21 October, 2013

On 11:42:00 AM by Aliza in    No comments
Korang..korang.. saya dah rajin panaskan kuali dan dapur. hahahahahaha.... last week saja 2 hari direct saya buat pancake. sebelum ni saya buat pancake yang segera je.. beli sekotak RM7, 8, 9, 10  hahahahah. pernah buat ikut resepi yang digoogle, tapi hampeh.. tak sama macam yang beli tepung segera mahal tu. 

tapi kali ni saya dapat resepi yang lain dari biasa saya buat, saya google dari Myresepi. ok... hasilnya cun. meh saya kongsi hasi yang saya dapat... walllaaahhhhh... sedap wehhhh....


  1. 1 biji telur. asing telur putih dan kuning.
  2. Pukul putih telur sampai kembang macam dalam gambar.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur + 1 cawan susu segar + 3 sudu besar gula
    + 1 sudu besar mentega yang dicairkan. (BAHAN A)
  4. 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder. (BAHAN B)
  5. masukkan BAHAN A ke dalam BAHAN B. kacau hingga sebati. (BAHAN C)

  1. masukkan BAHAN C ke dalam adunan putih telur tadi. guna kaedah kaup balik.
    ini bagi elakkan putih telur pecah. hehehehehehe

Jom mula memencake!!!! bila rupa pancake dah macam ni sila terbalikkan


nanti rupanya gini

dan begini. dah tu.. jom makan

kan senang je. dah siap. saya makan campur golden syrup. besttttt.... jom try .





#resepi makan sampai kenyang...

14 October, 2013

On 10:48:00 AM by Aliza   No comments

hahahahahaaaaa.... sebab esok raya kan.. so arini saya post entry pasal resepi je.... muahahahaha.... dan sebenarnya saya sedang berpuasa gitu, semua menyummikan....

Meh saya kongsikan resepi kerabu kaki ayam, kebetulan ada member sekolah nak resepi plak.. layan... saya ni bukannya pandai sangat pun bab-bab resepi nih..

ok, meh cuba.. opsss.... untuk yang tak makan kaki ayam tu minta ampuunnnn yer untuk entry kali ni.. hahahahaha bukan apa, raman antara member saya yang tak makan kaki ayam dan begitu alergik. tak nak wat cemana, inilah makanan saya adik beradik dari kecil dulu.... dah..dah..dah.. meh kita ushar2 resepi....

Bahan-Bahan:
  1. seharusnya KAKI AYAM yang suci bersih putih melepak tanpa sebarang cagu, lebih kurang 5 pasang ye. so ada 10 lah. 
  2. Air rebusan kaki ayam lebih kurang dalam stengah cawan.
  3. kacang panjang dalam 5 urat
  4. daun kesum 5 tangkai. amik daunnya saja.
  5. cili api 15 biji. (bergantung kepada kepedasan yang korang nak)
  6. serai 3 batang
  7. bawang besar selabu saja
  8. limau kasturi 5 biji (ambil jusnya) 
  9. garam
  10. serbuk perasa/gula
Cara-cara masak:

  • potong ikut suka bahan 1. rebus ye. kalau ada presure cooker, rasanya 15 minit dah ok. kalau takde presure cooker, rebus la dalam periuk biasa dalam 45 - 60 minit gitu. sampai kaki ayam tu kembang tau. nanti lembut sedap makan. toskan. 
  • hiris bahan 2, 3, 4, 5, 6. hiris jangan halus sangat jangan tebal sangat. agak2lah kalau makan tu tak tercekik.
  • campurkan kaki ayam yang dah direbus tadi dengan bahan yang telah dihiris dalam mangkuk yang bersesuaian. masukkan jus limau, garam dan serbuk perasa/ gula. gaulkan hingga sebati. akhir sekali masukkan air rebusan kaki ayam tadi. 
  • biarkan sekejap.... lepas tu yokkk makannn..... nyummmmmm

selamat mencuba.....

On 10:26:00 AM by Aliza   No comments

Semalam Incik Suami request buatkan lempeng biasa + Sambal ikan bilik + air kopi ais. perghhhhh... memang saya suka. walau saya dah kenyang sebab makan berat petang semalam, tapi sebab lempeng ni saya rasa macam suka.. saya layan juga. hehehehehe

Dan,
Atas request seorang teman, dia nak resepi... hahahahahaha, kelakar la ko ni Ena.. bikin den malu ehhh.. lempeng je ponnn... oklah... sebab bangga punya pasal ada orang minta resepi, meh saya kongsikan. ena, amik pen ngan kertas cepat..


