Showing posts with label Alizajunior. Show all posts
Showing posts with label Alizajunior. Show all posts

28 February, 2020

On 2:35:00 PM by Aliza in , ,    1 comment
Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak berbual di sini. kekangan masa betul-betul jadi punca utama saya tak dapat nak buat apa-apa di sini. maafkan saya. last update tahun lepas... saya masih meneruskan kehidupan sebagai seorang pesakit Rheumatoid. tapi keadaan dah semakin terkawal sekarang, ALHAMDULILLAH.

sebenarnya buka itu cerita utama saya. Jom, saya perkenalkan produk ketiga saya... NUR ASMA' ALIZA.

dah 9 bulan dia sekarang. lagi sekali maaf sebab lewat perkenalkan dia untuk semua kawan-kawan blogger. Asma' penghibur saya sekarang bila Batrisyia dan Qaireen sibuk dengan kehidupan remaja mereka sebagai pelajar. Asma' peneman saya, insya-Allah.




3 orang dah anak dara saya. Alhamdulillah. cuma special Asma'... dia ada lesung pipit di kedua belah pipi. cantikkan... 

oklah, saya tak tau nak cerita apa sebenarnya, agak kekok sikit nak menulis dah rasa sekarang, mungkin sebab lama tak bercerita kat sini. insya-allah, saya akan asah semula bakat menulis ya... hahahahah

~mak anak 3~

09 April, 2019

Bismillahirrahmanirahim....

Selepas menyepi hampir 2 tahun dari berblog, saya datang lagi. bukan lupa.. tapi entah, agak malas untuk menulis. lagi-lagi bila dah ada Instagram dan Facebook ni. nampa sangat arena blogger ni dah tertinggal jauh ke belakang.

Pagi ni tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi cerita. Hanya berkongsi di sini saja.. di Facebook atau Instagram langsung tidak.

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. saya tak pernah sangka untuk semua rezeki ni.


Budak kecik masa 7 atau 8 bulan. tak ingat dah

Bulan 8 tahun lepas dapat berita yang mungkin gembira... Alhamdulillah, saya positif mengandung. Selang selepas 2 tahun keguguran, Allah beri lagi sekali rezeki ini. Asalnya saya dah berputus asa, dan jujur saya cakap, dalam setiap doa saya sudah tiada mohon beri zereki anak lagi. saya dah redha yang anak saya hanya Kak long dan Adik saja ketika itu.

Tapi siapa saya untuk menidakkan kuasa dan REZEKI Allah. Kun Fa Ya Kun. Maka jadilah ia. tiada siapa yang tahu, lama juga saya berdiam diri dari memberi tahu suami. Bukan apa, saya takut peristiwa lama ladi lagi. keluarga dan kawan-kawan apatah lagi. Saya simpan sendiri. mujur alahan tak teruk.

Akhirnya saya berkongsi dengan suami dan beberapa orang teman. Alhamdulillah.. gembira mereka. Keluarga?? ramai yang dapat tahu semasa saya konvo. huhuhu.... tercapai juga hasrat untuk konvo bersama-sama baby dalam perut, hahahahahhaha...

Tak banyak yang nak kongsi, cuma nak kongsi berita gembira ni je.. Alahan, saya tak terus sangat, mengidam pun takde yang pelik-pelik. Alhamdulillah. cuma berat badan kali ni tak naik begitu mendadak macam masa kak long dan adik. sekarang berat badan masih di bawah 60kg.

Minggu ni dah cukup 36 minggu. maknanya dah 9 bulan kendungan saya. tak lama lagi lah, lelahnya hanya Allah yang tahu... insha Allah saya bertahan hingga bersalin.

Korang semua tolong doakan saya ya. Rezeki selepas 11 tahun kelahiran adik. apalah kejadiannya nanti ya... hanya Allah yang tahu... Doakan saya ya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...