Sanah Helwah ~ Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah

12:43:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah, tahun ni berpeluang lagi sambut ulang tahun kelahiran Incik Bos. Ok, kejutan menjadi juga, cuma macam biasa abe lias buat muka toye... huh! Orang lain kali, buat-buatlah pengsan ke.. melompat ke sebab terkejut. hahahahaha

Oklah, tahun ni bawa semua p makan. kali ni saya pilih Restoran Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe.  Ok, not bad servis. Stafnya memang banyak membantu dan sangat sporting. Alhamdulillah. cuma sang ibu tak sempat nak amik video tiup lilin yang macam bunga api tu ahahahahahah.

Malas nak citer panjang sebenarnya sebab raya aura untuk menulis tu belum datang. tapi korang yang area bangi kalau nak try servis dan bantuan Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe ni... boleh la p. Tak jauh pun, di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi saja. Ni saya tepek nombor telefon sekali, 03-8912 5936.

Hadiah untuk abe lias? hahahahahah biarlah rahsia.... alaa rezeki untuk bernafas yang allah kasi ni, rezeki untuk makan yang Allah kasi dah kira hadiah lah tu.. insha Allah, tahun depan ada rezeki kita sambut lagi ye. Love You So Much abang. Semoga sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, di beri kekayaan dunia dan akhirat, diberi kejayaan dalam setiap pekerjaan yang baik dan yang penting semoga terus istiqomah dengan apa saja urusan yang diperintahkan Allah.


Jauh di termenung.

lupa nak cakap, cup kek ni oder dengan member opis.
Amy... alhamdulillah kena dengan tekak.

Dah besar budak ni ye...

0 comments:

Hadiah

10:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillah, tahun ni dah bertahun-tahun hidup di bumi Allah ni. Hari tuanya sebenarnya dah lama dah.. berbulan dah. Cuma nak cerita dapat cekelat tanda ingatan dari Kelab Kakitangan kat opis. perghhh.... terharu....

jom makan cekelat. terima kasih untuk segalanya

0 comments:

KHAZANAH PENINGGALAN RASULULLAH S.A.W

3:20:00 PM Aliza Reesya 0 Comments





Abu Hurairah meriwayatkan

"Aku tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah SAW, seolah-olah matahari beredar di wajahnya. Aku tidak juga pernah melihat seorang yang jalannya laju lebih dari Rasulullah SAW seolah-olah bumi terlipat di tumitnya. Sungguh kami memaksa diri untuk berjalan laju dan beliau tidak peduli dengan rasa lelah kami” {Hadi Riwayat oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Ahmad dan Abu Syaikh}

Sayidina Ali juga pernah meriwayatkan

"Bahawa apabila Rasulullah SAW berjalan bergoyang badannya seperti menuruni anak bukit” {Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi dan Hakim}





Aisyah meriwayatkan

"Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci (taharah, menyikat rambut dan memakai selipar atau kasut).” {Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}





Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ




#Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread), http://www.tamadunislam.com

0 comments:

Planet pLUTO

2:18:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Orang kata, kalau tak cuba, makanya tak tahu... mari kita cuba.....








0 comments:

Lima Tahun dia pergi tiada pengganti

8:36:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Ahad bertemu ahad lagi. Bumi berputar dengan pantas amat. 5 tahun yang lepas... Masih ingat lagi…. Gurauan àpàkah ini... Ayah memang suka bergurau.... Tapi gurauan kàli ni saya betul² tak boleh terima....langsung!

Pagi ahad dapat berita ayah sakit… berak darah banyak sangat. Terus kena bawa pergi hospital. Macam biasa saya yang duduk jauh hanya dengar perkabaran dari jauh dengan hati yang rawan. Saya tunggu perkembangan ayah… ayah dijangka akan buat operation segera sebab ada masalah usus luka. Hinggalah ke malam… hati dah mula tak karuan. Macam2 dalam kepala. Hinggalah perkabaran dari hospital yang begitu merentap hati seorang anak yang jauh seperti saya. Ayah kritikal!
Terus saya ambil tiket kapal terbang. Bukan taknak balik awal, tapi disebabkan masalah kewangan saya masih menggagau gagau di mana nak beli tiket… akhirnya nekad, suami keluarkan saki baki duit yang ada untuk saya balik. Selesai beli tiket… saya dapat sms…. “ayah dah tak ada”.

Hancur luluh hati saya… macam2 rasa datang. Nak menangis memang air mata dah macam air hujan. Nak marah… tak tahu nak marahkan siapa… nak menjerit…. Itu yang saya rasa. Menyesal.. Semua ada.

Seminggu sebelum ayah pergi hati saya sudah terusik untuk pulang, rasa rindu tiba2 datang pada ayah. Saya telefon ayah cakap saya nak balik… senang saja jawapan ayah…
“hang balik la kalau rindu, nanti hang tak sempat jumpa ayah”. Seperti biasa saya ingat ayah hanya bergurau.... Maka saya abaikan perasaan itu. Akibatnya hingga hari ini atau mungkin hingga hujung nyawa saya perkara itu akan menjadi antara perkara yang paling saya sesalkan dalam hidup.

Akhirnya ayah di depan saya… bezanya ayah sudah kaku… langsung tak berdehem seperti kebiasaannya… tiada lagi suara memanggil “ija”… . saya mati akal. Nak suruh ayah bangun memang dia tak akan bangun. Puas saya peluk dia.. Puas saya cium dia…. Tetap dia tak bangun2… . sakitnya hati… sakit sangat. Sukar untuk saya redha… lelaki pertama yang saya cinta akhirnya pergi macam tu je…. Pergi tinggalkan saya tanpa apa2 pesan…. Pergi tanpa beritahu saya. Sakitnya hati ketika tu. Tapi saya kena kuat. Saya lagi kesian nengok cucu2 ayah yang terpisat2 tak tahu apa2 nengok tokwan dorang kena kebumi… terutama alif. Saya kesiankan adik saya siti yang tengah sarat menunggu hari untuk lahirkan cucu ayah… firas tak sempat jumpa tokwan… kalau. Tokwan boleh tubggu sket lagi… mungkin sempat azankan firas.. Mungkin sempat cari ikan untuk pantang siti. Akhirnya saya redha walau setiap kali rasa rindu datang… air mata memang berjurai… tak kira di mana…. Tengah drive… tengah. Ketawa… tengah makan… tak kira di mana saja….

5 tahun berlalu…. 9/4/2012… masih belum cukup penantian saya terhadap ayah. Hingga ada ketika saya begitu harap ayah muncul di depan saya…. Saya begitu rindukan ayah. Cukup rindu… kehilangan ayah… buatkan saya rasa malas untuk rasa apa yang saya rasa ketika bersama ayah…..

Ya Allah... Kau tempatkanlah ayah di kalangan mereka yang beriman. Ampunkanlah segala dosa ayah….. Kau lindungilah ayah…. Ayah… sampai hari ni.. Sampai saat ni… sampai ketika ini… ija masih mencari kelibat ayah di merata tempat. Masih mencari kasih ayah…. Walau 10001 ayah yang datang… tetap tak sama dengan kasih yang ayah bagi….




0 comments:

Followers