09 April, 2014

On 8:46:00 AM by Aliza   No comments

Genab sudah 2 tahun pemergian seorang lelaki yang cukup rapat dengan saya sejak saya lahir. Tak pernah ada hari yang saya tak ingat dia. cuma bezanya antara kuat dan tidak saja perasaan tu. 

Tapi apa yang pastinya rasa rindu untuk berbual dengan ayah macam biasa walau hanya melalui telefon cukup kuat.. 
Rasa rindu untuk peluk ayah setiap kali jumpa cukup kuat 
Rasa rindu nak gaduh ngan ayah macam selalu cukup kuat

Saya selalu berangan yang Allah akan kabulkan permintaan saya untuk bertemu dengan ayah walau sekejap. sekejap je.. sekejap je.. tak lama pun takpe. tapi yelah... semua tu angan-angan kosong... mustahil dan tak mungkin. Apa yang pastinya, ayah takde.. ayah takde...AYAH DAH TAKDE!!!

Takpelah... Bukan nak merungut dengan kerja allah, cuma saya rasa terlalu rindukan ayah.. cukup rindu sampai dah tak tahu nak kata apa, nak nangis pun dah tak tahu, sebab rindu sangat... kekadang hanya gambar ayah saja yang menjadi pengubat rindu yang tiada kesudahan. 

Cuma apa yang saya perasan, bila ayah takde.. banyak perkara yang ayah tak bagi buat, secara perlahan-lahan saya buat... :( Ya Allah... lalainya saya... hati saya memberontak... saya harap bila saya buat perkara yang ayah tak bagi buat, ayah akan bersuara marahkan saya.... hmmmm

Takpelah... semua berlalu dengan pantas... pejam celik.. pejam celik dah 2 tahun saya hidup tanpa ayah...


Alfatihah untuk ayah, semoga Allah menempatkan ayah di kalangan mereka yang beriman. sesungguhnya ayah adalah lelaki terhebat yang saya pernah kenal.. ayah pandai masak.. ayah pandai bertukang.. ayah pandai buat wiring.. ayah pandai jahit baju ... segala yang pandai itu adalah ayah... 



07 April, 2014

Alamak... tak ingat lah bila kejadian ni berlaku hahahahahaa..... tapi yang pastinya masa cuti sekolah dan bukan masa cuti sabtu ahad :p. Sebenarnya dah lama plan nak g memancing kat kelong ni.. tapi disebabkan ada saja acara lain yang menggagalkan misi, masa terpaksala ditunda saja. tapi kali ni alhamdulillah... jadi juga.. Syukur Ya Allah.

Kami bergerak dari umah dalam jam 9.30 pagi, sampai kat Bagan Lalang lebih kurang jam 11 pagi.. tu pun selepas campur tolak bahagi darab dengan macam-macam persinggahan nak beli itu ini, adehhhh...

Ala, tak retilah akak nak bercerita pepagi ni.. meh nengok gambar.

Semua barang longgok saja sini sementara tunggu bot sampai. panas wehhh

Delu masa 1st time datang sini, adik masih kecil lagi..
umo dalam 3 tahun kot.. alahai.. dah tak ingat la.
sekang datang lagi, adik dah anak dara dah. Besar kan adik...
Kak long, kali pertama lah ni datang trip mancing kat Bagan Lalang
ok, bila sampai je kat sini.. kira-kira tetangah laut,
ini aktiviti pertama, pasang apa yang patut dipasang.
Ibu tukang amik gambar saja, sebab ibu tak reti nak pasang mende alah ni,
 nak pancing boleh la..

Tada... dah dapat ikan.... tapi cenonet je ikannya.. apapun, Alhamdulillah
Ramai tu
Kali ni joran adik plak sangkut ikan.
hmmmm... dah nengok gambar kan. kesimpulan cerita memancing kali ni agak suram hahahahaha. bukanpe, ikan tak banyak... ikan-ikan kali ni semuanya agak pemalas nak makan umpan. Saya pun rasa tak seronok.. tapi dalam hati berkata-kata, nak datang lagi.. nak dapatkan ikan yang banyak. 

ops, lupa nak kasi tau, sewa ke kelong Bagan Lalang ni dah naik tau.. dah jadi RM50 satu kepala, bebudak dia caj separuh. kelong ni plak macam umah tengah laut yang ada banyak bilik, ada toilet zaman jepun dan ada dapur untuk masak. oklah not bad.. cuma yang badnya bila takde ikan.. hahahahahaha


Akhir sekali, kami makanlah ikan bakar yang ada kat kedai makan sini..
kahkahkahkahkahkah


za: sekali sekala berlibur kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...