30 July, 2010

On 11:53:00 AM by Aliza in
Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.

Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada orang tua-tua.

*
Tengok luaran atau kulit durian

Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.

Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, `Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.

*
Tengok duri buah durian

Kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja. Macam iklan DIGI tu..

* Cuba rasa berat buah durian

Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

* Cuba cium bau buah durian

Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu

* Tengok tangkai buah durian

Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.

Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

* Kupas dan rasa isi buah sebelum beli

Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.

Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.

Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey, kata kita dah bayar mahal-mahal, tapi isi macam `cibai'. Oppss termencarut skit. huhu

Jangan tertipu dengan tokey

Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.

Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?

Sekian, selamat makan durian. ;)


Sumber : Email Yahoo Group



za suka apa: saya suka sangat makan durian sampai sengkak-sengkak perut. kak long pun cukup suka makan durian, adik tak suka. ingat dulu, penuh bonet kete en.somi ku dengan durian dari pahang.

28 July, 2010

On 3:55:00 PM by Aliza
I love U!!!!

  1. anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia sudah cukup memadai sebagai penenang.
    tandanya: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
  2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh hati kepada kamu. amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
    tandanya: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
  3. jika seseorang hadir dalam hidup amu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
    tandanya: masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
  4. jangan melarikan diri dari  "cinta" apabila ia berada di hadapan kamu. jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesal atas perbuatan kamu itu.
    tandanya: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling penting ialah hati yang ikhlas.
nanti kita sambung lagi... ada banyak.............



cinta za:  terlalu cinta.... hingga segalanya bercampur baur. HAHAHAHA, masanya sudah tiba, aku akan malukan dia sampai dia tak tahu nak letak muka di mana.
On 10:15:00 AM by Aliza


Sudah beberapa Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi
Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak
bertemu beliau.Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang
saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat.
Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN.
Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana.
MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah
bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan
berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi
masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik.
Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan
Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri,
amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap
Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego,
kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik
menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada
di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap
sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi '
menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap
suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau
dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.
Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri
pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu
Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.
Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "ada orang hendak bercakap
dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan". Masa itu ada rakyat
Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika
beliau hendak turun dari Malaysia Hall. Saya kagum dengan
Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan
Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa,
Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak
pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik.
Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.
Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar
keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.
Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya.
Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan
yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini
ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah
ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik
beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh
politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang
cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang
suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan
kepentingan umum rakyat.Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa.
Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa
di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek
itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini.
Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah,
gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya,
sehingga melebihi suaminya.Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan
dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.


petikan: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

za: saya ingin memuji suami saya sendiri, dia terlalu
bersemangat di dalam membuat apa saja yang
diinginkannya, baik yang positif atau yang negatif
di mata saya. tapi dia sentiasa ingin membuktikan
yang dia pasti akan berjaya. Chayok..cyaiyok...

27 July, 2010

On 9:14:00 AM by Aliza









gelagat seorang ibu:kadang-kadang cuma suka nengok gambar lama.

20 July, 2010

On 1:00:00 PM by Aliza in
PANASSS!!! [Tawaran terhad] 100 Wuddah 1 Club Card akan diberi secara PERCUMA kepada sesiapa yang terawal respon entry ini dan nantikan SESUATU YANG MENARIK daripada kami selepas KUOTA ini dipenuhi!!!!!!!!!!!!!!!


19 July, 2010

On 11:15:00 AM by Aliza
Hendak dijadikan sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana pun, tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik. Marilah sama-sama ikuti luahan hati seorang suri rumah yang bernama Zulaikha binti Zulkifli dan menggunakan samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang suri rumah yang sudah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati, tapi kita ringkaskan sebab itu bukan point utama cerita ini.

Ringkasan cinta Ikha - Ikha bertemu dengan Riduan bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, emak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Riduan ketika itu sudah mendapat segulung Ijazah. Bila sudah kahwin, sah-sah Riduan atau pun panggilannya abang tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.




Mulai hari itu Ikha menjadi suri hati abang dan juga suri rumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang jadi Ikha bertekad untuk menjadikan suri rumah sebagai profession yang serius. Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai suri rumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai masak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu sahaja, Ikha juga cuba mengambil hati emak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.

Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Manakala Ikha telah melahirkan empat zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam pada menguruskan hal rumahtangga Ikha juga mengambil kesempatan dengan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.

Suatu hari, ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.

"Kenapa ni sayang, abang tengok Ikha ni macam ada masalah je?" Tanya Riduan.

"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah saya ada buat gathering dan saya dijemput sekali." Suara Ikha perlahan.

