18 July, 2014

On 8:24:00 AM by Aliza in , , , ,    No comments


Nampak tak gambar tu? menarik tak? rasa nak makan tak? ahahahahahahaha..... sekali pandang macam beger untuk kekanak je kan... 

Nah!! saya perkenalkan first homemade mini burger dari dapur saya. Oklah no bad rasanya. bun macam biasa bm uli dan oven bakar, daging burger plak saya buat sendiri dari daging kisar... nyum..nyum..nyum... alhamdulillah habis.. Cuma saya tak berani nak makan banyak sangat, takut gomok ahahahahahaha... saya sekarang lebih fokus kepada eat clean kengkonon lah. 

Resepi untuk bun boleh ikut pada resepi roti yang pernah saya share sebelum ni. Untuk resepi daging burger plak.... ayokkkk kita cuba resepi bawah ni.

Resepi Daging Burger

Bahan-bahan:-
  • 1/2 cawan Daging lembu kisar
  • 1/2 cawan daging ayam kisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 kiub daging/ ayam
  • 1 biji telur
  • daun bawang
  • secubit rempah sup
Cara-caranya:-
caranya senang ajerr... campur semua bahan, uli n gentel-gentel la.. saya uli sampai terture daging tu elok tak melekat, kalau melekat saya letak minyak sket kat tapak tangan. buat bulat2 kecil (agak-agakla besar daging beger yang korang nak). bila dah siap, saya bakar atas kuali tanpa minyak sebab minyak daging tu akan kuar nanti. masa ngah bakar tu saya letak serbuk lada sulah atas daging tu. bila tebalikkan, saya letak lagi lada sulah kat bahagian lain plak. bakarla sampai masak lebih kurang dalam 15 minit ikut ketebalan daging burger korang. Siap.... 

selamat mencuba yer... kompom best. 


#menubukapuasa

16 July, 2014

On 7:45:00 AM by Aliza   No comments
Pepagi tadi layan iklan ni.... ahahahahaah serius kelakar dengan gelagat adik ni.... sesekali nengok perangai dan akalnya sebijik macam Qaireen adik yang kat umah tu alahaiiiii..... jom layan....



 








 

02 July, 2014

On 10:52:00 AM by Aliza   No comments








I'm a Queen [Lyric]


[Asti] Ku Ingin bagai mutiara

Terjaga di dasar samudera
Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi
*Reff : 

You see..
[Ussiy] Behind my veil i'm a queen..
I have a beauty that no body seen..
Luckily his precious i have been..

[Linda] You see..
Behind my veil i'm a queen..
I have a body that no body seen..
Luckily his precious i have been..

[Ussiy] huuu..huu..huu.. 

[Ussiy] Indahku hanyalah milikNYA
Indahku untuk cintaNYA
[Fika] Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi
 
[All] Back to *Reff

[Ussiy] huuuu hiyee iyeeeee..

[Fika] Indahku hanyalah milikNYA
[Linda] Indahku untuk cintaNYA
[Whida] Cantik sekilau mentari
[Ayu] Cantik sewarna pelangi
 
*Reff :

[Fika] You see..
Behind my veil i'm a queen..
[Whida] I have a beauty that no body seen..
Luckily his precious i have been..

[Linda] You see..
Behind my veil i'm a queen..
[Ayu + Ussiy] I have a body that no body seen..
Luckily his precious i have been..
[Whida] You see..
( [Ussiy] You seeee.. I'm a queen)
Behind my veil i'm a queen..
[Fika] I have a body that no beauty seen..
[Ussiy] Luckily his precious i have been..

[Ussiy] You see..
[Ayu] Behind my veil i'm a queen..
[Asti] I have a body that no body seen..
[Fika] Luckily his precious i have been..

[All] Indahku hanyalah milik NYA.... 




Masuk hari kedia puasa saya dah sibuk cari resepi nak makan apa untuk berbuka. ahahahaha masa ni barulah tahu fungsinya incik Google. Masa tengah menggodek tetiba kat wall FB saya ada plak tertera kuih Serabai ni. aihh macam menarik je rupanya, tapi rasanya tak tahulah sebab tak pernah rasa.

Kuih serabai ni kalau diikutkan merupakan kuih tradisional yang popular kat Malaysia. Kuih serabai dibuat dari tepung beras, dimasak macam lempeng dan kena makan dengan kuah sirap gula melaka + santan. rasanya. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan, tapi saya tak tahulah gerai Ramadhan mana ada jual.
Kalau ikut Wikipedia, kuih ni popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Dan dekat Melaka plak kengkawan ramai cakap kuih serabai ni dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah. nama lain bagi kuih serbai adalah kuih mayat. Wahhh dah macam kamus bergerak plak saya ni yer.

Jom saya tunjuk caranya...

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung beras
  • 150 gm nasi sejuk
  • 550 ml santan
  • 11gm yis segera 
  • 1/2 sudu teh garan

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
  2. Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
  3. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.

 
Ini rupanya semua adunan yang telah diblend dan dah di perap selama 2 jam.
Kembang gilerrr

Saya takde acuan, saya masak dalam kuali kecil jer,
yang penting kuali tu jangan mudah melekat.
Sila pastikan kuih tu macam ni tu, berlubang-lubang permukaannya.
masak sampai agak kekuningan atau hingga permukaan jadi macam gambar ni tau.

Kuah Durian:
  • 600 ml santan
  • 100 gm isi durian (lecek-lecek tau)
  • 80 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan hingga mendidih.
  2. Hidang serabai dengan kuahnya.
Ini durian tau

Siap. Boleh makan. Rasanya? rasa kuih serabai ni tawar je, tak manis pun, garam pun tak berapa nak rasa sangat. tapi bila di 'kahwinkan' dengan kuah durian ni... walllaahhhhh, sedap. memang rasa siok makan. jadi kawan-kawan jemput la try menu ni yer. ok chowww selamat bersungkai kata orang sabah.



nota za: baru hari keempat puasa dah hilang idea nak masak pe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...