07 April, 2014

Alamak... tak ingat lah bila kejadian ni berlaku hahahahahaa..... tapi yang pastinya masa cuti sekolah dan bukan masa cuti sabtu ahad :p. Sebenarnya dah lama plan nak g memancing kat kelong ni.. tapi disebabkan ada saja acara lain yang menggagalkan misi, masa terpaksala ditunda saja. tapi kali ni alhamdulillah... jadi juga.. Syukur Ya Allah.

Kami bergerak dari umah dalam jam 9.30 pagi, sampai kat Bagan Lalang lebih kurang jam 11 pagi.. tu pun selepas campur tolak bahagi darab dengan macam-macam persinggahan nak beli itu ini, adehhhh...

Ala, tak retilah akak nak bercerita pepagi ni.. meh nengok gambar.

Semua barang longgok saja sini sementara tunggu bot sampai. panas wehhh

Delu masa 1st time datang sini, adik masih kecil lagi..
umo dalam 3 tahun kot.. alahai.. dah tak ingat la.
sekang datang lagi, adik dah anak dara dah. Besar kan adik...
Kak long, kali pertama lah ni datang trip mancing kat Bagan Lalang
ok, bila sampai je kat sini.. kira-kira tetangah laut,
ini aktiviti pertama, pasang apa yang patut dipasang.
Ibu tukang amik gambar saja, sebab ibu tak reti nak pasang mende alah ni,
 nak pancing boleh la..

Tada... dah dapat ikan.... tapi cenonet je ikannya.. apapun, Alhamdulillah
Ramai tu
Kali ni joran adik plak sangkut ikan.
hmmmm... dah nengok gambar kan. kesimpulan cerita memancing kali ni agak suram hahahahaha. bukanpe, ikan tak banyak... ikan-ikan kali ni semuanya agak pemalas nak makan umpan. Saya pun rasa tak seronok.. tapi dalam hati berkata-kata, nak datang lagi.. nak dapatkan ikan yang banyak. 

ops, lupa nak kasi tau, sewa ke kelong Bagan Lalang ni dah naik tau.. dah jadi RM50 satu kepala, bebudak dia caj separuh. kelong ni plak macam umah tengah laut yang ada banyak bilik, ada toilet zaman jepun dan ada dapur untuk masak. oklah not bad.. cuma yang badnya bila takde ikan.. hahahahahaha


Akhir sekali, kami makanlah ikan bakar yang ada kat kedai makan sini..
kahkahkahkahkahkah


za: sekali sekala berlibur kan....

3 comments:

YUS said...

Bestnya za.. Sonok jgak dtp laki kaki jalan kn!

Aliza said...

alhamdulillah yus, kebetulan za pun gila jalan2...

azizi aziz said...

Tempat nie mmg best mancing .ikan banyak cuma kemudahan je hampeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...