02 July, 2014

Masuk hari kedia puasa saya dah sibuk cari resepi nak makan apa untuk berbuka. ahahahaha masa ni barulah tahu fungsinya incik Google. Masa tengah menggodek tetiba kat wall FB saya ada plak tertera kuih Serabai ni. aihh macam menarik je rupanya, tapi rasanya tak tahulah sebab tak pernah rasa.

Kuih serabai ni kalau diikutkan merupakan kuih tradisional yang popular kat Malaysia. Kuih serabai dibuat dari tepung beras, dimasak macam lempeng dan kena makan dengan kuah sirap gula melaka + santan. rasanya. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan, tapi saya tak tahulah gerai Ramadhan mana ada jual.
Kalau ikut Wikipedia, kuih ni popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Dan dekat Melaka plak kengkawan ramai cakap kuih serabai ni dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah. nama lain bagi kuih serbai adalah kuih mayat. Wahhh dah macam kamus bergerak plak saya ni yer.

Jom saya tunjuk caranya...

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung beras
  • 150 gm nasi sejuk
  • 550 ml santan
  • 11gm yis segera 
  • 1/2 sudu teh garan

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
  2. Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
  3. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.

 
Ini rupanya semua adunan yang telah diblend dan dah di perap selama 2 jam.
Kembang gilerrr

Saya takde acuan, saya masak dalam kuali kecil jer,
yang penting kuali tu jangan mudah melekat.
Sila pastikan kuih tu macam ni tu, berlubang-lubang permukaannya.
masak sampai agak kekuningan atau hingga permukaan jadi macam gambar ni tau.

Kuah Durian:
  • 600 ml santan
  • 100 gm isi durian (lecek-lecek tau)
  • 80 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan hingga mendidih.
  2. Hidang serabai dengan kuahnya.
Ini durian tau

Siap. Boleh makan. Rasanya? rasa kuih serabai ni tawar je, tak manis pun, garam pun tak berapa nak rasa sangat. tapi bila di 'kahwinkan' dengan kuah durian ni... walllaahhhhh, sedap. memang rasa siok makan. jadi kawan-kawan jemput la try menu ni yer. ok chowww selamat bersungkai kata orang sabah.



nota za: baru hari keempat puasa dah hilang idea nak masak pe.


3 comments:

YUS said...

Acuan dia mcm mne za? Ingat mcm masak lempeng! Adeih...

Aliza said...

yusm, za takde acuannya. buat dalam kuali kecil je

YUS said...

Owh.. nnt nk try buat lah! hehe.. thanks tau za.... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...