16 October, 2015

Dari Dia kita datang 
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

(ulang korus)
Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

(ulang korus)
Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuuraa
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa

(ulang korus)
Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan 
Hanya satu kebenaran




Bismillahirrahmanirrahim.....
Akhirnya lelaki itu pergi juga. Dari penciptanya dia datang, maka kepada penciptanya juga dia kembali. Tak ada sesiapa yang boleh halang atau tangguhkan. Syukur tiada sebarang keralatan di pihak saya, saya sempat jumpa dia 2 hari sebelum dia pergi meninggalkan segala-galanya buat selamanya. 

Saya sedih, memang saya sedih... tapi sekali rasa sedih itu datang dalam hati saya, 100 kali lagi kesedihan itu meluncur keluar dari Mak Chaq dan Dini. 28 hari kalau saya tak silap dia bertarung di hospital Seberang Jaya dengan segala bagai hos dan wayar.. dia mengajar saya erti takut kehilangan lagi lantas membuatkan saya tak kisah pasal cuti yang sikit atau kelas yang sudah bermula malah tak kisahkan pasal penat yang saya rasa bila berulang alik bangi - Penang. 

Lelaki tua itu yang saya panggil Pak Chaq.. terlalu baik buat kami adik beradik dan anak-anak saya. malah dia melayan incik suami dengan baik sekali hingga tak rasa kurang langsung perhatian tu. :'(  :'( :'( :'( :'( :'(

Dia tak seperti lelaki lain yang pernah saya kenal hingga respect saya pada dia begitu tinggi, tuturnya lembut.. tak kira pada tetamu atau pada anak atau pada isteri atau pada sesiapa.. terlalu lembut, dia begitu menjaga. hinggakan di dalam hati saya berkata-kata.. dia manakah dosa dia yang perlu dihitung kerana langsung tak nampak celanya... Ya Allah Ya tuhanku... saya mula teringatkan dia.

Anak-anak dengan senang memanggil dia Tok Chaq Boy...  dari cucu pertama dah selesa dengan panggilan tu.. Tok Chaq Boy dan Tok Chaq Girl tempat anak-anak menumpang manja memandangkan mak tok dan tok wan sendiri berada terlalu jauh untuk cucu-cucu bermanja. Setiap kehendak anak-anak ini jarang di tolak bila bersua.. Saya pasti mereka juga merasai kehilangan itu. Saya?? memang cukup terasa... kalau saya susah saya akan cari mereka berdua... hingga pernah satu ketika saya berada dala kesusahan yang amat sangat... saya tak cari mentua saya atau sesapa, tapi saya sanggup drive begitu jauh mencari mak Chaq dan Pak Chaq. Betapa saya berharap pada mereka berdua bila saya tiada apa-apa.

Lidah menjadi kelu, jari jemari menjadi kaku untuk meneruskan cerita tentam mereka berdua apatah lagi bercerita tentang kehilangan lelaki tua ini.. saya tak mampu. saya dari dulu sejak mula kena kenal erti hidup, saya begitu takut kehilangan mak ayah... takut kehilangan mak Chaq dan pak Chaq.. tapi hari ini.. saya tiada ayah dan tiada Pak Chaq... Kosong.. Kosong... 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...