31 May, 2011

On 7:01:00 PM by Aliza   2 comments
Kak baru saja pilih gambar mana yang dia suka nengok bila senyum kekekekekekke....... keliru juga dia... tapi hampir sejam saya biarkan dia pilih.... tadaaa..........


pertama: sekali kak long suka Aunty Azura dan Baby Mirza Areez



Kedua: Iyman Ghazy Bin Hasnol Shah dan Dhiya Alysha Binti Hasnol Shah



Ketiga : Amna dan Amni



Keempat: miza dan misha



kak long kata semua cantik.. tapi kak long lebih suka yang empat ni kekekekek.. dan atas permintaan kak long... semua kak long nak bagi ole-ole...
jadi jangan lupa semua peserta leh bagi alamat kat saya yer....





za: kesian kak long... sambut belated besday lah gayanya
On 12:03:00 PM by Aliza   6 comments
Sepanjang bulan ni, macam-macam request kak long untuk besday dia hahahahaha... saya rasa saya dah tau nak hadiahkan apa untuk kak long... tapi sebelum tu saya ingat nak bagi sesuatu gak untuk member blogger terutamanya yang ada anak sempena besday kak long....

ok sebenarnya,, besday kak long pada 31 Mei 2004.. kebetulan plak kalau kat sabah kena time cuti Tadau Kaamatan.. so ramai kata anak unuk ngadau hahahahaha... dan awal bulan depan saya nak balik Sabah.. jadik leh bawa ole-ole dari sabah untuk siapa yang bertuah kan... senang aje pada siapa yang nak menyertai... memula sekali baca cara-cara kat bawah:-

1. Mesti follow blog saya
2. tinggalkan komen dan add blog korang kat ruang komen entry ni.
3. copy gambar ni, dan letak di mana-mana side bar blog korang. Kalau takder
blog.. hmm macamner erk... korang sharekan kat FB korang pun bleh....
4. lepastu korang cariklah gambar anak-anak korang yang punya senyum paling
cantik.. menawan yang boleh menarik perhatian kak long.. ingat, gambar tu
mesti berpasang macam gambar yang korang copy ni tau.. tak kisah abang dan
adik atau kakak dan adik....

5. Gambar yang korang pilih paling cantik tu.. upload kat dalam FB GROUP saya
"Peraduan senyum paling menawan yang menambat hati Birthday Girl".
6. Jadi tunggu.. lepas za balik dari sabah 12hb jun.. za akan umumkan siapa
yang bertuah dapat ole-ole dari sabah sempena besday kak long.
7. JANGAN LUPA, LETAK NAMA orang dalam gambar tu, BLOG ADD, FB ID sekali yer...
8. p/s: kena wat entry kt blog yer..

TARIKH TUTUP PADA 31 MEI 2011... iaitu pada hari lahir kak long jam 2.45pm iaitu masa kelahiran kak long.... dan blog saya akan saya aktifkan untuk semua orang.. tak privatekan sempena peraduan ni....







za: selamat ulang tahun ibu...
On 8:04:00 AM by Aliza   No comments
Hari dah genab umur kak long 7 Tahun. dah besar kak long... dari hari ke hari kak long tanya bila "besday to you" kak long.. ibu cakap tak lama lagi.... semalam kak long tanya lagi.. papa cakap lepas balik sabah.. alahai kesian pulak...

pagi tadi ibu cakap, "hepi besday kak long..." terpinga-pinga kak long..... "nanti lepas balik sabah baru kita wat party yer...." kak long ok sajer.... cuma tadi ibu belikan kuih kesukaan kak long donat itu saja.. sementara menunggu masa dan waktu yang sesuai...

selamat hari lahir anak ibu... muahhhh!!!!!!




za: selalu ingat semua tarikh.....

30 May, 2011

On 2:14:00 PM by Aliza   2 comments
Saya dah Penat kerja.. jadik saya perlukan sesuatu



saya nak cuti... saya dah apply cuti... jangan tak luluskan.....





za: tak sabar nak lari

19 May, 2011

On 8:25:00 AM by Aliza   3 comments
Saya dah ada yang menyokong peraduan sempena besday kak long .. kekekekek.. peserta pertama saya
Senyuman 1
Nama: Iyman Ghazy Bin Hasnol Shah dan Dhiya Alysha Binti Hasnol Shah
Fb ID:  http://www.facebook.com/eus.eunos


Senyuman ke-2Blog Add: http://kasih-ibu-arif.blogspot.com/
nama: Ariff dan Ibu
FB ID: http://www.facebook.com/Ibu.ArifBalQis~


