30 November, 2011

On 12:58:00 PM by Aliza   No comments

 Sebanyak sembilan cara stimulasi yang di bawah mungkin boleh memberi idea kepada ibu bapa untuk mendapatkan bayi yang cergas dan cerdas.

1) Berikan anak bahan-bahan untuk mengembangkan kreativiti.

l Berikan anak melukis dengan menggunakan krayon dan kertas. Alaskan kertas di lantai atau meja. Pastikan anda sentiasa berada di samping mereka supaya anak tidak boleh memasukkan krayon tersebut ke dalam mulut. Jangan biar anak menggunakan pensel atau pen kerana bentuk objek itu tajam.

Selain melukis dengan krayon, penggunaan alat muzik juga dapat merangsang bayi. Gunakan senduk kayu dan ketuk periuk, beri contoh kepada anak anda dahulu dan kemudian awasi mereka apabila senduk diberikan kepada mereka untuk meniru aksi anda tadi.

2) Biar mereka mengambil dan meletakkan mainan sendiri.

l Berikan mainan seperti memasukkan bongkah berbentuk segi tiga atau segi empat ke dalam lubang-lubang yang sesuai kepada anak-anak. Bayi umumnya akan lebih pandai mengeluarkan bongkah tersebut daripada memasukkannya semula. Jika anda tidak memiliki mainan seumpama itu boleh juga menggunakan kotak kosong, mangkuk plastik dan gunakan gumpalan kertas untuk dimasukkan ke dalamnya. Pastikan objek yang digunakan bersaiz sesuai agar anak tidak boleh menelan dan seterusnya mendatangkan bahaya kepada mereka. Anda juga boleh menggunakan pasir dan air untuk latihan menuang ke dalam bekas dan bayi biasanya menyukai kedua-dua bahan ini, tetapi pengawasan yang ketat amat perlu.

3) Latih bayi bermain mainan yang menguji kecekapan tangannya.

l Mainan yang perlu diputar, ditekan, ditarik, disorong seperti kereta mainan akan membantu anak untuk mengunakan tangannya dalam pelbagai cara. Ibu bapa perlu menunjukkan terlebih dulu kepada anak sebelum anak dapat menggunakan mainan ini. Apabila si anak sudah mula mahir akan permainan seperti ini, ia boleh melalaikan mereka sehingga berjam-jam.

4) Beri mainan kepada anak ketika mandi di bilik air.

l Mainan di bilik mandi banyak mengajar bayi tentang konsep kegembiraan. Buatlah buih-buih gelembung untuk anak, percikkan air dan permainan seperti itik berenang agar anak akan merasa gembira.

5) Permainan mengikut pergerakan ibu bapa.

l Bapa menepuk tangan, ibu juga sama, perlakuan seperti ini akan membuatkan anak mengikut gerak ibu dan bapa. Ajarkan juga pergerakan lain seperti melambai, salam dan sebagainya. Bayi akhirnya akan menguasai pergerakan tersebut dan mereka juga boleh melakukannya ketika bersama bayi lain.

6) Terangkan kepada anak tentang buku, majalah, atau apa saja yang bergambar.

l Anda tentu tidak dapat memelihara pelbagai binatang di rumah, tapi anda boleh memperkenalkan jenis binatang kepada anak anda dengan melihat buku atau majalah. Mungkin anak akan cepat jemu kerana tahap penumpuan perhatian mereka masih terhad, namun percayalah amalan melihat buku ini akan menerbitkan minatnya untuk membaca kelak.

7) Bahan untuk permainan berimaginasi.

l Alatan permainan memasak atau cara penjagaan bayi amat sesuai untuk bayi perempuan. Untuk bayi lelaki pula boleh mencuba mainan seperti kereta, lori, topi dan sebagainya. Permainan seperti ini dapat meluaskan daya imaginasinya.

