30 June, 2012

On 1:27:00 AM by Aliza   1 comment

Peraduan Selamat Hari Bapa Alizareesya da tamat tengahari tadi.  Dan pemenangnya sudah dipilih oleh papa Alizareesya...  Tahniah!  Tahniah!  Untuk tuan punya gambar. Tahniah lagi sekali.


29 June, 2012

On 1:29:00 PM by Aliza   1 comment

Tanggal 17 Jun 2012 adalah Hari Bapa. Tahun ni merupakan tahun pertama buat julung-julung kalinya saya tak berbapa.... Sayu sangat hati saya.. memang tak pernah sambut hari bapa dengan ayah, tapi saya mesti akan sms atau call ayah untuk ucapkan selamat hari bapa... memang tiada hadiah untuk ayah.. cukup sekadar ingatan dan ucapan... saya tahu, ayah tak pernah mengharapkan hadiah dari kami adik beradik...





Sempena Hari Bapa ni, saya rasa macam nak buat sesuatu plak kat Blog Alizareesya ni. rasanya dah lama tak wat peraduan kan. ops! lupa nak tanya, nengok anak-anak saya ni, rupa mereka seiras tak dengan papa dorang? Nurbatrisyia Aliza memang photostate papanya bebetul masa dia kecil-kecil dulu hehehehe... Nurqaireen Aliza pula... dia adalah gabungan ibu dan papa hahahahaha. oklah, stop cerita pasal mereka yer..


 








Ok, Peraduan kat blog saya senang jer... tapi tak mudah.... ikut jer direction kat bawah, gerenti boleh punya. tapi PEMENANG hanya seorang saja. dan PEMENANGnya  akan dipilih oleh PAPA Alizareesya.

sila Follow Blog ini yer







    Mbb
  1. Sharekan Entry ini kat wall FB korang. 
  2. like Page Ini. 
  3. Cari gambar kat album korang yang ada gambar Ayah + Anak yang SEIRAS (gambar tak limit kepada gambar korang dgn ayah tau, boleh juga gambar anak korang ngan ayahnya)
  4. bila dah jumpa gambar, postkan kat komen entry ini yer atau post kat page ini
  5. selain gambar, saya nak satu perkataan yang ada dalam kepala korang tentang Siayah dalam gambar yang korang postkan tu. tak payah panjang-panjang ok.
  6. Boleh rujuk kat sini contoh  cecaranya 
  7. Yang penting jangan lupa letak
    Nama penuh ayah dan anakFb pengirimAlamat blog pengirim kalau adaEmail pengirim.
  8. done! tunggu saja Papa Alizareesya pilih gambar dan perkataan yang menarik hati dia.
  9. Tarikh Tutup : 17 Jun 2012  midnight!!  29 Jun 2012
  10. TIADA PENYERTAAN DARI SAUDARA MARA YER ahakss....

26 June, 2012

On 8:12:00 AM by Aliza   No comments
PENGUMUMAN;

Peraduan SELAMAT HARI BAPA ALIZAREESYA
kita upkan tarikh tutupnya kepada 29 Jun 2012. ini adalah atas permintaan beberapa orang teman yang email n inbox saya kat FB.... chaiyokkk

 

25 June, 2012

On 2:35:00 PM by Aliza   No comments

Hari ahad lepas,  kami try g beli barang di Kedai Rakyat 1 Malaysia.  Bukan pe.. Tak pernah cuba kan, so ajak en. Somi pegilah, kebetulan kami balik kampung atas urusan yang tak dapat dielakkan dan kebetulan barang2 kering kat umah dah abis.
So far oklah, ok untuk mereka yang tak pentingkan kualiti. Macam saya, kena tengok juga barang apa yang perlu dikesahkan kualiti dan yang tak perlu dikesahkan hihihi. Barang-barang ada yang murah dan ada yang lebih kurang sama je ngan kat pasaraya biasa. Tapi tang pastinya, terdapat banyak pilihan kat sini. Jom, siapa yang belum pernah pergi, meh try. Tak rugi pyn, kalau taknak beli produk 1 Malaysia, leh beli produk biasa yang kita beli. Sesaja cuci mata kan....




za: belasah jer asal boleh jimat dan rasa boleh guna

17 June, 2012

On 8:30:00 AM by Aliza   No comments
Nama Bapa:
Nama Anak:
FB Peserta: Iza Arissa
Blog:
Email:
Kata-kata: Segalanya
 


Nama Bapa: Atan Ahmad
Nama Anak: Ahmad Arif
FB Peserta: Siti Darna Sanoesi
Blog: www.kasih-ibu-arif.blogspot.com
Email: sdwan381@gmail.com
Kata-kata: Abah yang terlebih happy dari anak almaklumlah bukan selalu kan dapat macam ni??? 