Senyuman ke-3
Blog:
nama: Mummy Azura dan Baby Mirza Areez



Senyuman ke-4
blog: http://miazariel2.blogspot.com/
Nama: Mia dan Amani
Fb ID: Mariatul Liza




Senyuman Ke-5
Blog:
Nama: Muni dan Alif
Fb ID: Siti Munira



Senyuman Ke-6

Blog: http://halawagirl.blogspot.com/
Nama: Leenah dan Mawaddah
FB ID: aisyah.hilwa



Senyuman Ke-7
Blog:
nama: Fahrin dan Azwa
Fb ID: noor.jaafar




Senyuman Ke-8
Blog: http://amnaamzar.blogspot.com/
Nama: Ummi Arizawati saad dan anak Amna Safiyyah
Fb ID:http://www.facebook.com/profile.php?id=1343781572







Senyuman Ke-9
Blog:
Nama : Abang Ahmad Aiman dan Adik Nur Auni Bazilah
Fb ID:https://www.facebook.com/azlindarahman

Senyuman Ke-10
Blog:
Nama : Kakak dan Adik (Amna & Amni)

Senyuman Ke-11
Blog:
Nama : Kakak dan Adik (miza dan misha)


 

On 8:11:00 AM by Aliza   1 comment
Bagi memenangi hati suami, seorang isteri sanggup berhabis soal penampilan, biar hanya berada di rumah, dia akan memastikan pakaian yang dikenakan cantik. Tidak pernah sekali si isteri ini berkain batik di rumah atau berseluar pendek gaya amah. Secalit gincu pasti ada di bibirnya agar wajah tampil berseri.

Namun biar bersungguh-sungguh melakukannya, hati isteri ini tetap rasa kecewa. Tidak pernah sekali dia mendengar pujian dari suaminya. Sudah hampir lima tahun berumahtangga, kalimat pujian itu sebenarnya cukup didambakan kerana apa yang dilakukannya itu sememangnya hanya untuk suaminya yang dicintai.

Begitu sukarnya sikap sesetengah pasangan suami dalam hal meluahkan kata-kata puji-pujian, tidak terkecuali isteri juga. Pasangan suami isteri yang bersikap sedemikian sebenarnya tidak menyedari betapa pentingnya kata-kata pujian. Saling memuji adalah salah satu cara untuk menunjukkan betapa pasangan suami isteri itu saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Kebaikan memuji

Ðiakui, tidak ramai suami mahupun isteri yang terbuka dalam memuji pasangan masing-masing. Selalunya mereka lebih cenderung menyimpan semuanya di dalam hati. Walhal, meluahkan perkara positif buat pasangan adalah sesuatu yang cukup baik dan sangat efektif dalam memberi dan menambah keyakinan diri pasangan. Malah, luahan pujian juga akan membuatkan pasangan berasa dicintai dan dihargai.

Sebagai contoh, apabila seorang isteri mampu meluahkan perasaannya pada suami dan menunjukkan dalam bahasa verbal maka suami akan mengetahui kelebihan dirinya. Ðalam pada itu, suami pula akan berusaha membalasnya dengan mencari kelebihan isterinya pula. Pada tahap seterusnya, suami dan isteri itu akan cuba memperbaiki kelemahan diri masing-masing agar kelemahan atau kekurangan tidak dilihat pasangan masing-masing.



Ðengan meluahkan kata-kata pujian seperti “Isteri abang nampak manis hari ini”, “Abang ini segaklah” ataupun apa-apa kelebihan lain, maka pasangan juga akan turut melakukan perkara yang serupa.

Tambah kemesraan

Seperti yang dikatakan tadi, tidak semua orang mudah memberikan pujian, termasuklah kepada pasangannya. Sikap ini sebenarnya berpunca dari didikan seseorang individu. Apabila suami atau isteri tidak pernah dididik dengan pujian sejak kecil, maka dia akan berasa sukar untuk memuji orang lain atau pasangannya.

Hal yang hampir sama berlaku pada mereka yang mempunyai keperibadian ‘introvert’ ataupun pendiam. Untuk berbual pun sukar, apatah lagi untuk memuji-muji. Tetapi ini bukan bererti mereka tidak mampu melakukannya, cuma pasangan harus merangsangnya untuk membiasakan diri terlebih dahulu.

Awalnya perasaan malu memang akan dirasai, tetapi lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, suami atau isteri mungkin sentiasa mahu mengungkap isi hatinya. Kesan positif dari perkara ini adalah hubungan suami isteri akan bertambah erat dan mesra. Anda mungkin boleh memulakan pujian dengan memuji prestasi pasangan selepas hubungan intim ataupun tatkala pasangan mendapat kenaikan pangkat.

