Showing posts with label memancing. Show all posts
Showing posts with label memancing. Show all posts

22 March, 2016

Ok, mari kita berborak, sembang-sembang, cerita-cerita. Dah lama tak berblog. Bz lah mak. 

Minggu lepas sempena cuti sekolah saya dan family ikut trip bercuti ke Tasik Kenyir family incik suami. Dah lama sebenarnya saya dan keluarga kecil kami tak join aktiviti keluaga belah incik suami. Bukan tak nak join, tapi sebab bz dan masa tidak sesuai. Anak-anak nak periksa, mak sekolah, mak nak periksa. Ahahahahaha. Jom kita nengok apa yang ada kat kenyir ni. 

Usai saja kak Long tuisyen, dalam jam 11.30 kami gerak ke kenyir. Sebelum tu semua pakat tunggu kat petrol pam kat tol gombak. Nak konvoilah kononnya. Ahahahaha...  Jadi sebab nak konvoi maka yang sampai awal kena tunggulah kami yang lambat ni. Sampai je kat tempat yang dijanji, 4 biji kereta trus zasss....  Perghhh menguji betul berkonvoi beramai-ramai ni ahahahaha. 

Dalam jam 6.30 pagi kami sampai pekan apa ntah namanya, solat subuh,  sarapan bagai. Saya ni macam biasa memang bukan jenis makan berat awal-awal subuhnya, tapi kat kedai tu yang ada cuma nasi lemak, nasi minyak dan as usual nasi dagang. Failed betullah, rasa nak mogok je. Mencari juga kot-kot ada kuih ke hapa...  Illek...  Maka redha jelah mak telan nasi minyak sebab takut lapar kan. 



Pepagi Sarapan Kat sini. ni orang ngah sibuk buka pasar tadi...
ehh kalau kat sabah Tamu 


Usai je makan, perjalanan harus diteruskan ahahaha, power tak ayat. Dekat 2 jam kot baru betul-betul sampai kat jeti Kenyir. Wallah....  Banyak bot sebenarnya, dan banyak juga kereta yang pakir. Mujur ada pakir biar pun ntah selamat ke tak. 

Angkat Barang Dulu yer


Sebelum terbang  berlayar amik gambar dulu yer.
inilah family besar incik booos


Belum naik bot mak dah mula rasa goyang. Adoiiii....  Lagi satu hal yang spoiled. Ahahaha. Ok not bad botnya, ada 2 tingkat.  Tingkat bawah ada hall, dapur dan 🚽. Ada tv tu, astrox pun ada tapi tak berfungsi ahahaha. Rasa tertipu pula. Tingkat atas semuanya bilik. Ada 6 bilik semuanya, ada tilam dan bantal. Selesa lah juga bilik biarpun takde kunci. Bila nampak bilik apa lagi, mak pun coverlah tidur, sebab sepanjang perjalanan malam tu memang tak nyenyak tidurnya. Tapi ya rabbi...  Panasnya. Takde kipas ko... 

Tapi disebabkan mata yang begitu mengantuk, maka mak pun tertidur tanpa menghulur bantuan kat orang-orang di bawah untuk masak. Ahahahaha..  Saya memang surrender dalam bab masak memasak ni sebab saya memang x sebat memasak tambah pula saya memang x suka masak. Nasiblah... 

Nampak tak air terjun tu? nampak tak?
cantik sangat pemandangan dia kan.

Agak-agak segar sikit mata tu, solat pastu layan orang memancing. Cis, langsung takde ikan. Hampeh. Rasa macam buang duit pula. Lebih kurang dalam 2 jam lebih perjalanan, kami sampai kat kawasan air terjun. Waaahhh cantiknya. Saya memang tabik spring la.. Memang cantik. Sesiapa yang berminat pada keindahan alam semula jadi, saya rasa ini tempat yang sesuai. 