8) Benarkan anak pergi ke tempat yang selamat untuk belajar memanjat.

l Bayi memang suka menaiki tangga di rumah (jika anda tidak dapat mengawasi mereka, sebaiknya letakkan penghadang keselamatan) .. Untuk merangsang bayi agar otot mereka kuat dan minda cerdas, cuba biarkan bayi memanjat dan bergayut. Biarkan mereka melakukannya sendiri tetapi berdirilah dekatnya dan bersedia untuk menyelamatkan jika diperlukan.

9) Bawa anak merasai suasana yang baru dan berlainan.

l Rumah yang sama, kereta yang sama akan membuatkan bayi bosan. Apa kata bawa bayi ke taman permainan dan padang yang luas bagi bayi merasai suasana menakjubkan di luar sana. Tidak salah sesekali bawa mereka keluar pada waktu hujan agar mereka dapat pengalaman belajar.

On 12:55:00 PM by Aliza   No comments

 

 

Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus.
- DCM

__

28 November, 2011

On 12:24:00 PM by Aliza   No comments


Cantik tak gambar kat atas?? mehla tempah baju... macam2 gambar ble buat .. nak yang kaler bleh.. yang tak kaler pun bleh... harga bleh runding hahahahah...  saja jer nak promote kat kawan-kawan. kekalau ada yang berminat bleh la calling-calling yer. hmm semua ni buat kat Aliza Tshirt Printing.

dekat Aliza Tshirt Printing, macam-acam adaPerkhidmatan cetak tshirt (Silkscreen, Heat Press, Embroidery), baju koporat, baju sukan dll dgn harga berpatutan, pembekal bahan cetak tshirt, cetak cederamata korporat. ADA KURSUS CETAK TSHIRT ~ Lain-lain perkhidmatan: Banner, bunting, name card, flyer, brochure. AGEN DIPERLUKAN!! Sila call 012-7868062/013-8794466/013-8511203 utk tempahan dan kursus.

Email
sales@awrastore.com



za: jom cetak baju couple... couple? siapa sudi couple ngan ai?

23 November, 2011

On 3:44:00 PM by Aliza   1 comment
Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:

  1. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
  2. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
  3. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
  4. Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda,



“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

Kisah yang lain apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim : 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (daripada Hafshah).

Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)


Kesimpulannya

Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. ( Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).

Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.

Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yang mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.

Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.

Marilah kita berfikir sejenak…

Sumber : Portal Islam Murabbi Dot Net



za: Ramai manusia zaman sekarang berpoligami hanya kerana sunnah yang tak pernah mereka kaji sedalam-dalamnya.
On 8:51:00 AM by Aliza   No comments
By: M. Agus Syafii

Cinta seorang istri kepada keluarga adalah cinta yang tak bersyarat. Cinta tak bersyarat, kokoh dan kuat, tak lekang oleh waktu. Suatu saat cinta itu berbuah, apabila suami khilaf maka cintanya mampu membawa kembali kepada keluarganya. Cinta mengatasi luka, derita dan air mata. Kekuatan cinta justru diuji disaat orang dicintai berkhianat akhirnya justru menyesal dan kembali kepada keluarganya. Itulah yang terjadi pada seorang ibu rumah tangga yang memiliki tiga anak. Disaat rumah tangganya memasuki usia ke sepuluh tahun, parahara itu datang. Suaminya lupa diri, kariernya sedang menanjak, pulang selalu malam hari. Sholat selalu ditinggalkan. pertengkaran tak terhindarkan. Mereka memutuskan berpisah. Ibu bertugas menjaga anak-anaknya sementara suaminya bertanggungjawab memberikan nafkah setiap bulannya.