Nama Bapa: johari
Nama Anak: syasya
FB Peserta: Puan Cat
Blog: zurinsyasya.blogspot.com
Email:
Kata-kata: like father like daugther... vs sepet...


Nama penuh ayah: Samion Bin Berau
Nama penuh Anak: Siti Syazuani Binti Samion
Fb pengirim: Siti Syazuani Alamat
blog pengirim: http://syazuani89sss.blogspot.com/
Email pengirim: bluemercury89sss@gmail.com
Ucapan: Terima Kasih atas segala pengorbanan mu Ayah =) 




Nama penuh ayah Hasnol Shah
Nama penuh Anak Iyman Ghazy
Fb pengirim Yusneeza Yunos
blog pengirim : -----
Email pengirim : eus.eunos@gmail.com
Ucapan:


Nama penuh ayah  : Saad Abdullah 
Nama penuh Anak  : Saidatul Akma Saad 
Fb pengirim  : Aida Zakry
blog pengirim : -----
Email pengirim  : aidazakry@gmail.com
Ucapan:  Ayah, Dikaulah Wira Hidupku Selamanya



14 June, 2012

On 12:56:00 PM by Aliza   3 comments
Di penghujung cuti sekolah tempoh hari, kami balik kampung atas tujuan cuti sekolah dah nak habis, dan kekanak tak dibawa berjalan ke mana pun. Jadi bergegas balik kampung hari sabtu malam. Hujan lebat gitu. Hari ahadnya, papa bawa kekanak mandi kat sungai klah hot spring. Sukalah dorang. Ibu? Ibu x brapa xcited sebab ibu tak berapa sihat. ;) Jadi mari kita saksikan yer....
Langkah seiringan gitu....

09 June, 2012

On 7:06:00 PM by Aliza   No comments
Hari ni dari solat zohor sampailah ke solat asar, saya ajak Qaireen solat sekali. Alhamdulillah, dia mau ikut juga walau ikut kepala dia saja.... Sempat ambil gambar dia masa tengah baca doa tadi. Tetiba....
Usai solat asar tadi, tetiba hati jadi sebak. Saya teringat ayah. Ayah lagi. Memang tak pernah lekang nama ayah di bibir dan di hati. Ya Allah, kau tempatkan lah ayah di tempat orang-orang yang Kau kasihi. Bukan teringat sebab apa... teringat zaman kecil-kecil dulu. Bila tiba waktu solat, bila ayah tak kerja, saya dan adik saya siti akan menjadi makmum ayah. Ikut suka kami saja nak baca apa, tapi yang pastinya akan ikut bacaan ayah. Dan ada ketika, bila sedang seronok ikut iman, tetiba adik saya yang nombor tiga yang ketika itu berusia 3 tahun kalau tak silap akan mengacau, berkeliaran berlari mengelilingi kami yang menjadi makmum ni. Apa lagi, berderailah ketawa saya dan adik. Hanya ayah yang maintain... alahai ayah... kenapa begitu cepat masa tu berlalu... kenapa terlalu cepat ayah tinggalkan saya di bumi asing ini. Astaghfirullah hal azim... saya merapu lagi... sebenarnya kerinduan itu cukup kuat...  entah bila saya dapat jumpa ayah lagi... dalam mimpi? Terlalu jauh untuk menggapai ayah...
Buat adik, ingat lagi lagi tak saat kita solat sesama ayah... ingat lagi tak ayah selalu bawa kita jejalan... yang paling best bila ayah bawa mandi pantai, pegi poring.. pegi sana sini. Ayah cukup suka makan seafood, sama macam kak long. Hingga ke akhir hayat ayah, ayah tetap suka berjalan-jalan dan makan.... hang rindu ayah tak? Kak long rindu ayah sangat...  tak tahu nak cakap macamne rasa rindutu. Rasa sakit sangat bila terlalu lama tak dengar suara ayah. Hanya gambar ayah peneman siang dan malam.
Za: semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.

07 June, 2012

On 6:37:00 PM by Aliza   No comments

Dua minggu lepas kami g beli barang2 dapur di pasaraya kat sini. Beli itu, beli ini... macam-macamlah yang diambil.
Punsing punya pusing... sekali laaa.... ini yang berkenan di hati sang suami dan kekanak... alahai.....
Layan jerlah.....





