09 June, 2010

On 12:20:00 PM by Aliza
KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia selepas dia berada hampir tiga jam di dalam van sekolah yang dinaikinya, semalam.

Alyah Zainal Abidin, dikatakan tidak turun dari van bersama rakan yang lain sebaik tiba di sekolahnya iaitu sebuah tadika di sini, kira-kira jam 7.40 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata guru dan rakan kanak-kanak terbabit juga tidak menyedari Alyah tidak turun daripada van apabila sampai di sekolah, sebelum dijumpai oleh pemandu van berkenaan kira-kira jam 11 pagi. “Pemandu van berkenaan menemui kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan pengsan di dalam kenderaan berkenaan selepas tamat waktu persekolahan sebelum membawanya ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah ginjal dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

berita harian

suara hati ibu: teringat kat kak long, umur sebaya jer, Ya Allah lindungilah anak-anak aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...