Setelah mereka berpisah, ada seorang teman mengajaknya bekerja diperusahaan garment. Meskipun sebagai orang tua tunggal menjaga anak-anak merupakan kebahagiaan bagi dirinya sebab bisa terhindar dari kekecewaan hati yang ditimbulkan akibat ulah suaminya. Namun dalam kesendiriannya bersama anak-anak merasakan kecemasan dan terserang insomnia, sering tidak bisa tidur malam. Ditengah kegelisahannya itulah kehadiran ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh agar Allah berkenan mengembalikan keutuhan keluarganya. Allah Maha mendengar, disaat dirinya sudah putus asa, harapannya agar keluarganya rukun kembali seolah menjadi nyata. Dirinya melihat perubahan anak-anak yang cuek terhadap penderitaannya seolah mengerti apa yang sedang dirasakannya, anak-anak menjadi penurut dan baik.

Bahkan suatu hari dirinya bertemu kembali dengan sang suami, melihat perubahan sikap dan perhatiannya, suaminya mulai berusaha mendekatinya kembali, menyesali perbuatannya telah meninggalkan dirinya dan anak-anaknya. Akhirnya selama setahun perpisahnnya, kehidupan rumah tangga dapat dipulihkan kembali. Mereka sepakat untuk bersatu kembali dengan berharap keridhaan Allah. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau satukan kami kembali dalam kebahagiaan keluarga kami. Hanya kehendak Engkaulah yang merekatkan keluarga kami menjadi bersatu.' tuturnya, terlihat air mata yang mengalir. Malam itu terasa indah karena hatinya dipenuhi kebahagiaan.

"Musibah yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak dan tetangganya bisa dihilangkan dengan puasa, sholat, sedekah dan amar ma'ruf nahi mungkar." (HR. Bukhari & Muslim).





za: bila cinta bersyarat..itu bukan cinta setulus hati namanya

22 November, 2011

On 9:05:00 AM by Aliza   No comments
Cayalah Harimau Muda.... Tahniah!!


hahahaha... saya plak yang macam over gitu... minat juga tengok bola sebenarnya... tapi sebab takut sakit jantung tu yang kekadang malas layan.. macam semalam, bila dah tengok permainan jadi huru hara.. saya ingat nak out jer... tapi tahan jer hati bila tengok lagat pemain... pastu lagat pengadil yang sekejapan macam hampeh... saya tunggu juga...
Sakit tekak ni ikut jerit aduh.... yang kelakarnya kak long dan adik, orang tak gol dorang jerit gol... adeh.. ada yang kena bambu gak.... Akhirnya..... maruah pasukan bola Harimau Muda kita masih di atas.... segala provokasi yang dibuat Indonesia hanya cakap kosong.... Alhamdulillah....




za: nak jadi pemain bola jugalah.... eh... harini tak dapat cuti ker?

20 November, 2011

On 10:30:00 PM by Aliza   2 comments
Minggu lepas saya angkut semua mesin jahit yang ada ke kedai... wah... semhat tengah berkobar-kobar untuk buka n pasang semua mesin jahit yang sudah tebal habuknya. nasib baiklah mesin jahit saya belum berkarat... cuma mesin jahit tepi saya saja yang agak tidak cantik sudah jahitan tepinya.Tapi semua tu bukan penghalang semangat saya yang tengah naik ni kekekekek.... macam poyo jer 
jadi... hari sabtu dan ahad inilah kerja saya... datang kedai Aliza Tshirt Printing bukan nak tolong print baju, tapi datang jahit baju sendiri... projek baik punya.... dan harini.... wahhh!!!!! tak sangka.. siap... cantikkkk... huhuhu, siapa nak puji kalau bukan diri sendiri.... orang sebelah pun tak puji....sian saya kan...
takper..takper.. yang penting dah siap... mehla tempah baju kat saya kekekeke... inilah bajunyer... baju yang hitam purple tu baju raya sepatutnya.. tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, baju raya saya tiada.. tu kain yang paling mahal saya pernah beli dalam hidup saya... gigil tangan nak memotong kain tu, takut salah, kang meraung warggggg..... semuanya saya buat baju kurung pahang... 

pilihan kaler yang bukan dalam list warna idaman.. saya suka merah





za: suker sangat kaler merah, lagi2 kalau dibeli oleh orang tersayang... tersayang??

