28 January, 2010

On 4:35:00 PM by Aliza in ,
banyak ni jer yang tinggal... satu plastik penuh


satu plastik tak penuh



cukup ke nih sampai adik 2 tahun???


inilah tuan punya susu


dia pulak yang masuk deep freezer






27 January, 2010

On 10:45:00 AM by Aliza in
Tahun 2007, seorang wanita muda berusia 26 tahun datang ke ofis saya dengan wajah yang muram dan suram. Sepupunya merupakan pelajar di UIA dan pelajar itulah yang membawa wanita itu ke ofis saya. Saya bertanyakan wanita yang bernama A itu.."Apa yang saya boleh bantu puan?" "Panggil saya A saja Dr...tak payahlah panggil puan." A kemudiannya menyambung perbualannya.."Dr, saya nak bercerai dengan suami saya". Saya terkejut kerana dia betul2 kelihatan tekad ingin bercerai. A memberitahu saya dia baru saja mendapat seorang cahayamata yang berusia 2 bulan waktu itu.Pernikahannya baru berusia 18 bulan.

Saya bertanya lagi...
"Kenapa nak bercerai?Suami tak berikan nafkah ke?" Wanita muda ini menjawab, "Tak dr, dia berikan saya RM300 seminggu." saya bertanya lagi utk kepastian, "RM300 seminggu atau RM300 sebulan?" Dia menjawab setiap minggu RM300, sebulan jumlah nafkah yang diberikan RM1200. Suaminya turut membayar duit ansuran bulanan utk keretanya. Dia tidak bekerja dan mempunyai seorang pembantu. Terdetik di hati saya, bertuahnya wanita ini kerana suaminya boleh dikatakan bertanggungjawab dari sudut nafkah zahir.

Saya menyambung lagi.."jadi kenapa puan nak bercerai? Anak pun masih kecil kan?" Wanita ini mula menangis dan saya menghulurkan kotak tisu kepada dia. Dia memberitahu saya, "dari segi kewangan memang dia baik dr, tapi setiap hari dia menghina saya.saya dah tak tahan dr."
Saya bertanya lagi, "menghina yang macamana?cuba jelaskan kepada saya." A kemudiannya memberitahu saya, setiap hari suaminya mengherdiknya dengan kata-kata, "perempuan bodoh! perempuan tak sedar diri."

"Kenapa suami cakap macam tu?" A kemudian memberitahu saya, dia cuma anak org kampung dari utara tanahair, manakala suaminya pulak anak orang kenamaan di KL. "Saya tahu saya ni orang kampung, mak ayah saya pun tak kaya raya, tapi dia yang masuk meminang saya.Bukan saya masuk meminang dia dr.." Saya terdetik di hati, betullah tu..kalau dah orang terima pinangan kita, bersyukurlah.kalau tak terima kan susah jugak.?

"kalau sekali dua tak ape, ni setiap hari dr.hati saya ni rasanya dah macam retak seribu.tapi bila fikirkan anak, rasa tak tergamak pisahkan anak drpd ayahnya. kalau tak mahu cakap i love you pun tak ape dr. tapi saya dah tak tahan terima semua ni. padahal sayalah yang patut cakap dia tak sedar diri dan tak sedar diuntung." Saya tersentak dan bertanya lagi, "Apa maksud awak"?

"sebenarnya dr, dulu saya kerja di sebuah company besar. bila bertunang, dia minta berhenti.saya berhenti sebab sayangkan dia walaupun gaji dah besar masa tu. seminggu sebelum bernikah dr tahu apa jadi?" saya berkata, "Ceritalah, saya dengar". Ada org beritahu saya tunang saya pernah tidur dengan pelacur. saya rasa nak pitam dr, tak percaya...tapi org tu cakap, kalau tak percaya, tanyalah tunang saya sendiri." Saya bertanya, "habis tu, awak ada tak tanyakan kpd tunang awak?" Dia mengangguk dan menyambung cerita, "dia mengaku dr..memang betul tapi cuma sekali. dan saya tanya dia, gunakan kondom tak masa tu? katanya ya guna." jadi disebabkan dia jawb gunakan alat tu lah saya cekalkan hati terima dia.lagipun dr, semua persiapan dah dibuat. tinggal 5 hari nak kenduri.saya tak mahu mak ayah saya malu."

Saya terdiam....dan wanita muda ini menyambung, "Saya tak bersyukur atau dia yang tak bersyukur dr? saya sanggup berkorban demi cinta pada dia. Berbaloikah saya terus bersabar menerima kata2 bodoh dan tak tahu diuntung?"

Perbualan kami berlangsung hampir sejam setengah..apa nasihat saya kepada dia saya rahsiakan kerana bimbang ada yang mengatakan saya nak menunjuk2. Moral of the story...selain wang ringgit, nafkah zahir dan kekayaan dunia.lebih ramai wanita yang mahukan kasih sayang dari seorang suami.bukan kata2 pujian tetapi kata-kata baik yang mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri. bukannya susah sangat pun nak ucapkan kata2 yang baik itu.tetapi kadang2 kita terlupa..hati manusia bukan dibuat daripada kayu atau batu. semua manusia ada hati dn perasaan.kita perlu berhati-hati dengan tuturkata kita. Para isteri juga ada yang bermulut laser, jadi..fikirkanlah perasaan suami sebelum bercakap atau mengeluarkan kata2 yang beracun.

pepatah Arab ada menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. pedang tajam itu sepatutnya digunakan hanya utk mempertahankan diri bila perlu.bukan utk menyakiti hati org lain, terutamanya isteri yang banyak berkorban utk suami dan anak2. isteri yang menerima kekurangan suami sedanya..isteri yang menerima dan memaafkan kesilapan silam suaminya. Ingatlah satu perkara, "kalimah atau kata2 yang baik itu juga sedekah.."