Ajar anak hargai orang lain

Sikap memuji pasangan bukan hanya memberi kesan baik buat pasangan suami isteri, tetapi juga kepada anak-anak. Melihat ibu dan ayah mereka saling memuji, maka anak akan berasa selesa dalam keluarganya.

Anak juga akan melihat adanya nilai-nilai romantis dan kasih sayang antara kedua ibu bapanya, lalu tidak akan menghidarkan fikiran mereka dari unsur negatif. Perlu diketahui oleh suami isteri bahawa kekakuan mereka atau tiadanya unsur komunikasi positif seperti pujian dalam perhubungan mereka akan menyebabkan perasaan anak tertekan dan tidak selesa dengan persekitaran keluarganya.

Mempamerkan kebiasaan memuji di hadapan anak-anak juga akan memberikan pendidikan secara tidak langsung untuk menghargai orang lain. Jadi, janganlah malu untuk belajar memuji pasangan kerana anak juga akan mendapat mengajarannya. Mereka tidak kekok melemparkan kata-kata pujian dan lebih menghargai kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.

Cara luahkan pujian

Pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyampaikannya. Bagi anda yang masih malu-malu untuk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dengan bahasa tubuh ini ada berbagai, daripada sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan.

Setelah terbiasa dengan bahasa tubuh, maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi kata-kata pujian yang kelaur itu hendaklah tulus ikhlas dari hati supaya ia kedengaran jujur dan bukan sengaja direka-reka. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yang bagus untuk dipuji sebaliknya luahkan saja kata-kata pujian jika merasakan si dia layak dipuji.

Lebih berkesan jika...

Pujian akan memberi kesan lebih positif jika anda tahu bila mahu mengucapkannya. Ini adalah antara aturan pujian yang harus diketahui terutama buat pasangan yang baru membiasakan diri.

Pujian akan lebih bermakna jika tidak terlalu kerap diucapkan dan tidak pula terlalu jarang. Berikan pujian pada saat-saat penting, seperti ketika pasangan mahu memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya untuk memulakan tugas dengan lebih baik.

Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami mula berasa kecewa atau kehilangan keyakinan diri. Pujian yang tulus di waktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata-kata pujian yan gmampu meresap dalam jiwanya.

Jangan terlalu kerap

Memuji pasangan di khalayak ramai juga tidak kurang pentingnya, tetapi janganlah terlalu kerap. Sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tidak senang pada pasangan yang dipuji. Ungkaplah bila benar-benar perlu dan di waktu yang tepat. Pilihlah pujian yang tidak berlebih-lebihan seperti memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yang dimiliki oleh isteri.

Sebenarnya, kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan, asalkan anda melupakan rasa ego dan juga perasaan malu. Keutuhan rumahtangga dan tali cinta anda berdua lebih penting daripada dua perkara tersebut.


za: teringin dipuji.... minta puji...

petikan dari laman bawang goreng & majalah wanita

17 May, 2011

On 6:44:00 PM by Aliza   No comments
31 mei ni genab umo 7 tahun.. macam-macam plan dalam kepala...

cuma saya ingat sebelum 31hb saya nak buat sesuatu untuk pengunjung blog saya, so saya boleh bagi ole-ole... kebetulan awal bulan depan saya nak balik Sabah... kenduri kahwin adik saya... cik siti wan kembang kekekkekeke.....
jadi, tunggu entry terbaru saya tentang apa yang saya nak buat sempena besday kak long.... choww....




za: hari-hari fikir nak buat apa...

11 May, 2011

On 2:21:00 PM by Aliza   No comments
AYAH adalah pelukis kehidupan anak-anaknya. Bahkan kejayaan hidup anak adalah berpunca daripada hasil dorongan dan peranan ayah sebagai guru dan murabbi.


Kehidupan seorang ayah menampilkan bentuk kehidupan sebenar yang akan dimiliki anaknya pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah waktu mereka sentiasa ingin melihat perkara baru dan ingin mencubanya.

Mereka mula menapak mencari jalan hidupnya sendiri dan melakukan sesuatu yang mirip dengan apa yang dapat dilakukan ayahnya.

George Bernard Shaw mengatakan "Masa muda adalah masa terindah; sayang sekali orang muda suka mensia-siakannya." Ayah adalah pengantar anaknya untuk masa muda dengan hal yang dapat mendatangkan manfaat.

Prinsip berkongsi manfaat yang diajarkan al-Quran kepada kita adalah kebaikan yang dilakukan kepada orang lain. Pada akhirnya akan kembali kepada pelakunya sendiri.