18 November, 2011

On 8:26:00 PM by Aliza   No comments
Sesungguhnya kasih sayang, cinta, benci tidak boleh dipaksa. Cinta tak bererti memiliki. Sayang, cinta tidak boleh disentuh, tapi boleh dirasai... alangkah nikmatnya seandainya dia yang bertuah itu boleh merasai nikmat cinta dan kasih sayang itu dari orang yang dikasihinya.
Saya, dari hari ke hari tidak pernah putus meminta dengan Allah agar dikurniakan insan yang mampu memberikan saya merasai nikmat kasih sayang dan cinta itu... biarlah sekejap... asal dapat kurasa nikmat dunia itu selagi berdaya... kerana kutahu... tiada yg kekal di bumi Allah ini... hanya Dia saja yg kekal di dalam kasih sayangnya....
Ya Allah.... berikanlah walau seketika.... Amin...



Za: ingin mencintai dan dicinta seperti insan lain yang beriman kepada Mu Ya Allah
On 4:53:00 PM by Aliza   No comments
Inilah orang yang saya sayang... sengaja saya abadikan gambar mereka di ruang depan blog saya kali ni... comelnya mereka....





za: cukup sayang mereka, sebab mereka tidak tahu erti melukakan
On 3:20:00 PM by Aliza   No comments
Alhamdulillah... Kelmarin saya dah wakilkan kak long untuk amik duit Seratus... Walau tak banyak tapi bolehla untuk mengurangkan sedikit beban. bila dah amik duit tu, sampai umah.. berlakulah sesi soal jawab dengan kak long...

kak long: ibu, duit seratus ibu dah masukkan dalam tabung kak long?
saya: belum, nak masuk bank nanti kalau sempat...
kak long: Ibu duit seratus ringgit yang kerajaan bagi tu untuk apa?
saya: duit tu untuk belanja sekolah kak long....
kak long: yei..yei..yei... nanti bleh pegi kedai buku.... cikgu cakap duit tu untuk belanja anak-anak.
saya: yorlah kak long.....

sibuk nar kak long dengan duit seratus dia.. tak habis-habis dan tak putus-putus soklannya...



ibu: ala kak long.. ibu pinjam sekejap yer duit seratus... nanti dapat bonus ibu ganti kekekek
On 2:33:00 PM by Aliza   2 comments
Apa motif gambar di bawah yer.... kekekeke, sebanarnya saya nak tunjuk tudung baru sama macam penampilan wajah baru blog saya.... jemput semua yer... isinya tetap sama...





za: ingin punya perasaan yang baru.....
On 12:13:00 PM by Aliza   No comments
  • Tempat: ALIZA TSHIRT PRINTING, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor DE.
  • Masa
              20/11/2011 (Ahad)
              27/11/2011 (Ahad)
             (boleh pilih Tarikh) Masa kursus: 9.00 pg hingga 5.00 ptg

CARA PERMOHONAN:

email kepada

sales@awrastore.com


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

(a) Yuran sebanyak RM200 dikenakan (YURAN HARGA PROMOSI AKAN TAMAT NOV 2011)

(b) Pemohon yang telah berjaya akan diberikan sijil penyertaan. Tempat TERHAD!!



Sebarang pertanyaan sila emailkan ke sales@awrastore.com atau telefon 012-7868062/013-8511203

Sila layari facebook "Aliza Tshirt Printing" untuk maklumat dan pengumuman terkini.

