26 November, 2008

On 9:32:00 AM by Aliza   3 comments
Semalam aku beli Majalah Mingguan Wanita, selak punya selak.. belek punya belek, aku tertarik ngan satu tajuk sindrom anak kedua bagaimana ibu bapa menanganinya.

Aku cuba nak kongsi apa yang aku baca, bila Dr. HM Tuah Iskandar memberitahu bahawa anak kedua ni lebih fleksible… (terbayang di minda aku anak keduaku Qaireen, adakah dia akan lebih fleksible berbanding Batrisyia) ni aku tuliskan sedikit petikan dari kajian beliau

“ Terdapat tiga kategori anak, iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksible, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunya kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Disebaliknya anak kedua ini juga cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan memebeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah dipakai oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung membuat anak kedua akan rasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri’ ini akan membuatkan mereka mudah mengalah (lagi sekali aku terbayang anak keduaku, memang betul semenjak kelahiran, dia banyak menggunakan barang kaklong, baju barupun banyak yang orang hadiahkan bukannya ibu atau papa beli. Yang baru untuk dia, beberapa pasang sarung tangan n kaki, baju adalah dalam 4,5 pasang, botol susu, pam susu, baby car seat)

Sambung lagi…. Berbeza dengan anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. (Kalini aku terbayang Batrisyia, aku juga anak pertama.) sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagiboleh dikawal. Percaya atau tidak persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya. (akan ada adik lagi kah anak-anak aku ?)

Dari artikel yang aku baca ni, sedikit sebanyak member kesedaran pada aku tentang anak kedua ni. Rasanya lepas ni aku kena lebih peka dengan apa yang aku buat. “abang, lepas ni kita jangan asik bagi adik barang-barang bekas kak long erk, sekali sekala kita beli yang baru untuk adik yerk”

3 comments:

Anonymous said...

angah aku slalu je mberi msalah kepada keluarga aku.terutama skali ngan mak aku,die sgt kuang ajar.rs nk lempang pon ade.seb baik aku kuat iman.

Aliza said...

Dalam Keluarga tu mesti ada sorang yang akan berperangai pelik dari yang lain, tapi tak semestinya semua tu jatuh pada anak yang kedua...

Anonymous said...

Saya ada satu pendapat mengenai sindrom anak kedua ini.... Kebanyakkan anak kedua perempuan lebih pendek ketinggiannya daripada adik-beradiknya yg lain.... contohnya kakak saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...