Showing posts with label Final Exam. Show all posts
Showing posts with label Final Exam. Show all posts

07 October, 2015

On 11:09:00 AM by Aliza in , , ,    No comments
Meh kita sembang pasal tragedi exam. Sabtu lepas saya ada final exam untuk short semester bagi semester 3. Kiranya dah masuk kali ketiga la saya menduduki exam besar sejak belajar ni. Nak dijadikan cerita, mungkin kerana satu subjek je saya ambil, so kuranglah perihatinnya. Print kad masuk exam pun semuanya last minit, yang paling best study pun last minit, hamik kau....
Kesan daripada kelas last minit... Nahhh....


orang lain print kad masuk exam.. saya pulak print surat mohon pelepasan exam..
kahkahkahkah.. mujur pengawas peperiksaan tak semak macam biasa
kalau semak mampos kena suruh keluar rasanya...

Akibat kerja last minit juga.... nahhh... sarapan pun dalam kereta je.. mujur umah dekat 7eleven... syukkkur lah nakkk

Cari air wonda takde pulak.. hantam sajalah
bila sampai baru kelamklibut nak study apa yang patut.. adoii lah...
kenapalah jadi tabiat macam ni

Alhamdulillah... dah masuk semester 3 saya.. ada lagi 5 semester yang perlu dihabiskan. semoga saya kuat macam pakcaq untuk terus belajar.... AAmmeennn....



##menimba ilmu itu jihad.

03 October, 2015

On 7:15:00 PM by Aliza in , ,    No comments
Perghhhh....  Tak menang tangan rasanya. Sepanjang minggu ni asik dihujani sms dan panggilan dari mereka-mereka yang tak dikenali. Semuanya bertanyakan pasan Aliza Homestay. Wowwww....  Meniaga homestay lagi untung dari niaga unta. Ahahahahaa.  Mujur homestay ada 1 je, kalau ada 2,3, 4,5,6,7..ahahahahahha kompom jutawan sekejap. Alhamdulillah sebenarnya dengan rezeki yang Allah nak kasi. So... Sepanjang minggu konvo memang tak available lah homestay... Tak dapat nak lepak. 
Nak dijadikan cerita, semalam pun ada customer nak sewa homestay 2 malam.. Urgent katanya... Mungkin pada penyewa musibah yang menimpa beliau adalah satu ujian yang tak boleh ditolak, tapi di pihak saya ia merupakan rezeki. Itulah putaran hidup dunia kan....  Tapi semalam saya terpaksa korbankan masa untuk study saya dengan mengemas homestay lewat malam....  Alhamdulillah Ya Allah....  Jadi... Hasilnya pagi tadi saya jawab exam dalam 45 minit saja ahahahahaha.....

Ok.. Untuk yang berminat dengan homestay kami...  Kami berada di Nilai... Di kawasan berdekatan dengan Nilai 3...
#untuk dapat kan sesuatu kita perlu lepaskan sesuatu...  Andainya itu rezeki maka rezekilah namanya....

09 March, 2015

On 6:24:00 PM by Aliza in , , ,    No comments
Alhamdulillah….  Akhirnya penantian berakhir, dan terjawab sudah. Harini keputusan exam 1st sem keluar, memula gabra juga… sebab macam-macam bersarang dalam kepala. Nak target tinggi takut, nak target rendah lagi takut. Sebab saya ni antara orang yang paling takut untuk gagal dan kecewa. Tak patut kan…. 
Ok.. Saya lulus. Orang kata, Allah akan kasi ikut apa yang kita usaha. Allah akan kasi ikut apa yg kita minta. Mungkin inilah hasilnya untuk usaha dan apa yang saya minta, sem depan saya kena usaha lebih dan minta lagi banyak-banyak. Insyaallah saya dapat apa yang saya target.
Syukur…  terima kasih untuk semuanya.. Terima kasih untuk segalanya…  sebenarnya masa saya belajar zaman bujang dulu tak segerun hari ini bila nak dapat result… entahlah kenapa.
Tapi saya enjoy belajar. Besar harapan saya, saya boleh teruskan apa yang saya sedang kejar hari ni…. Semoga saya terus jadi orang pandai dan dibanggakan anak-anak dan suami saya. Insyaallah….
Chowwwww

20 January, 2015

On 9:15:00 AM by Aliza in , , , ,    No comments

Lagi Seminggu atau dalam kiraan kasar dalam 11 hari je lagi. Insyaallah perkara yang dah lama saya tak tempuh saya akan jalani dengan gentar atau pun dengan gerun ataupun dengan tabah... atau dengan bangga. sebenarnya macam-macam perasaan bercampur baur dalam hati saya.

Saya ingat last saya berdepan dengan aura "final Exam" ni ni masa buat belajar kat UPM dulu. Ya Allah... macam-macam ragam bila diingatkan ragam sebelum final exam, ada yang menonggeng, ada yang merangkak ada yang meniarap ada yang baring... kat tepi tangga pun ada ahahahahahaha. Auranya mungkin tak sama dan pasti tak sama dengan sekarang.. sebab masa tu study sesama kengkawan 1 rumah... sekarang study sendiri kat rumah dan kalau ada ruang study kat ofis.

dan yang paling saya ingat sekali masa saya nak exam PMR, SPM dan STPM.. saya bukannya antara orang yang dikategorikan sebagai ulat buku, tapi saya jenis kuat juga study, tapi result takdelah gempak sangat.... huhuhu. cuma yang saya tak boleh lupa setiap kali saya study lewat malam, ayah akan sentiasa terjaga dari tidur nak nengok saya study... dan paling tak boleh lupa kak edah akan sentiasa teman saya belajar hingga lewat malam. kekadang dia tunggu sampai tertidur di sofa.. Ya Allah.. besarnya jasa mereka pada saya. bila dikenangkan hari ini... saya rasa nak menangis sangat. serasa saya tak usah nak cerita... memang terlalu sangat mendalam perasaan tu.

Hari ini... saya study sendiri tanpa sesiapa teman. Bila study.. saya bercakaplah sengsorang.... Ya Allah.... semoga saya tabah melawan apa yang sedang saya rasa ketika ini.

Selamat Study semua kawan-kawan.... dan sesungguhnya perasaan hari ini tetap tak sama dengan perasaan kelmarin.


#merinduimu adalah satu perkara yang memeritkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...