On 10:44:00 AM by Aliza   No comments
Di antaraNya sifat sifat yang harus kita miliki saperti :

Ar Rahim – Maha Penyayang,
Ar Rahman - Pemurah,
Al Wahab – Pemberi,
Al Ghafar – Maha Pemaaf,
Al Halil – Maha Penyantun,
Al Latif – Maha Lembut,
Al Adil – Maha Adil,
AS Syakur – Maha Syukur,
Al Wadud – Maha Pengasih,
Al Hakim - Maha Bijaksana,
Ar Rasyid – Maha Pandai



za: cuba menjadi pemaaf... tapi selalu gagal
On 10:22:00 AM by Aliza   No comments
Dlm satu sesi bersemuka smlm; isteri ceritakan suami pertikai sikap berkiranya skrg. Kawin hampir 7 tahun, suami hanya byr bil elektrik, bil air & astro dgn alasan byk hutang. Sejak awal tahun, pecah rahsia suami ada wanita lain dan ada hajat nak kawin. Isteri mula berkeras tuntut hak nafkah sepatutnya. Kata suami; "Kenapa dulu tak berkira, skrg ni plak nak berkira?" Pesan saya, jawab kat suami: "Dulu isteri membantu seikhlas hati sbb sayangkan suami & perkahwinan, percaya suami tak mampu tapi skrg suami dah ada niat nak kawin lagi, dah pastilah suami dah mampu maka buktikan kemampuan dgn melaksanakan tgjawab yg perlu utk isteri dan anak2 yg ada sblm melaksanakan hak bakal isteri baru." Ingatlah wahai lelaki! Kawin ni tak cukup dgn mani tapi perlukan money...
 Mencintai dan dicintai adalah dua perkara berbeza. Berbahagialah kerana mencintai. Bersyukurlah jika dicintai. Anda bertuah jika mencintai dan dicintai insan yg sama. Anda beruntung jika dicintai biar dia anda tak cinta. Anda tak rugi jika mencintai tetapi tidak dicintai olehnya. Cinta bukan paksaan. Yg penting ikhlaskan hati dlm memberi dan menerima cinta seseorang lillahi Taala! Biar apa pun ujian-Nya, anda akan tetap bahagia :) 
 
cNp dari: Suzana Ghazali

17 November, 2011

On 9:03:00 AM by Aliza   No comments
Assalamualaikum...
Mingguni minggu last kak long sekolah... tandanya minggu peperiksaan dah habis juga. Aaaa duhhh... result kak long.... sekolah agama banyak penurunan berbanding peperiksaan pertengahan tahun.. sekolah kebangsaan pula... meningkat.


salinan keputusan sekolah kebangsaan....
Sekolah agama
 

15 November, 2011

On 12:48:00 PM by Aliza   2 comments
Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?


adeh.... sakitnya bersalin... tapi itupun masih ramai yang tak tahu erti menhargai.... kalaulah dipindahkan kesakitan itu kepada sang lelaki... sanggupkah mereka menanggung.... dan ramai juga anak-anak yang tak tahu menghargai ibu... sanggupkah dipindahkan kesakitan itu untuk dirasai oleh sang anak? kalau anak perempuan mungkin yer... sebab dia akan rasa kesakitan tu kalau bersalin.. tapi anak lelaki? Allah maha kaya... sebab itu setiap ganjaran akan diberikan cukup masa dan ketika....



za: masih rasa sakit bersalin hingga kini... luka bersalin masih berkesan... lauka di hati?? hanya Allah yang mampu mengubatnya.
On 8:25:00 AM by Aliza   No comments
Seringkali kita selalu ingin doa kita segera dikabulkan oleh Allah namun seringkali kita malah menunda-nunda bila sudah tiba sholat fardhu. Alangkah baiknya bila memang kita ingin doa kita segera dikabulkan maka sholat fardhu juga ditingkatkan dengan tepat waktu. Banyak manfaat dan keajaiban bila kita menyegerakan sholat fardhu. Salah satunya adalah yang dituturkan oleh seorang teman di Rumah Amalia. 'Saya bekerja di Daan mogot Jakarta, sementara istri dan anak masih tinggal bersama mertua di Cikampek, dan pulang ke Cikampek setiap malam Jumat dan hari Sabtu. Malam jumat seperti biasanya saya pulang ke cikampek, pas kebetulan waktu itu habis gajian jadi sekalian saya beli susu buat anak. Saya menyegerakan sholat maghrib.