"Hah! Pergilah. Yang Ikha masih fikir-fikir lagi tu kenapa? Ingat abang tak bagi ya. Abang bagi pergilah. Takpe, cakap hari apa? Abang jaga budak-budak." Pujuk suaminya.

"Bukan, bukan itu masalahnya. Abang, saya seganlah nak pergi. Dia orang semuanya dah berjaya, semua dah ada career. Saya seorang je yang kahwin awal. Semua kawan-kawan saya sambung belajar." Muka Ikha sedih.

"Hish! Isteri abang ini lagi berjaya. Ikha, Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Itu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak, seorang akauntan bila jaga kewangan kita, seorang chef dan pelbagai lagi." Riduan bangun dan terus ke surau.

Ikha masih termenung, kata-kata abang tidak sedikit pun menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada hendak pergi atau tidak. Kalau ikutkan hati rasa rendah dirinya dia tak mahu pergi, tapi rasa rindu untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya.

Dalam pada tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik. Dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.

Pejam celik, pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang.

Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Kereta Ikha sudah diletakkan di tempat parking. Sebelah kereta BMW dan sebelah pula kereta Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikko yang bertaraf lima bintang itu.

Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.

"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa ada kat sini, Penolong Ketua Pengawas tahun 1994.' Tegur Azira yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran.

Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dulu dia pelajar popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan career dan apa yang mereka miliki sekarang.

"Aku dulu takut tengok Ikha ni bedah katak masa kelas biologi tapi sekarang aku dah bedah orang pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang doktor bedah.

"Dilani, kereta you tu model barukan? Ok juga Honda tu. I baru ambil SUV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita ni dah jadi apa sekarang? Mesti youhebat sekarang." Rita memandang tepat ke arah Ikha.

Semua mata tertumpu pada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.

"Mmm.., I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, Sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I..." Mata Ikha terkulat-kulat ketika bercakap.

"Anak you mana? Lelaki, perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Azira.

"Ikha...habis tu you jaga anak sepenuh masa la? Wow!" Rita pula menyampuk.

"Ikha...kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you," Emily berminat nak tahu.

Ikha mula betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kawan-kawannya berminat nak tahu tapi Ikha akhirnya terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha menunduk.

"Ikha kenapa?" Tanya Azira di sebelahnya.

"I hanyalah suri rumah berbanding you all." Muka Ikha begitu sedih.

Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya mula teresak-esak menangis. Mula-mula seorang kemudian seorang dan kemudian semuanya menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.

"Ikha, U beruntung sudah berkahwin dan ada anak. Tak macam kita orang ni, belajar tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang ni dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna." Salwa yang senyap dari tadi bersuara sedu sedan.

Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan suri rumah.

petikan dari email pagi tadi.


kata za: kekadang rasa hati nak jer jadi suri rumah tangga sepenuh masa, tapi........

