29 September, 2010

On 10:59:00 PM by Aliza
Hall

pintu utama

tangga

ruang solat dan pintu ke dapur

dining

ruang dapur 1 yang telah  ditambah

ke Ruang Dapur 2 yang ditambah

lampu di ruang solat

Kipas

pakir yang telah di pasang tiles


za: nak nego bleh
On 3:02:00 PM by Aliza
Salam semua, saya nak jual umah saya di Taman Desaria Nilai, berdekatan dengan Pasar Borong Nilai 3. detail umah macam ni:-
  • keluasan 20' x 70'
  • dapur dah di extend sampai ke belakang
  • bahagian depan umah sampai gate dah di pasang tiles
  • umah masih dalam keadaan ok (duduk pada tahun 2004)
  • nak jual pada rege RM170k.



za: rasa kasih pada sesuatu.. rasa sayang pada seseorang

27 September, 2010

On 11:40:00 AM by Aliza
Hari jumaat lepas kami anak beranak dah g nengok filem Magika kat Alamanda.. huhuhu.. aku bagi 4 bintang. best citer nih, tak boring. Gabungan pelbagai cerita dongeng... kak long suka, adik plak asik terhangguk-hangguk kepala ikut lenggok orang menari bila menyanyi...




za: kalau ada anak kecil sesuailah nengok cerita nih...

24 September, 2010

On 2:56:00 PM by Aliza
Tiket dah beli, malam ni nak gi nengok, siapa nak join jom....






za: dulu nengok wayang berdua, sekarang berempat

23 September, 2010

On 10:48:00 AM by Aliza in
Boleh dapatkan artikel terbaru Wuddah kat Surat kabar Utusan harini.



za: tak kisah masuk mana-mana chanel, tapi tetap tak suka fesyen rambut macam tu.. hampeh.

20 September, 2010

On 11:41:00 AM by Aliza
sedang mencari di mana anak aku yang sorang lagi.....







za: oh kak long.. bila balik kampung ibu asim membontot mama ngah jer.. kalau mamangah kawin nanti macamner yer
On 10:23:00 AM by Aliza
Tanggal 16 September 2010, sahlah seseorang itu menjadi tunangan seseorang itu.. dah lama menyulam kasih.. bertahun, berbelas tahun.. akhirnya hari yang dinanti tiba selepas menempuh pelbagai rintangan.. aku sebagai antara seseorang yang menjadi teraju utama tak boleh nak cakap apa.. melainkan sebesar-besarnya rasa bersyukur.. ALHAMDULILLAH... semoga segalanya selepas ini berjalan dengan lebih lancar.. halangan.. itulah perjanjian dalam hidup ini.. halangan pasti ada.. cuma cara untuk kita merentasi saja berbeza.. Seagalanya hanya dengan izin ALLAH.. kepada kedua-dua yang bergelas seseorang itu.. lebihkanlah banyak meminta dan mengadu dengan ALLAH, kerana hanya DIA saja yang mampu memberi.. bukan orang tua..bapa saudara, ibu saudara, abang, kakak, adik, kawan atau ipar duai.. hanya DIA.

cincin disarung tanda ikatan

hantaran pertunangan dari pihak lelaki

balasan hantaran pertunangan dari pihak perempuan, 5 berbalas 7

manis cincin di jari mama ngah batrisyia

tanda kasih dari seseorang



za: hanya doa dan harapan dari seseorang yang bernama kakak, semoga segala yang diusahakan akan berjaya.. tiada yang lebih bermakna dari detik ini.

11 September, 2010

On 5:54:00 PM by Aliza
dua hari sebelum hari raya, bekas2 bebudak kelas masa tingkatan 5 sekolah dulu wat majlis berbuka puasa... ala kecil-kecil saja.. pastu tak semua plak dapat dikumpulkan.. rasanya separuh pun tak sampai. tapi apapun seronok selepas 15 tahun tak berjumpa... semua dah berubah.. dulu masa sekolah badan comel lote jer.. sekang ada yang dah nak jadi macam king kong.. kekekekek tu termasuk aku... pastu ramai plak yang aku kompius muka nama pun aku dah banyak lupa.. alahai... kalau umur dah masuk awal 30an... macam tulah.... tapi serasa macam baru berumur 17 tahun jer kekekekeke

majlis berbuka di Restoran Rohayu, Tg Aru sabah.


za: tengs Tuah sebab belanja sayap ayam. aku rindu raman sekolah.. lagi-lagi zaman belajar matematik kelas petang kekekke
On 5:39:00 PM by Aliza
Tema tahun ni Purple... hmmm macamner leh dapat kaler purple ntahla... semua sedondon.. alhamdulillah, sonok beraya bersama keluarga, berkumpul semua adik beradik.. berbaju senada...

satu keluarga berbaju senada..seirama adik beradik dan ipar duai

ibu, papa dan anak-anak. kak long beraya tanpa gigi sebatang

kak long dah tak mo bergambar





za: tiada yang seronok daripada dapat berkumpul adik beradik lebih2 lagi dalam keadaan senada dan seirama. raya tahun depan di kampung suami pula insyaallah.. senadakah nanti?