Read more



za: selalu lihat orang yang leka.. satu persatu musibah Allah turunkan.. termasuk aku. tapi kita selalu lupa.. Kita yang banyak meminta rezeki dan nikmat dari Allah, bukan Allah yang meminta-minta dari kita.
On 8:12:00 AM by Aliza   No comments
Setiap perlakuan dan perbuatan kita pasti mendatangkan kesan kepada orang lain.. bergantung pada apa yang telah kita lakukan dan buat... maka besar sebesarnya kesannya atau sekecil2nya kesan kepada org lain. yang pastinya, jangan disalahkan orang lain untuk kesan itu bila orang lain mula rasa terkesan dengan apa yang kita dah lakukan dan buat... kita renung dulu diri kita.. di mana buruk dan baik perlakuan kita.....



za: kesan mendalam ke akhir hayat.. kesan yang positif

14 November, 2011

On 11:45:00 AM by Aliza   No comments
Air matanya mengalir, Ketika teringat Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya barang halal yang dibenci di sisi Allah itu adalah perceraian." Air mata cinta seorang istri yang meleleh sambil memeluk putrinya yang cantik, untuk kedua kalinya suami melakukan kesalahan, sebagai istri hanya bisa mengelus dada, kegalauan ingin berpisah atau bertahan membuat hatinya berkecamuk. Putus asa, perih terluka menyatu. Keyakinannya bisa menghidupi putrinya terkadang membuat dirinya percaya diri "Apakah Allah meridhai pilihan hidupku ini?" tuturnya lirih. Kerisauan hati berbagi dan doa bersama di Rumah Amalia memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cobaan kehidupan ini telah mampu menyejukkan hatinya yang tengah galau.

Hpnya berdering mendapatkan kabar suaminya tengah terbaring di Rumah Sakit karena mengalami kecalakaan. Malam itu juga bergegas menuju Rumah Sakit, ditemui suami bersama putrinya. Suaminya terlihat lemah, air matanya meleleh. "Mah, jangan tinggalkan aku.." ucapnya hampir tak terdengar. Ia mengangguk. "Aku ingin maaf darimu untuk yang kedua kalinya.." Suami dipeluknya. Cintanya yang begitu besar kepada suami sehingga Allah menguji hidupnya melalui suaminya. Kesalahan dilakukan kedua kalinya. Semua itu membuatnya tersadar, kecintaannya yang besar dan mendalam hanya patut untuk Sang Khalik semata. Dalam pelukannya sang suami membisikkan kata ditelinga, "Mah, setelah Allah dan RasulNya, aku hanya mencintaimu.." Dalam keheningan ia melihat wajah suaminya yang dibasahi oleh air mata namun hatinya terasa hangat. Pasangan suami istri dan putrinya berpelukan kembali bersatu dalam kesetiaaan hanya berharap keridhaan Allah.

kredit: M. Agus Syafii



za: terlalu setia pada cinta yang SATU
On 10:14:00 AM by Aliza   No comments
Ramai terdorong melakukan perkara mendatangkan dosa ketika muda disebabkan mengikut nafsu. Masa muda sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin memandangkan tenaga masih kuat serta memiliki kelebihan lain.

Rasa takwa akan mengingatkan kita kepada dua malaikat yang mencatatkan apa dilakukan manusia. Menyedari perkara itu tentu kita berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan ditegah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.” (Surah Qaf ayat 17)

Jelas pentingnya rasa kesedaran terhadap pengawasan Allah dan dua malaikat dalam setiap detik kehidupan. Kesedaran itu menghalang kita melakukan kesalahan secara sengaja biarpun berada di tempat sembunyi.


Jika melakukan kebaikan, tidak pula mengharapkan diketahui atau mendapat pujian daripada orang lain kerana pujian akan menyebabkan timbul perasaan riak dan sombong. Apa dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyatakan, menyedari kewujudan dua buku catatan itu dapat mengingatkan manusia supaya mempunyai kecenderungan untuk tidak melupakan segala dosanya. Tentu akal waras tidak akan melakukan dosa dan mencampakkan diri ke dalam neraka di akhirat kelak.

