didapati kira-kira lima peratus atau sejuta rakyat Malaysia dikenal
pasti sebagai pembawa gen talasemia.Daripada jumlah ini, 200 hingga 350 bayi yang dilahirkan
di negara ini didiagnosis menghadapi penyakit tersebut.Bayi yang tidak dapat dirawat akan
meninggal dunia dalam usia 10 higga 12 tahun.

1) Penyakit talasemia adalah sejenis penyakit anemia. Untuk penjelasan dari segi Biologi, penyakit talasemia adalah penyakit yang dibawa oleh gen autosomal(gen-gen lain kecuali gen sex) yang bersifat codominan. Maksudnya, penyakit ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Maksud codominan ialah jikalau pesakit mendapat dua gen talasemia daripada kedua-dua orang tuanya, maka pesakit tersebut akan menghidapi pesakit talasemia major yang kronik. Sebaliknya jika pesakit hanya mendapat satu gen talasemia daripada salah seorang orang tuanya dan satu lagi gen yang sihat, pesakit tersebut akan menghidapi talasemia minor. Dalam kes penyakit talasemia minor, pesakit akan mempunyai 50% sel darah merah yang sihat, 50% lagi yang sudah terjejas bentuknya dan tidak lagi efektif untuk membawa oksigen. Pada altitud yang rendah, lazimnya darat, pesakit tersebut tidak akan merasa apa-apa yang tidak kena. Ini kerana di darat, badan kita hanya memerlukan 30% sel darah merah yang sihat sahaja untuk membawa oksigen. Akan tetapi, jika pesakit itu naik ke altitud yang tinggi, dia akan mengalami simptom yang sama dengan pesakit talasemia major. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke badan kita. Sel darah merah yang sudah terjejas bentuknya tidak boleh membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan. Pembawa gen talasemia juga boleh menghadapi simptom-simptom talasemia jika mereka naik ke kawasan yang tinggi. Saya tidak menghadapi penyakit talasemia.

Orang yang menghadapi talasemia ataupun pembawa gen talasemia besar kemungkinan akan mempunyai muka yang pucat. Tetapi mereka tidak akan menjadi lebih putih daripada orang lain. Warna kulit kita dikawal oleh pigmen yang dikenali sebagai melanin, bukannya sel darah merah.

2) Simptom-simptom yang boleh diperhatikan pada pesakit talasemia minor adalah muka pucat, letih, ada "garis" @ "bulatan" hitam di mata dan simptom lain yang boleh dikaitkan dengan akibat kekurangan oksigen.

3) rawatan yang boleh diambil untuk mengawal penyakit talasemia ialah tranfusi darah dan pemindahan sum-sum tulang sekirannya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Gejalanya;
-Keletihan yang teruk.
-Sesak nafas.

-Jaundis. (Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan Bilirubin di dalam badan.)
-Limpa membesar.
-Kecacatan tulang
(muka berupa mongoloid).


Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
1.Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
2.Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
3.Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.


Talasemia major
1.Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
2.Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.
3.Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.


jadi lepasni g lah wat pemeriksaan saringan talasemia.. manalah tau ada antara kita yang menjadi pembawa, pengihidap atau yang seangkatan dengannya... apa-apapun... bersedia lebih baik...





za: sentiasa cuba yang terbaik. bila ujian datang, amat berharap ada sokongan dari orang sebelah, tapi kalau orang sebelah buat tak tahu dan boleh gelakkan kita.. hmmm tanggunglah sakit tu sendiri..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...