18 July, 2010

On 1:15:00 PM by Aliza
Alhamdulillah, satu kerja aku dah selesai. memang agak rumit aku rasa, sebab terpaksa bertembung dengan tugas yang diberikan dan ragam orang. bila bercerita pasal tugas, itu dah memang sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan kebijaksanaan diri sendiri. so itu aku rasa aku boleh handle. tapi bila berdepan dengan karenah orang... orang yang bernama manusia. aku rasa memang cukup payah untuk diuruskan. macam-macam ragam manusiani, termasuklah ragam aku sendiri yang kekadang setiap hari orang terpaksa layan. so aku cuba terima semua tu, tapi adakalanya aku rasa macam susah nak terima ragam manusia yang pelik-pelik nih. pelik? apa yang pelik? yerlah, pentingkan diri sendiri, cakap lain buat lain, samalah macam cakap tak serupa bikin. pastu berkira, malas, suka mengarah, bermuka-muka... macam-macam.. tu belum masuk yang suka masuk campur urusan orang lainlah.. suka kacau umah tangga orang, suka tengok orang bermusuh, macam-macam lagi yang pelik.
kadang-kadang aku terfikir apa yang ada dalam kepala manusia-manusia nih. mungkin dorang ada alasan sendiri kena jadi macam tu. cuma aku... aku cuba jadi orang yang tak kisah untuk semua tu, dan aku cuba handle dengan baik dan cuba layan manusia-manusia tu dengan baik. tapi ada satu bab yang aku tak boleh kompromi langsung... TIADA KOMPROMI!. apa dia? kalau orang cuba ganggu keluarga aku, ganggu aku takper, tapi jangan keluarga aku... lagi-lagilah kalau nak amik apa-apa hak aku.. memang aku pantang. aku akan berdiam, tapi dalam diam aku akan terus menyusahkan manusia-manusia yang pelik nih hinggalah satu tahap, aku akan buat manusia-manusia ni jadi tak tahu nak letak mukanya kat mana bila berdepan ngan aku kelak.
jadik kalau manusia-manusia di sekelilingku ni ni berperangai pentingkan diri sendiri, cakap lain buat lain, samalah macam cakap tak serupa bikin. pastu berkira, malas, suka mengarah, bermuka-muka... macam-macam.. tu belum masuk yang suka masuk campur urusan orang lainlah, suka tengok orang bermusuh aku akan buat tak kisah, dah cuba terima.. tapi kalau yang satu ni.. aku tak boleh...
tapi, namapun manusia kan, semua orang buat silap, dan akui kesilapannya.. dan ada yang bertaubat.. tapi sebenarnya... TIPU.. saja nak kaburkan mata orang lain.. manusia macam ni lagi pelik... kalau rasa insaf, bertaubat.. minta maaflah dengan orang yang kita wat salah tu, tak semua orang keras hati macam aku nih.. dan lepas minta maaf tu, blahla... jangan tonjolkan muka anda lagi... tapi kalau rasa tak salah dan tak perlu sebarang kemaafan takperlah, just leave it... kalau bleh BERAMBUS. kekekekeke... ini bukan luahan hati, tapi aku bercerita tentang alam sekeliling.. apa yang aku nampak sepanjang aku sibuk dengan bermacam-macam kerja dan bermacam-macam ragam manusia. cuma bila nengok perangai manusia yang pelik-pelik nih... aku jadi tamper.... tapi dalam masa yang sama aku cuma jadi orang yang tak kisah... so... jadilah ADA AKU KISAH?
perjalanan cerita aku masih panjang, dan lepas ni mungkin banyak lagi ragam pelik yang akan aku jumpa, dan ragam pelik yang akan aku lakukan... cuma aku hanya boleh meminta supa aku boleh jadi sebaik-baik manusia dan tidak menusahkan orang lain... AMIN.



aku yang pelik: semua manusia pelik, termasuklah aku. tapi lagi pelik manusia yang tak tahu malu, masih bertenggek di tempat orang yang tak suka dia.

16 July, 2010

On 4:16:00 PM by Aliza
Aku tention tul sekang nih, pagi petang jalan jam.

ni masa balik kerja semalam

bebudak ni pun dah buat macam-macam ragam, lama nar dalam kete


kete yang lalu kat line kecemasan pun banyak gak. takder kesedaran sivik

rupa-rupanya..

ada eksiden, tengahari tadi masuk berita. moto dan lori, penunggang moto tu semalam dah kena tutup pakai plastik.

ni plak jem pagi tadi masa nak g keje

ni plak sempat aku amik gambar barang-barang yang hari-hari menemani aku


sampai simpang nak masuk opis pun masih jam




jam gara-gara lampu trafik ni jer

sampai dalam ukm jam


selesai


nota za: inilah kerja orang yang berada dalam keadaan tekanan

14 July, 2010

On 9:55:00 AM by Aliza in
Korang..korang..korang..., aku nak buat pengumuman sket kehkehkehkeh...


Untuk makluman semua, sepanjang tarikhni, banyak barangan akan dijual dengan harga diskaun. terutamanya sekali Cloth Diapers Wuddah, kami akan jual dengan potongan 10%. so siapa yang berminat untuk dapatkan Cd terbaru Wuddah, leh datang yer ke Fakulti Pengajian Islam, UKM. kalau korang tak tahu mana tapak jualannya, cari jerk Fakulti Pengajian Islam, betul-betul depan round about UKM yang bertentangan dengan masjid UKM tu, alah, senang jer tew....


pesan za: beli barang semasa promosi dibuat adah berbaloi-baloi

13 July, 2010

On 2:11:00 PM by Aliza

Dah lama tak post cerita pasal susu. Dalam minggu ni hasil perahan agak boleh sket. Skang aku amalkan makan vitamin b, c dan alfalfa shaklee, dalam masa yang sama aku masih mengambil motilium 2 biji sehari. Adik pun dah setahun 11 bulan. Rasanya kalau susu ada lagi aku nak extendkan lagi kontrak adik dengan susu ibu. Ok tak?
On 10:08:00 AM by Aliza
Hari ahad lepas, usai jer dari beriadah kat taman tasik cempaka ngan anak-anak n En.somi, kami singgah g Warta. asalnya nak cari barang lain, tapi memandangkan en. somi tanak join aku dia glah ngan anak-anak ke kedai buku kat tingkat 3 tu. aku apa lagi, sebab tak jumpa barang yang aku nak, aku pun join en. somi. alih-alih aku berminat ngan satu buku. rasa macam kena ngan keadaan aku, dan aku perlukannya.