Buku catatan itu akan dibawa ke hadapan Allah SWT ketika pengadilan di Padang Mahsyar yang mana tidak ada satu pun salah catatan, melainkan semuanya benar belaka. Manusia dijatuhkan hukuman dengan adil seperti mana dilakukan di dunia ini.

Firman Allah SWT bermaksud: “Pada hari ini, setiap diri dibalas dengan apa yang diusahakannya, tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.” (Surah al-Mukmin ayat 17)

Untuk menjadi Muslim sejati perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan menjana keimanan, memantapkan ketakwaan, beristiqamah melaksanakan perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Perkara ini antara rahsia kemuliaan seseorang Muslim dan ketinggian darjatnya pada sisi Allah SWT.

Sesungguhnya, belum layak seseorang mengaku dirinya beriman jika banyak melakukan dosa berbanding pahala.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita, tetapi iman itu keyakinan yang tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.” (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Tanpa syarat itu, sudah pasti seseorang manusia tergamak atau tanpa segan silu melanggar batasan digariskan Allah. Tidak hairanlah ada mengaku beriman, malah mendabik dada mengatakan dialah paling beriman atau mulia pekertinya, tetapi pada masa sama melakukan larangan Allah.

Jangan mencari kesalahan orang lain sebelum melihat diri sendiri. Cara itu lebih baik kerana kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bukannya mencari kesalahan orang lain.

Saidina Umar al-Khattab pernah menyatakan satu ungkapan masyhur yang bermaksud: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab pada hari akhirat kelak, timbanglah segala amalan kamu sebelum kamu ditimbang dalam sidang pengadilan Ilahi nanti.”

Ungkapan itu menginsafkan kita betapa amalan bermuhasabah dan mencermin diri yang dilakukan akan menentukan kesudahan nasib pada hari kiamat nanti.

Manusia unggul sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara ditegah agama. Perjalanan hidup sentiasa dipandu oleh acuan al-Quran dan sunnah yang membawa kepada destinasi diredai Allah.

Kata-kata mutiara pilihan untuk hari ini : Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Renung-renungkan...



za: seringkali melakukan kesilapan yang sama berulang kali

11 November, 2011

On 9:44:00 AM by Aliza   No comments
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.


za: dah buat maksiat, pastu susah nak bertaubat, pastu wat bodo... apala manusia akhir zaman ini

10 November, 2011

On 12:46:00 PM by Aliza   No comments



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung






za: kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang semakin hari semakin susah.. kehidupan di dunia ini hanya pinjaman tiada yang kekal.. kasih sayang, cinta, rindu, benci semuanya pinjaman hak milik Allah.. kita berusaha banyak manapun untuk mengekal dan merampas semua itu semula... kalau tiada izin dan takdir Allah untuk kita... maka tiadalah... kun faya kun.. maka redhalah aku....
On 11:38:00 AM by Aliza   No comments
Sabar sebahagian drp iman tapi sabar manusia jg ada batasan. Sabarnya jgn diuji atau diprovokasi. Bkn sj bimbang sabarnya akan hilang tp risau tindakannya akan membuatkan dirimu kesal dgn kehilangannya. Setiap individu bkn sj ada kewajipan tp jg punyai hak. Bila sabar tiada, org yg waras akan fikirkan haknya bukan sj kewajipan. Jika hak sendiri tak dipertahankan, nak harapkan siapa lagi?!


