30 June, 2013

On 12:25:00 AM by Aliza   1 comment
Alahai....  Dah bersawang teruk umah ku ini. Dah lama nar tak berblog. Nampak gayanya saya dah tak boleh nak jadi Blogger tegar.

Oklah, mari kita kongsi cerita pasal makan-makan.
Minggu lepas punya lepas, saya begitu rajin untuk membaking. Hihihihi...  Kerajinan tu datang gara-gara sorang teman ni sibuk tayang rainbow kek kat WhatsApp... Teringin punya pasal terus minta resepi dengan kak lily. Wahhh.... Macam best je kan.

Ini kiranya percubaan pertama saya buat rainbow kek, ntah jadi ke tak, tawakal je. Alahai... Sekali buat untuk 6 lapisan kek span tu, melekat da...  Rasa nak penyek-penyekkan je loyang tu. Maka jadi macam-macam rupalah kek tu, ada yang tebal ada yang nipis, ada yang cantik ada yang berlobang. Hahahaha..  Meh nengok hasilnya....

Walau pun rupa tak cantik, tapi rasanya boleh tahan gak.. Hahahaha...  Kredit untuk resepi kak lily.




#kek tak jadi belasah je... asal puas hati ada orang makan

05 June, 2013

On 2:47:00 PM by Aliza in    2 comments

Jangan Melarikan Diri dari "CINTA" Apabila Ia Berada Di Hadapan Kamu. Jangan Melarikan Diri Daripadanya  Kerana Suatu Hari Nanti, Kamu Pasti Akan Teringatkannya Kembali Dan Menyesali Perbuatan Kamu Itu. 
Apa Yang Korang Perlu Tahu:-Hargai Orang Yang Menyayangi Kamu, Bukan Mudah Untuk Mencari Orang Yang Menyayangi Kita. Yang Paling Berharga Ialah Hati Yang Ikhlas

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "HAI" daripada dia mencukupi sebagai penenang 
Apa Yang Korang Perlu Tahu:-Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.



04 June, 2013

On 12:11:00 PM by Aliza in    4 comments
jom kita post ayat-ayat atau kata-kata yang menyenangkan hati dan perasaan. entri kali ni saya nak kongsi hikmah di sebalik "I LOVE YOU" versi 1. kalau ada versi 1 pasti akan menyusul versi 2, 3, 4, 5 dan seterusnya..... jom... kita kongsi bersama-sama.. sebab ni pun saya dapat dari email yang saya terima pada tahun 2001 lagi.... acik masih muda remaja lagi tu... ngah kemaruk bercinta lagi.... ayokkkk.....

Jangan Jadi Terlalu Baik, Saya Akan Merindui Kamu. Jangan Terlalu Mengambil Berat, Saya Mungkin Menyukai Kamu. Jangan Terlalu "Sweet", Saya Mungkin Jatuh Hati Kepada Kamu. Amat Sukar Untuk Saya Menyukai Kamu Jika Kamu Tidak Mahu Membalasnya.

Apa yang korang perlu Tahu:-
Seseorang Yang Membuat Kamu Jatuh Hati Kepadanya Sebenarnya Menyayangi Kamu Lebih Daripada Kamu Menyayangi Dia.  


za: takutterlalusayanghinggamenyakitkanperasaansendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...