segala super... aku perlu belajar nasihat-nasihat dari buku nih. sebab aku dah semakin tak bermaya dah nak jadi wife, mom and women. im realy need a energy.


buku ni plak, en. somi yang cadangkan, dia kata bagus... so aku cakap ngan en. somi, "apa kata abang tolong belikan za buku-buku nih?" dia kata ok.. so tercapai dah hajatku. cuma pesan dia.. jangan tak baca kekekekeke, insyaallah aku akan baca.


lelah za sebagai wife, mom, women: kekadang bila rasa yang berdaya sangat rasa macam nak resign jer dari semua ni, tapi boleh ker? atau.. aku perlu buat proposol untuk dapatkan cuti sehari dari semua tugasan di atas. En. somi, i need ur comment pls...

12 July, 2010

On 12:02:00 PM by Aliza
1 Wuddah Bamboo Snap Button Cloth Diaper (New Style)
Harga Asal, RM50.00
Harga selepas 10%, RM45.00
Harga pakej selepas 10%, RM202.50

2 Wuddah Bamboo Snap Button printed
Harga Asal, RM79.90
Harga selepas 10%, RM71.91

3 wuddah microfiber button
Harga Asal, RM42.00
Harga selepas 10%, RM37.80
Harga pakej selepas 10%, RM238.14

4 shoes
Harga Asal, RM53.50
Harga selepas 10%, RM48.15

5 blanket
Harga Asal, RM58.00
Harga selepas 10%, RM52.20


07 July, 2010

On 2:27:00 PM by Aliza
sebenarnya aku tak suka. dah lama aku rasa tak suka nih. aku tak suka manusia yang tak sedar diri, asik nak menyusahkan aku jer, nyusahkan hati akulah bagai. dahlah menyusahkan orang, pastu tak sedar diri, belagak macam pandai, macam dia jer yang bagus. pastu tak tahu malu plak tuh, masih nak menempek kat sini, bukannya tak tahu orang tak suka dia, ramai yang tak suka.. tapi masih nak tunjuk yang macam orang suka, tak tahu malu langsung!!!! blah la, senang sket kitaorang nak buat kerja dan nak buat apa2 keputusan.... ntahlah, muka jenis kulit apa pun aku tak tahu... orang lain segan nak tegur ko sebab tau perangai ko tu macamner, kang bila ditegur, mulalah mengadu sana sini, jaja cerita orang tak suka ko lah bagai... rasanya muka ko tu jenis kulit %^^&*&$% kot. Aku marah sangat nih, sebab semuanya menyusahkan aku... bilalah nak selesai semua nih.


amarah za: bila dah marah apa2 pun tak ingat, lebih-lebih lagi kalau orang yang dimarah tu jenis tak tahu malu. blah jerlah!! jangan nak libatkan dengan group kitaorang, ko ada apa2 fungsi pun, menyibuk jer lebih.

06 July, 2010

On 12:19:00 PM by Aliza
sekarang ni hati aku ngah tak karuan... kusut masai kalau boleh nampak hati aku nih. tapi aku rasa aku dah tahu penawar kekusutan ni. aku tahu apa yang aku perlukan.... kalau aku dapat mesti terlerai semua kekusutan nih. aku perlukan ini...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*







hati za: dulu bila merajuk mesti ada yang pujuk, sekarang kalau hati kusut ada ker yang nak tolong leraikan?

05 July, 2010

On 4:23:00 PM by Aliza


On 4:08:00 PM by Aliza


On 2:08:00 PM by Aliza
Jumaat lepas kami anak beranag g Tasik Cempaka Bandar Baru bangi. saja jer nak g beriadah, ajak bebudak main-main apa yang patut. berpeluh gaklah semua kami.

papa ngah ajar adik main badminton

kak long bengang kat adik sebab asik kacau jer

nengok, adik nak kacau lagi

Orang ngah sibuk nak amik gambar, adik sibuk wat benda lain plak

Tak abis lagi adik ngan badmintonnya

dah nak balik

sebelum balik wat regangan yang terakhir plak



ibu yang berpeluh: penat layan anak2, tapi puas hati bila dapat masa yang boleh diluangkan bersama kuarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...