31 January, 2012

On 4:51:00 PM by Aliza   No comments
Kadang-kadang atau selalu saya akan mengeluh sebab penat. ada ketika saya mengeluh sebab diciptakan sebagai perempuan... sebab ada ketika saya rasa saya seperti ditindas... bila saya mengandung... mengalami alahan yang teruk.. saya akan mengeluh sebab saya tak tahan menanggung alahan itu... bila tiba masa untuk bersalin.. saya mengadu yang saya sakit sangat.. kenapalah sakit ini saya terpaksa tanggung tidak lelaki.... dan selalunya saya akan mengeluh bila saya kena buat semua tugas yang bukan sepatutnya saya buat sebagai seorang wanita... tapi di sebalik keluh kesah saya itu.. saya tahu ada hikmahnya cuma saya berasa sukar untuk sesuaikan diri agar tidak mengeluh... terlalu beruntungnya saya menjadi seorang perempuan....
6 sebab kenapa saya perlu bersyukur dengan kehebatan Allah ini sebab menjadikan saya sebagai seorang perempuan.....

1. Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

24 January, 2012

On 5:32:00 PM by Aliza   No comments
Tertarik dgn jawpan ustaz azhar idrus;

soalan: "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk'

jawapan ustaz: wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT..kalau bukan isteri
yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...SUAMI JGN MARA..ISTERI BESAR JASANYA..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll.


Za~ hmmmmm.... Tak tahu mcmner nak minta

11 January, 2012

On 2:27:00 PM by Aliza   No comments
Entri ni saya CnP dari email yang saya terima... terima kasih.. just share untuk kengkawan.....

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.



za: rajin tengok orang lalai solat...
On 10:05:00 AM by Aliza   No comments
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah
Selamanya



za: sakit memang sakit... amat menyakitkan

09 January, 2012

On 8:04:00 AM by Aliza   No comments
CINTA tak cukup sekadar luahan dgn perkataan tetapi perlu DISERTAKAN DGN TINDAKAN. Andai benar cinta, anda takkan menyakitinya. Jika betul cinta, anda takkan mensia-siakannya. Bila cinta, anda akan lakukan yg terbaik demi membahagiakan hidupnya. Namun ANDAI HANYA UCAPAN TANPA TINDAKAN, anda tiada bezanya dgn si Kakak Tua yg pandai berkata2 tapi tak faham maknanya...

Khas untuk orang yang tahu cinta...



za: andai tiada cinta, tiada kasih..tiada sayang..tiada rindu.. cukup sekadar menghargai dan malayan sebagai seorang manusia yang tidak pernah putus setia bekorban untuk kamu

06 January, 2012

On 1:32:00 PM by Aliza   No comments
rasa macam sekejap sangat kak long sekolah. tahun lepas kelamklibut saya menguruskan akk long sekolah.. pestime.. tapi kali ni kelamkabut juga.. tapi alhamdulillah, kak long boleh biasakan diri.. kak long budak pandai.... ;)

kak long...

kak long beratur nak masuk kelas

kak long sempat lagi tu...

semoga kak long jadi anak yang soleh.. belajar pandai-pandai...



za: nak kak long jadi anak yang soleh.. belajar pandai...

05 January, 2012

On 4:46:00 PM by Aliza   No comments
Sehari selepas kejadian ragut aka rompakan kecil-kecilan itu... ada hamba Allah yang baik hati terjumpa beberapa barang berharga saya di econsave jalan reko kajang. hmmmm




Saya sebenarnya tak tahu nak kategorikan perompak itu sebagai baik atau jahat.. kalau mereka baik.. mereka mesti tak mencuri barang hak milik orang lain. Tapi kalau mereka itu jahat.. mereka tak mungkin akan pulangkan lesen, mykad dan gambar anak2 saya walau hanya dengan mencampak di tepi jalan.... macam2 persoalan dalam kepala saya.. tapi saya cuba tidak memikirkannya sebab saya rimas..saya kusut bila mengenangkan kejadian tersebut.. sesungguhnya saya betul2 trauma....



za: kita punya alasan tersendiri untuk melakukan sesuatu perkara... tetapi apa juga alasan itu.. ia tidak menghalalkan cara yang kita buat... Ya Allah, seandainya masih ada rezki aku.. kembalikanlah...
On 1:28:00 PM by Aliza   No comments
Malang tidak berbau.... memang selalu saya dengar...
Tetapi malang tu datang dalam pelbagai cara dan keadaan... begitu juga saya... orang lain sibuk untuk menutup tahun 2011 dengan aman damai.. saya pula terpaksa meninggalkan tahun 2011 dalam keadaan yang tertekan... huhuhu.. memang tragis betul nasib saya di tahun 2011. Tanggal 30hb12/2011... saya diragut aka dirompak... Memang kalau ikut logik orang boleh cakap saya lalai... tapi benda dah nak jadik.. apa yang saya boleh buat lagi. kejadian berlaku dipan mata sendiri depan nurseri kak long dan adik... kronologi? hmmm ntah tak tahu macamner nak bagi tahu dan tak reti nak ceritakan.. cukup saya bagi tahu... kesemua barang saya habis dirompak kecuali samsung saya... sebb mungkin itu rezki yang Allah simpankan untuk saya. alhamdulillah.
hari sabtu plak, ada sorang hamba Allah tu jumpa kad pengenalan dan lesen kete saya kat tepi jalan dekat parking econsave jalan reko, kajang... hmmm... masih ada rezki saya... alhamdulillah ya Allah... tapi masih banyak benda lain yang saya perlu buat.. kad bank, mykid, buku bank, buku tabung haji, buku ASB, kad pekerja.. bla..bla..bla... aduh.. terlalu penat saya.....
apa-apa pun... saya tetap mendoakan yang Allah beri petunjuk dan hidayah untuk perompak terhormat itu yang merupakan anak muda melayu kita... itulah anam muda zaman maju....




za: peragut..perompak.. tiada halal untuk kerja mudah yang kamu lakukan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...