18 April, 2013

On 1:52:00 PM by Aliza in    No comments

Cinta pandang pertama... siapa pernah laluinya? saya rasa hampir kesemua orang pernah merasai dan melaluinya... bezanya cuma kita sedar atau tak saja akan perasaan unik itu. 

Cinta pandang pertama adalah satu istilah di mana kita jatuh cinta tak kira kepada manusia atau benda sebaik saja pertama kali melihatnya. cuma apa yang saya nak kongsikan, bukanlah cinta pandang pertama terhadap benda atau barang... tapi cinta pandang pertama sesama manusia. bak kata saya.. pastinya hampir kesemua orang pernah merasai akan sentuhan rasa cinta pandang pertama itu, cuma cara yang berbeza... 

saya juga pernah merasainya satu ketika dahulu... dan perasaan itu boleh hadir berkali-kali... terlalu indah. 
kita akan rasakan yang kita mula jatuh cinta walau hanya sekali pandang terhadap seseorang itu bila kita rasa cukup selesa melihat sidia, hati berdebar-debar dan kalau boleh pandangan kita tak mahu langsung dilarikan dari memandang dia. sukup indah... hingga kalau boleh setiap waktu dan ketika kita nak melihat persis dia. 
Cinta pandang pertama itu boleh hadir bukan sahaja hanya kerana wajah seseorang itu yang sedap mata memandang tapi juga mungkin kerana sikap, cara atau apa saja...

"Love in the first sight".... tidak semua akan berjaya.... ada yang berjaya dan ada yang tidak... beruntung untuk mereka yang berjaya dan cukup menyakitkan bagi mereka yang tak berjaya. selalunya berlaku di zaman cinta monyet.... zaman sekolah... terpandang seorang pelajar yang mampu membuatkan hati berdebar kita rasa cukup teruja untuk mendekatinya...  bermula dengan risik melalui teman.. hantar surat..berbalas pandang.. berlawan senyum... berbual..dan akhirnya menjalinkan hubungan yang lebih rapat... itulah cinta pandang pertama di zaman remaja... bila putus..rasa tak serasi.. mula ikut haluan memasing.... tak lama kemudian.. bertemu lagi cinta pandang pertama.... begitulah seterusnya hingga bertemu cinta sejati....

yaa.... Cinta pandang pertama boleh berlaku secara kerap... mereka yang sudah berkahwin juga tidak boleh lepas dari konflik ini.. alangkah bahagianya sekiranya pandangan indah ini dirasai antara pasangan itu.. jadi tak kisah walau sekerap mana cinta pandang pertaman ini berlaku... tapi akan menjadi rumit bila cinta pandang pertama ini berlaku antara pasangan dengan pasangan yang lain... terlalu tragis perasaan itu. maka di sinilah perasaan cinta pandang pertama itu perlu dihapuskan bukan diteruskan. kerana cinta pandang pertama buat mereka yang sudah berpunya belum tentu berhasil malah memeritkan. terlalu pahit. Tapi kuasa Allah, tiada siapa yang tahu... mungkin penangan cinta pandangan pertama itu maka segala perjalanan kehidupan kita di muka bumi Allah ini akan berubah... saya tak cakap cinta pandangan pertama untuk mereka yang sudah berpunya dengan pasangan yang berlainan ada terbaik atau dibolehkan... selagi boleh elak kena elak... memohon dan terus memohon dari Allah.. kerana dia lebih tahu. jangan kerana perasaan nikmat dan indah yang sedang dikejar akan membuatkan ramai hati yang terluka banyak perasaan yang merana.... maka berpada-padalah......

sebenarnya apa yang saya tulis takde kena mengena langsung dengan apa yang saya rasa ketika ini... sebab perasaan saya dah lama tak rasa penangan cinta pandang pertama hahahahaha...kalau diberi peluang pun.. saya nak rasa perasaan itu hadir untuk suami saya.... so... pikir-pikirkanlah.... babai....

On 1:21:00 PM by Aliza in    No comments
Mari kawan-kawan semua... cuci mata aje nengok tudung murah..... ni saya sharekan link blog kawan saya.... http://dhiyaiyman-collection.blogspot.com/.   boleh juga like page Yus ni yer....  Dhiya-Iyman









12 April, 2013

On 10:09:00 AM by Aliza in    No comments
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.



Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…


09 April, 2013

On 7:58:00 AM by Aliza in    2 comments

Alhamdulillah....  Syukur ke hadrat ilahi, hari ni saya masih bernafas... Saya masih berpeluang menikmati pahit getir seorang bernama anak dan manusia.
Terkenang cerita dulu...  Tarikh yang sama, hari dan tahun berlainan. Saya dikejutkan dengan satu berita yang cukup hebat getirnya. "Ayah dah tiada" ...  Ayah sakit secara tiba-tiba, masuk hospital tak sampai berapa jam, masuk dewan bedah... Pembedahan tak berjaya... Ayah masuk ICU, trus ayah pergi bertemu penciptanya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas, terlalu pantas.
Sehari sebelum ayah pergi, saya dimaklumkan yang ayah sakit, trus dibawa ke hospital. Seperti biasa kuanggap semua tidak seserius yang ayah rasa...  Ku masih di sini.. Hanya mengikuti perkembangan ayah melalui telefon. Entahlah...  Susah nak cakap apa yang bersarang di lubuk hati seorang aku yang bernama anak. Sehingga hari ini atau mungkin sehingga saya pejam mata, saya akan terus diselubungi rasa ralat dan bersalah untuk kesemuanya. Kalaulah ketika dapat berita ayah sakit saya terus bergegas balik bertemu ayah.. Mungkin saya tak akan bertemu ayah dalam keadaan yang amat memgelirukan diri sendiri. Saya terlalu leka hingga hilang rasa risau untuk segera bertemu ayah.. Itu silap dan penyesalan yang terlalu besar yang pernah saya buat dalam hidup ini... Lambat bertemu ayah...
Hmmm....
Hari ini, genab setahun ayah tinggalkan kami....  Setahun juga saya dan anak-anak hidup tanpa suara ayah... Tapi tidak dalam mimpi...  Ayah kerap menjengah mimpi saya walau sekejap.
Untuk ayah... Ija sayang ayah...  Tiada galang gantinya... Patah tumbuh memang tiada berganti...  Semoga ayah tenang di sana... Di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
al fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...