21 March, 2013

On 10:13:00 AM by Aliza   1 comment
Salam Khamis korang... 
alahai, dah bersawang blog ni nampaknya. kejap lagi saya bersihkan yer. hihik....

sejak 2 menjak ni, saya rasa begitu slow sangat. nak update blog pun saya rasa begitu..begitu..begitu tak bersemangat. kenapa erk.... meh saya nak kongsi.

sebelum ni saya memang tahu, saya adalah pembawa gen thalasemia. sebelum ni keadaan tu memang tak begitu ketara terhadap saya, malah saya tak rasa langsung yang saya ni adalah pembawa gen itu. cuma dalam sebulan yang lepas, keadaan kesihatan badan saya agak merundum. saya cepat letih, rasa nak pitam, selera makan begitu terus sangat. merata klinik saya pergi, jadi macam2 lah andaian doktor. last sekali saya ambil darah, dan doktor pelik sebab hb saya begitu rendah 8mg sahaja. so saya pun teringat pasal thalasemia yang saya bawa. jadi mulai saat tu lah seminggu sekali saya akan ambil darah untuk cek keadaan hb saya. seperti yang dijangka, ia memang tak stabil. memula ambil 8mg, minggu kemudiannya 10mg, kemudian plak 9.9mg, lepas tu 9mg. 

sakit, tapi inilah dugaan yang harus saya terima

Nasib baik doktor yang saya jumpa ok, perihatin orangnya. dibekalkan saya ubat Acid Folic sebeban untuk saya makan sampai saya pejam mata :) .. last sekali berjumpa doktor, doktor cakap, melihat pada result darah dan keadaan diri saya, saya mungkin penghidap thalasemia intermidiate. harus redha kan... saya memang down, rasa macam menyusahkan orang saja. makan tak lalu, nak bangun tak larat. nasib baik incik suami boleh faham sedikit keadaan saya. saya tak harap dia faham sepenuhnya, tapi boleh tolong layan anak, masak, bawa saya g klinik dah memadai untuk saya...:(.

hari ni... badan saya masih tak berapa ok, cuma selera makan saya dah ok sket. tapi saya masih berasa tak begitu ok. rasa lemah saja. dan merata orang yang jumpa saya akan cakap muka saya begitu pucat... rasanya saya perlu tukar lipstik kot. hehehehehe.

kalau korang nak tau apa tu talasemia.. sila rujuk sini. 
ok kawan-kawan... tolong doakan saya sentiasa sihat yer... ok, kita stop sini dulu, nanti kita borak lagi.


.

1 comments:

Anonymous said...

saya juga pembawa gen thalassaemia... lawatlah di blog saya, moga membantu... :-)

http://kakngahsihat.wordpress.com/category/thalassemia/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...