Bahan-bahannya:

  1. Tepung saya ambil dalam secawan
  2. garam sket je.. bajet sendiri la nak masin mana, tapi incik suami saya dah pesan jangan masin sebab nanti sambal bilisnya dah masin. ok dear.
  3. suku cawan air panas
  4. setengah cawan air biasa
  5. telur sebijik 

Cara-caranya:

  1. Campurkan  bahan 1,2 dan 4. kacau hingga sebati, jangan ketul-ketuklkan yer. 
  2. dah nampak adunan cantik, berkilat memikat, masukkan bahan 3. kacau lagi. kalau rasa adunannya pekat, leh tambah sket air panas, kalau rasa cair sangat, leh tambah tepung sket. cemana erkkk... hmmm kepekatannya lebih kurang wat ketayap tu. 
  3. masukkan telur. kacau sampai cantik.
  4. lempengkan atas kuali tak melekat ye. saya tak letak minyak pun.... perghhhh makanan sihat.

Selamat mencuba... selamat yer kawan-kawan. sambal ikan bilisnya boleh buat sendiri kot.....


08 October, 2013

On 1:06:00 PM by Aliza   2 comments
Aihhhhh...... tiba-tiba teringat zaman membreastfeeding kan adik....  dah 3 tahun berlalu... rasa rindu plak nak mengepam bagai... hahahahahhaa.... mengong ke hapa. 
Tak adalah, sejak dua menjak ni saya dikelilingi oleh mereka-mereka yang bakal mendapat baby lagi... yang dah dapat baby... seronok nengok dorang bercerita tentang breastfeeding. kekadang, saya sharekan juga pengalaman untuk ibu-ibu baru yang tak tahu atau yang perlukan pandangan saya. saya ni takdelah arif sangat, tapi alhamdulillah berjaya menyusukan adik selama 2 tahun 3 bulan.
Terlalu banyak cabaran sewaktu proses menyusukan adik, salah makan ubat hingga mendatangkan kesan yang buruk kat adik... stress hingga menjejaskan produk tenusu ku hahahahaha.... macam-macam lah pengalaman. cuma apa yang boleh saya kongsikan untuk kengkawan yang baru nak berjinak-jinak dengan breastfeeding nih....  


  1. jaga pemakanan kita. jangan ambil ubat sebarangan. even ada nasihat dari doktor pun, kita kena berhati-hati. sebab saya dulu pernah ambil ubat selesema dan ubat batuk, ntah macamne ubat yang doktor bagi tu tak sesuai untuk ibu yang menyusukan... akhirnya adik asik muntah-muntah setiap kali breastfeed. keluar balik susu yang adik minum, air susu yang keluar bak air paip. cukup menakutkan.
  2. jangan stress. bila kita stress hasil susu pasti akan merundum.
  3. amalkan makan kurma, minum susu. saya dulu saya amalkan makan kurma, protien soya dan minum air longan kering. insyaallah, susu akan ok.
  4. banyakkan berdoa minta Allah mudahkan proses menyusu.
banyak lagi petuanya.. tapi nanti-nantilah kita share. nah, mari nengok hasil perahan ku satu ketika dulu..... wahhhh rindunya......



03 October, 2013

On 8:04:00 AM by Aliza   No comments


[UPDATE] MASTER SILKSCREEN CMYK CLASS (MSCC) - 14 HARI SHJ LAGI!! ~ anda mungkin tidak memerlukan, sila sharekan kepada keluarga & sahabat-sahabat anda yang mungkin memerlukan. PELUANG TIDAK DATANG SELALU!!

-----------------------------------------------------------------------------

PELUANG KEEMASAN MENAMBAH ILMU SILKSCREEN PERINGKAT MASTER - CMYK CUSTOM




REBUT PELUANG YURAN PROMO 10 ORG TERPANTAS (EARLY BIRDS) = HANYA RM1957 (Masih ada kekosongan)
HARGA BIASA: RM2457
PESERTA VIP KICT: RM2000

Maklumat Program:
TARIKH: 19-10-2013
HARI: SABTU & AHAD
MASA: 10.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT: ALIZA TSHIRT PRINTING, NO 6B & 8B, JLN 3/69, SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DE
TEL / FAX: 03-8912 7163 MOBILE: 012-786 8062

" ILMU TIDAK MENDATANGI, ILMU MESTI DIDATANGI"

Baca selanjutnya & sahkan tempat anda di sini:https://docs.google.com/forms/d/1AQb3MC8wN-ARtZAux2vGWSUAD6I7BZ7z3w6gUbm70ug/viewform


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...