Ramai yg mempertikaikan mengenai hak yg tak diperolehi hg lupa dgn segala tgjawab yg perlu dilaksanakan. Ada tikanya, hak yg wajib kita perolehi dibekukan sementara oleh-Nya kerana kegagalan kita melaksanakan hak yg wajib sama ada kpd sesama manusia atau kpd-Nya. Ingatlah! Kita mempunyai tgjawab bukan shj kpd manusia tetapi jg kpd Allah SWT. Tgjawab utk melaksanakan segala perintah-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, membantu menyampaikan kebenaran malah membanteras kemungkaran. Tertunaikah? Sedangkan DIA telah memberi kita segala macam nikmat hidup di dunia? Jom koreksi diri!




za: selalu tidak sabar

08 November, 2011

On 3:33:00 PM by Aliza   2 comments
semalam saya tidur jam 3 pagi... kenapa? ntahlah kenapa.. hanya adik yang tahu kenapa... pagi ni saya rasa malas sangat nak kerja, tapi gagah juga untuk bangun pergi kerja, mata terlalu berat untuk angkat... adeh....
sekarang, saya di depan meja yang tertenggek komputer ofis... berpinar-pinar rasa, rasa macam mau tumbang saja... hidung sudah mula tersumbat sebelah... tekak sudah mula rasa perit yang amat... kuhentam jambu yang dibawa akak ofis ni lagi bertangkai-tangkai... hrummm.....




za: keperitan hidup, siapa inginkan keperitan?semua inginkan keindahan, tapi terlalu susah untuk memberi bahagia itu dalam keadaan diri yang tidak sempurna apatah lagi keadaan diri yang selalu lalai dan alpa...kembalilah semua ke pangkal jalan. ada dua orang manusia di akhir zaman ini..yang jahat akan menjadi baik, yang baik akan menjadi jahat.. kebanyakan saya lihat di sekeliling saya adalah yang kedua.
On 8:52:00 AM by Aliza   No comments
By: M. Agus Syafii

Tali yang mengikat kuat hubungan suami isteri dalam suka dan duka adalah kesetiaan. Ukuran kesetiaan yang tertinggi adalah tidak melakukan perzinaan, atau hubungan seks dengan orang yang bukan suami atau isterinya, hubungan seks diluar pernikahan.  Hubungan seks antara calon suami dan calon isteri  dengan dalih apapun, merupakan bentuk perbuatan ketidak setiaan kepada norma, yaitu berhubungan seks di luar pernikahan. Ketika nanti di tengah krisis rumah tangga terjadi perdebatan tentang kesetiaan, maka pengalaman pra nikah itulah yang akan menjadi alat untuk saling menuduh,; lha dulu situ belum nikah juga sudah mau saya gituin, apa bedanya sekarang, kata suami. Isterinya menjawab. Dasar laki bejat, dulu saya yang di rayu-rayu, sekarang setelah bosan dengan saya, perempuan-perempuan lain yang dirayu-rayu.

Disinilah pentingnya menjaga kesucian pergaulan sebelum menikah. Agama tidak mengekang kaku, Rasulullah mengingatkan bahwa Jika melihat wajah dan kedua tangan seorang wanita membuatmu lebih terdorong untuk menikahinya, maka lakukanlah. Jadi Rasulullah membatasi melihat wajah dan kedua belah tangan  karena dari kedua anggota badan itu , dengan menggunakan mata kepala dan mata hati sudah dapat dilihat karakteristik seseorang. Jadi, menjaga kesetiaan sudah dilakukan dari awal perkenalan dengan cara yang benar sesuai dengan tuntunan agama agar mampu mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah dengan saling setia dan menjaga kesetiaan



za: tak pernah tak setia

04 November, 2011

On 10:25:00 AM by Aliza   3 comments

saya suka cerita di atas... dan kebanyakan yang berlaku sekarang punca orang jatuh di dalam bisnes, bisnes jadi huruhara adalah no. 3....
jadi... renung renungkanlah kalau tak mahu bankrap....




za: tak tahu berniaga, tapi pandai cakap saja...

01 November, 2011

On 8:46:00 AM by Aliza   No comments
petikan dari: Himpunan Cerita Sedih



"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.





za: belum pernah puas dengan apa yang ada di dunia.. tetiba tersedar banyak lagi keperluan di akhirat sana yang belum dicari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...