Kitalah yang akan lebih banyak menerima manfaat daripada orang yang menerima pertolongan kita.

Allah SWT berfirman di surah Al-Isra' ayat ke-7 yang bermaksud:
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri."

Sumbangan terbesar seorang ayah dalam hidup anaknya ialah ketika dia mampu membentuk anaknya menjadi insan yang soleh dan solehah untuk umat ini.

Mereka menjadi Muslim yang kuat, menjadi duta masyarakatnya dengan ilmu yang dimilikinya.

Dari sahabat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, ditakdirkan Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi" (Hadis riwayat Muslim).

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa yang ditujukan kepada orang tua,
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar." (Surah An-Nisa ayat 9).

Dalam tafsir, Ibnu Katsir mengatakan Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu 'Abbas:
"Ayat ini berkenaan dengan seorang lelaki yang meninggal, kemudian seseorang mendengar dia memberikan wasiat yang membahayakan ahli warisnya, maka Allah SWT memerintahkan orang yang mendengarkannya untuk bertakwa kepada Allah serta membimbing dan mengarahkannya kepada kebenaran."

Kejayaan masa depan anak bukan kerana umur atau kemampuan yang dimilikinya. Seorang ayah semestinya melukis sebaik mungkin.

Kecantikan lukisan itu dilakar daripada kesesuaian warnanya.

Paduan warna yang indah disertai adunan warna yang anggun membentuk pelangi di langit. Warna biru dan putih membentuk warna air di laut lepas.

Warna hijau membentuk suasana pepohon yang berjajar terlihat anggun. Semua lukisan kreatif si ayah membentuk semua warna kehidupan si anak.

Mencipta kecemerlangan anak adalah tugas mulia seorang ayah. Mendidik anak sehingga berjaya adalah satu proses yang panjang. Tidak mustahil akan dipertemukan pada saat anak sudah berumur dan ayah menjelang umur kematian.

Proses penemuan ini memerlukan ketekunan, kekuatan kesabaran daripada orang tuanya, khususnya ayah. Sebab itu, dalam melukis masa depan anak, seseorang ayah ada tiga bekalan yang tidak boleh ditinggalkannya, iaitu sabar, sabar dan sabar.

Kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.

Kesabaran Nabi Yaakub itu diabadikan Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surat Yusuf ayat 18 yang bermaksud:
"Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu." (Surah Yusuf ayat 18).

Pengetahuan seorang nabi tidak menjadikan Nabi Yaakub mengherdik anak-anaknya. Pengetahuan kenabian yang tidak diketahui anak-anaknya, tidak menyebabkan Yaakub membela pendapatnya, "Memang kamu salah, dan aku tahu aku yang paling benar."

Akan tetapi Nabi Yaakub menguatkan kesabaran dengan mengucapkan, "Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)." Subhanallah.


dari: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh

za: dulu selalu ikut ayah

07 May, 2011

On 6:52:00 PM by Aliza   No comments
Harini sepatutnya acik cuti..tapi dah seharian acik kat kolam pancing en.Somi... tolong menyibuk kat kolam pancing.


inilah dia... kalau nak nengok hasil orang pancing leh masuk fb cari "Aliza Family Fishing"

05 May, 2011

On 8:10:00 AM by Aliza   No comments
Adik dah semakin membesar.. tak lama lagi adik dah cukup 3 tahun...

Apa yang saya perasan sekarang ni, adik cukup suka menyanyi... adoyai.. macam-macam lagu yang dia hafal.

04 May, 2011

On 2:55:00 PM by Aliza   2 comments
Seronok sambut hari pekerja.. seronok sebab dapat coti-coti.. walaupun hanya balik kampung

Hari sabtu lepas sempena cuti hari pekerja kami awal-awal dah berangkat balik kampung HB, takderlah awal manapun.. matahari dah siap mandi n lunch dah pun bila kami kuar kekekekekke....
hari isnin malam baru balik nilai... jalan sesak woooooo... tapi takper.. anak-anak seronok.. papa dan pakcik sonok dapat memukat ikan belida hahahahaha...

gelagat anak-anak bila bersatu



dah lama tak jumpa




adik "ibu, tanak balik umah, adik nak balik kampung atok opah"



anak siapalah ni



best..best...







za: selamat bekerja semula...
On 10:01:00 AM by Aliza   No comments
Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita).

Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina
itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga". (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila
__,_._,_
Petikan dari email. SIM

Za: cuba untuk tidak berbohong, tapi selalu kena bohong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...