Hari kedua kat atas air, dah mula rasa bosan sebab line telefon takde. kalau ada pun macam nyawa-nyawa ikan jer. Kalau korang nak tau, pepagi nya sejuk ya rabbi.... dah la takde selimut. jenuh menggagau kain nak buat selimut ahahahaha..... jadi sila ingat pesanan penaja ye, kalau nak ke sini sila bawa baju, tuala dan selimut ahahahahaha.


ini aktiviti sebelum balik. terjun tasik berendam.
disebabkan saya ni penakut air... makanya saya statik je kat situ.

joran yang banyak tangkap ikan apa erk...
alamak dah lupa. manis ikannya


Dorang ni pula naik bot nak ke kawasan air terjun
Siap, jom balik

Akhirnya selesai sudah percutian kat tengah-tengah Tasik Kenyir. 2 hari 1 malam punya trip. ok boleh la dari takde trip ni, nak kata best sangat takdelah... sedang-sedang gitu. mungkin sebab saya tak berapa minat kot dengan aktiviti bot-bot ni, makanya saya bagi 2 bintang jer untuk percutian kali ni. ahahahahahaha.... bosan aihhhhh..... wakakakakaka...  lepas ni nak panjat gunung lah....

saya takde no. telefon orang bot ni tau, kalau korang nak try... nengoklah kat gambar tu.. ada kot nombor fonnya. kalau tak pun, apa susah incik google kan ada. ok kawan-kawan, selamat bekerja semula.


#jangan terlalu menunjukkan kebahagiaan kita sedangkan masih ada yang kurang bernasib baik untuk berasa bahagia.

07 April, 2014

Alamak... tak ingat lah bila kejadian ni berlaku hahahahahaa..... tapi yang pastinya masa cuti sekolah dan bukan masa cuti sabtu ahad :p. Sebenarnya dah lama plan nak g memancing kat kelong ni.. tapi disebabkan ada saja acara lain yang menggagalkan misi, masa terpaksala ditunda saja. tapi kali ni alhamdulillah... jadi juga.. Syukur Ya Allah.

Kami bergerak dari umah dalam jam 9.30 pagi, sampai kat Bagan Lalang lebih kurang jam 11 pagi.. tu pun selepas campur tolak bahagi darab dengan macam-macam persinggahan nak beli itu ini, adehhhh...

Ala, tak retilah akak nak bercerita pepagi ni.. meh nengok gambar.

Semua barang longgok saja sini sementara tunggu bot sampai. panas wehhh

Delu masa 1st time datang sini, adik masih kecil lagi..
umo dalam 3 tahun kot.. alahai.. dah tak ingat la.
sekang datang lagi, adik dah anak dara dah. Besar kan adik...
Kak long, kali pertama lah ni datang trip mancing kat Bagan Lalang
ok, bila sampai je kat sini.. kira-kira tetangah laut,
ini aktiviti pertama, pasang apa yang patut dipasang.
Ibu tukang amik gambar saja, sebab ibu tak reti nak pasang mende alah ni,
 nak pancing boleh la..

Tada... dah dapat ikan.... tapi cenonet je ikannya.. apapun, Alhamdulillah
Ramai tu
Kali ni joran adik plak sangkut ikan.
hmmmm... dah nengok gambar kan. kesimpulan cerita memancing kali ni agak suram hahahahaha. bukanpe, ikan tak banyak... ikan-ikan kali ni semuanya agak pemalas nak makan umpan. Saya pun rasa tak seronok.. tapi dalam hati berkata-kata, nak datang lagi.. nak dapatkan ikan yang banyak. 

ops, lupa nak kasi tau, sewa ke kelong Bagan Lalang ni dah naik tau.. dah jadi RM50 satu kepala, bebudak dia caj separuh. kelong ni plak macam umah tengah laut yang ada banyak bilik, ada toilet zaman jepun dan ada dapur untuk masak. oklah not bad.. cuma yang badnya bila takde ikan.. hahahahahaha


Akhir sekali, kami makanlah ikan bakar yang ada kat kedai makan sini..
kahkahkahkahkahkah


za: sekali sekala berlibur kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...