06 June, 2012

On 11:54:00 PM by Aliza   2 comments



Mata dah mengantuk. Tapi ntah, rasa macam tak boleh tidur. Terkebil-kebil mata ni paksa untuk tidur. Kenapa? Saya tetiba teringatkan seorang lelaki. Terlalu teringatkan dia. Menusuk hingga ke tangkai jantung dan hati saya kerinduan pada dia.

Saya cuba lupakan dia buat seketika dengan meriuhkan diri.. menyibukkan masa dengan pelbagai aktiviti, menggembirakan hati dengan gelak ketawa bersama keluarga dan teman-teman... tapi saya tetap tak bisa melupakan dia. Saya cukup rasa tertekan tanpa dia. Ya Allah Ya Tuhanku... kenapa perasaan ini harus hadir. Ya, patah tumbuh hilang berganti... yang pergi tetap pergi, kita yang masih bernyawa ini harus memeruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah yang entah bila akan diambil nyawanya. 

Ayah,
Lelaki yang tak pernah berjaya saya lupakan. Melupakan ayah adalah suatu yg mustahil. Dari hari ke hari saya rindukan suara dia. Ada ketika saya cuba bermonolog sendiri mengikut cara dan nada ada bila telefon.... ya, masih ingat dan terngiang-ngiang lagi suara dan gaya ayah menelefon ku sehari sebelum dia pergi. Masih ceria seperti tiada apa yang akan berlaku, ceria dengan guraunya seperti dia tak akan tinggalkan kami dengan air mata yg tak henti.. kalaula boleh dirakam semua itu....

Ayah, minggu ni cukup 2 bulan ayah pergi, dan dalam masa 2 bulan tu juga masih banyak urusan yg belum dapat diselesaikan.. Ya Allah, susahnya rasa keadaan ini bila ayah tiada. Bermacam-macam urusan yang perlu dibuat, dan masih belum selesai. Hmm... ayah pergi tiada pesan.. dan pesannya sebelum ini yang sering menjadi gurauannya saja yanh sering berlegar-legar di kepala saya... kusut...kusut...


Saya perlukan ayah pada saat ini, saya perlu untuk berborak di telefon dengan ayah saat ini, saya perlu bervideo call dengan ayah tika ini, saya perlu bertanyakan khabar ayah waktu ini... segalanya tentang ayah saat ini. Sebab hanya ayah yang sentiasa memahami dan mengerti perasaan saya dan hanya ayah yang tak pernah bosan melayan karenah saya dan hanya ayah yang tak pernah merungut dengan sikap saya... tidak org lain.. hanya ayah... ayah...ayah...ayah..
Cukup rindukan dia





Za: ingin pergi kepada ayah
On 11:41:00 AM by Aliza   No comments
Bila baca tajuk.. wah, mesti hebatkan hahaha... takdelah sehebat mana pun, takderlah segah mana pun... tapi memang havoq... cuma rasa tak berapa best, sebab warga LSI ada 38 orang semuanya... dan datang dari Utara, Selatan, Barat, Pantai timur dan bla..bla... jadi agak sukar untuk mengumpulkan semua. Yang dekat pun ada tak boleh datang sebab kekangan kerja memasing. tapi alhamdulillah.. izin dari Allah dan sokongan yang diberi warga LSI lah yang membuatkan semua ini berjalan dengan lancar.

Tanggal 03 Jun 2012 tempoh hari, kami warga Lepak Santai Ibu buat pertama kalinya melancarkan program yang telah dirancang berminggu-minggu. program yang asalnya untuk sambutan birthday warga LSI... dan kami meriahkan dengan aktiviti bowling. Sambutan birthday untuk yang lahir pada bulan Januari - June.... kami potong kek yang ditempah khas dari Cath Bake. sedap memang sedap. alhamdulillah...


Bila dah berkumpul semua

 Yang paling bestnya
bila dapat bertemu Haryani buat pertama kalinya




Bowling dah mula. Kekanak yang paling xcited.
Dorang saja main kita terpaksa bekali-kali topup
untuk tambah game untuk dorang. Anak oh anak

Bila Papa mula pilih bola

hahahaha... ibu adalah juara longkang


Iena Hamdi bila mula melontar peluru... ada skill gitu


Tada.. inilah juara kategori bapa.
Lebih 4 mata dari papa hahahaha


Cayalah Iena... Tahniah Dear


Walau Iena Menang... hadiah dibahagi sama rata itu
bestnya warga LSI... tengs Iena sebab sudi berkongsi.
lepasni kita main game..
kita bagi hadiah rumah atau kereta pulak yer.
macamner nak agih tu?


Ini wrga bapa-bapa yang so sporting.
TERIMA KASIH abang, sebab sudi join aktiviti za.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...