2 bulan selepas pertemuan saya dan A...saya menerima panggilan daripadanya. "Dr, alhamdulillah dia dah ada banyak perubahan walaupun belum sepenuhnya. Terima kasih dr, saya harap kita dapat berjumpa lagi dan minum teh bersama-sama.kalau dr free...call lah saya.kita pergi hi-tea ya. banyk benda saya nak ceritakan."

sudah 3 tahun berlalu...saya tidak pernah keluar minum teh dengan wanita itu.bukan tidak sudi, tapi keadaan belum mengizinkan.perkembangan terbaru yang saya tahu..dia telah selamat melahirkan anak kedua tahun sudah. Alhamdulillah. Kepada para isteri saya cuma mampu meminta bersabar dan berusaha mengubah keadaan.Jangan mudah mengalah..perkahwinan bukan seperti membeli barang emas.jika berkenan yang baru, kita jualkan yang lama. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci, jadi cuba pertahankan sedaya upaya kita.jika tiada lagi kesabaran dan kasih sayang di jiwa, kalau ditakdhdirkan berpisah..lakukan dgn baik.Jangan ada benci dan dendam kesumat di antara suami dan isteri.kerana jika dendam kesumat berlaku..anak2 lah yang akan jadi mangsa.

"Siapa kata, hanya sebab lidah tidak bertulang,maka kita boleh cakap sesuka hati kita?"

yang baik itu daripada Allah..yang buruk itu daripada saya seorang manusia biasa."
wassalam,
Dr Fauziah


pstt:... BERTUAHNYA SEORANG YANG BERNAMA LELAKI.. ada wanita yang sanggup berkorban berkali-kali untuk dia sedangkan dia berfikir berkali- kali untuk berkorban demi seorang yang bernama wanita yang bernama isteri... kalaulah..........
On 8:49:00 AM by Aliza in
Harini hari terakhir. flight jam 8.40 malam, so boleh melepak lagi kat hotel. tapi sebelum tu buatlah aktiviti2 yang membuatkan kita tak kempunan bila balik nanti.

makan laksa.. laksa penarak dorang cakap.. sedap woooo


Adik ngan kak long pun nak makan laksa


apa lai tu adik


dah abis


posing jap lepas makan laksa. tapi laksa Penarak memang sedap... tak salahla dorang kat situ cakap laksa ni sedap, so koranglah la makan kat sini kalau sampai langkawi


dah nak chek out, adik dan kak long dah tak bleh duduk dah


ni kena paksa berdiri gak


penuh troli dengan adik yang sekejapan mengamuk sebab mengantuk


kak long pulak dipaksa buat homework, sebab asik bercuti jer sampai homework pun tak siap.


spoil betullah air asia ni, tak pernahnya sharp, asik delay jer.. sepatutnya flight jam 8.40 di tunda ke 9.40. sakit tul hati aku.. sib baiklah MAS dah takder tiket, kalau idah haram aku naik Air Asia. Bikin Panas servis macam *&@#$$%^&^. tengok adik.. dah kepenatan dah, sib baik ada surau, orang pun tak ramai, leh lepak dulu.


sian kak Umi.. letih rasanya


kak long dan adik pun letih gak.. hampir 4 jam menunggu.


apalah yang dibuat adik beradik tu



ibu pun dah penat mengurus anak dua orang sendirian.. macam ibu tunggal pulak yer...


dah nak berlepas.. jam 10 gak jadinya masuk flight.. hampes


nilah kapal yang kami naik... adoyai....


kak long suke naik flight


adik pulak asik meragam jer


masa ni dah nak sampai, sepatutnya dah sampai, tapi flight takleh landing sebab katanya takder tempat landing, 15 minit gak kapal berpusing2.. apalah punya servis, cekik darah betul. sian kak long, ngantuk sangat, adik plak asik kejut jer.


dari adik dan kak long.. bye..bye Langkawi, nanti kami datang lagi

26 January, 2010

On 3:37:00 PM by Aliza
Masa ni baru habis kursus untuk sesi hari sabtu, bila dapat peluang jejalan, trus siap nak g jalan-jalan


adik sekejap nak dok dalam pouch kejap tanak, penat aku


kak long pun macam minah saleh dah bertopi bagai


amik gambar sendiri sebab tadak kamera man

posing baik punya


nilah hotel tempat kami menginap

Dah sampai masanya, adik sibuk beli cekelat heheheh


masa ni ngah sibu memilih kuali, alasan pilih kuali nak beli, alasan nak beli sebab nak buat lempeng hehehehe


alamak, lupa plak, tok chaq pun join sekali masa hari kedua di Langkawi, nilah kualinya.. Tefal, murah gak arr

so bila balik umah nilah hasilnya, bertambah lagi satu beg


adik tau nak "ka, ka, ka" (buka)


anak-anak aku yang sibuk bermain bedak tok chaq

makan time.. tok chaq dinner ngan kitaorang sekali

dah selesai hari kedua kami di Langkawi, sekejap jer kan.... tapi sonok anak-anak sebab leh mandi kolam.. ramai plak yang layan dorang suke arr.. kalau kat umah takder orang yang nak layan, ibu dah penat bergasak nak kemas umah kemas itu, kemas ini.. bapa bebudak plak macam biasalah sibuk ngan showroom.. memang dah takder masa ngan anak bini.. last-last anak bini jalan sendirian uhuk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...