10 September, 2010

On 10:01:00 AM by Aliza   No comments
Raya dah nak datang... tak lama lagi... lagu raya plak hari-hari aku dengar.. aku tak rasa apa sebenarnya... apa yang aku rasa, duit banyak keluar untuk persiapan raya. tapi tetiba bila dengar lagi nih... aku rasa sayu.. sayu sangat... aku teringat kat arwah mak... dah 25 tahun dia tinggalkan kami adik beradik... ingat lagi masa dia ada.. bila nak raya saja, bermacam-macam persiapan yang dia akan buat.. baju raya kamia dik beradik mesti sedondon.. yang penting... dia akan jahit sendiri.. kuih raya.. seingat aku tak pernak beli.. semua dia akan buat... dia selalu cakap, siapa puasa penuh sehari, bila petang dia akan bawa jalan g bazar ramadhan.. aku dan adik mesti puasa sebab nak jalan.. naik moto.. tapi ada satu hari, adik tak puasa.. dia kena tinggal.. aku yang puasa yang diabawa berjalan... sonok sangat... jangan cerita bab bunga api... meriah tul masa tu... Ya Allah.. aku jadi terlalu rindu pada dia saat ini.. kalaulah dia ada........... hmmm... apa pun, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dia.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.. dan hari ini.. aku pula dah manggantikan tempat mak, aku pula bergelar ibu untuk 2 orang puteri ku... baru aku dapat rasa apa perasaannya menyiapkan persiapan raya untuk anak-anak.. seronok bila tengok anak-anak gembira...




za:selamat hari raya buat mak dan ayah..... tiada yang bernilai dari mereka berdua

06 September, 2010

On 3:26:00 PM by Aliza
Baru balik dari klinik. bawa kak long g cabut gigi.. giginya dah bergoyang sangat sebab ada gigi baru tumbuh. memula ingat nak biar jer.. tapi kesian plak bila nengok bila dia nak makan... asik goyang2 plak.. t raya nak makan rendang macamner plak yer... so ibu pun bawalah anakanda g klinik gigi Lisa alis kat Bandar baru bangi nih.

gigi tengahnya yang dah goyang.. gigi kak long doc. cakap cantik, elok..

gentar...


Ni kliniknya.. cantik, dah 2 kali bawa kak long datang..

ibu sempat amik gambar masa doktor ngah cabut gigi kak long, sib baik kak long tak nangis

anak ibu kuat, harap2 sampai besak kak long kuat dan tabah

dah selesai

doktor bagi kak long simpan gigi pertama kak long yang dicabut masa umur kak long 6 tahun 4bulan.



za: kak long, yang patah pastu akan tumbuh, yang hilang pasti akan berganti.. jadi jangan risau akan kehilangan hari ini.. ibu sentiasa rasa kehilangan.. dan sentiasa juga rasa sesal dengan kehilangan tu.
On 12:04:00 PM by Aliza
yei.. yei.. dah dapat ganti kasut yang putus... huhuhuhu



za: lepas ni grenti tak putus punya.. baik punya brand
On 11:08:00 AM by Aliza
Ni dah masuk hari ahad... Hari Ahad pun masih berkampung kat Giant Nilai.... masa ni dah tak tahu duit ibu abis banyak mana.. bila rasa boring duk kat booth.. ibu g beli barang hehehehehehe.

adik maintain

Ni antara promosinya.. semuanya murah

yang ni plak bukan untuk dijual

baby blanket dan Kasut kulit Baby pun dapat diskon, sampai 40%

yang plak CD.. CD bamboo n Microfiber dapat diskon sampai 50%...  kalau tanak beli banyak leh
beli 2 percuma 1

yang ni tukang promosi.. "mari kak.. abang.. datang nengok CD"

makan time.."waiter.. cepat sket, adik dah lapar nih"

Adik lapar nih

ooo ni kak long.. tak nampak dia dari tadi

bila dah lapar, masing-masing buat muka sepesen jer.. tu belum nengok muka ibu lagi huhuhuhuhuh.. 
penat sangat


sibuk makan....


za: dua hari bantu papa buka booth biarpun tak sepenuhnya.. tapi penat cukup terasa... kalaulah hari2 macam ni bengkok... lepas ni nak minta borang kerja kat Awra.. then terpaksalah bos pilih mana pekerja yang top dan tak top kekekekek.. sebab ibu adalah pekerja yang cemerlang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...