30 December, 2011

On 12:55:00 PM by Aliza   No comments

Dah nak abis tahun 2011, sekejap jer yer... banyak kehendak dan keinginan di tahun 2011 tak tercapai...:(, takperlah segalanya ketentuan Allah.. Dia yang Maha memberi. tak tahu bagai mana nak bercerita tentang tahun 2011 ni. Apa yang boleh dizahirkan, saya tak hingin melalui pengalaman seperti di tahun ini... terlalu kusut.
2011, tahun yang banyak mengajar saya bermacam-macam erti kehidupan, kemanusiaan, persahabatan, kesakitan, kepedihan, kecurangan, kesetiaan dan bermacam-macam lagi. Apa yang penting saya belajar tentang erti PENGORBANAN. pengorbanan yang terlalu besar dari seseorang yang menyayangi dan mengasihi insan lain yang ntah kasih atau sayang  itu berbalas. saya ingin meninggalkan tahun 2011 ini dengan cepat kalau boleh, memulakan sesuatu yang baru di tahun 2012. ingin melupakan segala yang ada di tahun 2011. alahai... tahun 2011 bukan salahnya... dan juga bukan salah nasib tak ong di tahun ini.. cuma takdir dan ketentuan Allah... di tahun ini saya terlalu banyak membuat kesilapan, terlalu banyak membuat keputusan dan tindakan bodoh..yang akhirnya memakan diri saya sendiri, entah sampai bila.. belum pernah seumur hidup saya merasai perasaan sedemikian rupa... tapi tahun ini saya merasainya hingga ke hari ini.. bak kata orang.." memaafkan bukan bererti melupakan" tapi kalau redha, pasti kita bisa melupakannya... ya, redha... itu yang sedang dibuat... tapi pastinya tahun 2011 itu pernah saya lalui dan dengan harapan yang besar.. pengalaman itu saya tak mahu dan tak perlukan di tahun 2012. Alhamdulillah.... saya masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.
tahun 2011, saya dapat sahabat baru, saya tahu siapa kawan siapa lawan, saya tahu dengan siaap yang saya boleh berbuat baik, saya tahu dengan siapa yang saya perlu bekorban dan dengan siapa yang saya boleh berbuat baik.. dan saya tahu siapa yang akan beada di sebelah kita bila kita susah.. pastinya bukan orang yang kita terkejar2 yang kita yakin kita akan bahagia bersama dia, tapi adalah orang yang kita tak pernah fikir untuk menjaga hati dan perasaannya bila dia tengah susah. itulah, jangan terlalu memandang tinggi sesuatu yang kita tak pasti hingga sanggup memandang rendah apa yang kita dah pasti sebelum ini... dan yang penting sekali, REDHA ALLAh dan REDHA orang itu penting... saya belajar menjadi seorang hamba Allah yang sebenarnya, alhadulillah.. ada kebaikannya juga hidup di tahun 2011 ini... saya mula tahu dan yakin pada berada di Jalan Allah.. jangan tinggal solat, mambaca alquran, solat sunat... banyak yang saya belajar.. alhamdulillah.. terima kasih buat mereka yang sentiasa berada di sisi saya di saat saya sakit dan susah.. sukarnya hidup di bumi Allah ini.. itu yang saya tahu...

 selamat tinggal 2011.. selamat tinggal penderitaan, walau saya tahu derita itu tiada surutnya... tapi siapa tahu rezki kita esok lusa kan? hanya Allah yang tahu.... biar 2011 saya dianiaya, dikecewakan... mungkin 2012 saya akan bahagia..mungkin dengan cara yang lain..yang penting... saya pasrah menempuh dengan sabar tahun 2011  :). saya bersyukur dengan rezki Allah hingga hari ini.. sesungguhnya saya tahu.. saya tidak sesmpurna mana, tapi saya cuba menjadikan hidup org lain sempurna seadanya.....




za: setiap perbuatan, pasti ada balasannya...

21 December, 2011

On 9:04:00 AM by Aliza   No comments
Jawapan yang paling tepat/mudah; WAllahua3lam ( Allah SWT lebih mengetahuinya.. )

Kerana Nabi Muhammad SAW pun tidak juga mengetahuinya..

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu merapatkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika memiliki kemampuan”, kemudian dia berkata: “anda benar”. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan aku tentang Iman”. Lalu beliau bersabda: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk”, kemudian dia berkata: “anda benar”. Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan aku tentang ihsan”. Lalu beliau bersabda: “Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “Beritahukan aku tentang tanda-tandanya”, beliau bersabda: “Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang tidak berpakaian, miskin dan penggembala ternakkan, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku menunggu beberapa hari. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian”.
(Riwayat Muslim)

Dan Allah SWT tidak juga menyebutnya didalam al-Quran..

[1] Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[2] Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".

[] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Yang banyak hanyalah perihal/keadaan kiamat itu sendiri, diantaranya..

[1] Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
[2] Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[3] Dan bulan hilang cahayanya,
[4] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

Namun tanda2 kiamat itu banyak.. Tanda2 kecil dan tanda2 besar.. Kebanyakan telahpun ataupun sedang berlaku..

14 December, 2011

On 12:48:00 PM by Aliza   No comments



Selamat Ulang Tahun Untuk Mak Tersayang.... semoga mak sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia... dan diberi yang baik-baik saja untuk saat ini, hari ini, esok, lusa, tungging dan selama-lamanya......

07 December, 2011

On 10:35:00 AM by Aliza   4 comments
Seronok!!....
itu ayat pertama yang boleh saya cakap.... first time saya berjumpa kengkawan Geng Hot Mama Blogger (FB). memula saya rasa agak janggal.. tak reti nak sesuaikan diri.. sebab saya ni kan pemalu kekekekek... tapi akhirnya saya rasa ok. ok dan ok...

semua ramah walau ada satu atau dua yang agak memalu juga.. tapi yang banyak mulut dan bising pandai nak tackle mereka yang pendiam macam saya.. huhuhu... Tuan rumah Ena manjalara memang betul2 sporting dan baik hati menjamu kami makan macam2 hingga dia sendiri tombang selepas kami  balik... semoga cepat sembuh.

walau hujan ribut kami masih maintain

walau tak semua dapat berkumpul... sesuku pun dah kira meriah.... mari saya kenalkan
dari kiri belakang: angkat kaki Tina Othman, Aziati, yang tak nampak muka tu Noor ishma, Iena Hamdi, Ena(tuan rumah), Fiza.
Dari Kiri depan: saya, Kak Shiela, ieyra E-roll, Iza, yatie dan Cath

indoor punya gambar

inilah Logo kami





za: hepi

05 December, 2011

On 11:30:00 AM by Aliza   No comments
Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...