Lempeng Tepung Biasa yang Ala Kadar

10:26:00 AM Aliza 0 Comments


Semalam Incik Suami request buatkan lempeng biasa + Sambal ikan bilik + air kopi ais. perghhhhh... memang saya suka. walau saya dah kenyang sebab makan berat petang semalam, tapi sebab lempeng ni saya rasa macam suka.. saya layan juga. hehehehehe

Dan,
Atas request seorang teman, dia nak resepi... hahahahahaha, kelakar la ko ni Ena.. bikin den malu ehhh.. lempeng je ponnn... oklah... sebab bangga punya pasal ada orang minta resepi, meh saya kongsikan. ena, amik pen ngan kertas cepat..


Bahan-bahannya:

  1. Tepung saya ambil dalam secawan
  2. garam sket je.. bajet sendiri la nak masin mana, tapi incik suami saya dah pesan jangan masin sebab nanti sambal bilisnya dah masin. ok dear.
  3. suku cawan air panas
  4. setengah cawan air biasa
  5. telur sebijik 

Cara-caranya:

  1. Campurkan  bahan 1,2 dan 4. kacau hingga sebati, jangan ketul-ketuklkan yer. 
  2. dah nampak adunan cantik, berkilat memikat, masukkan bahan 3. kacau lagi. kalau rasa adunannya pekat, leh tambah sket air panas, kalau rasa cair sangat, leh tambah tepung sket. cemana erkkk... hmmm kepekatannya lebih kurang wat ketayap tu. 
  3. masukkan telur. kacau sampai cantik.
  4. lempengkan atas kuali tak melekat ye. saya tak letak minyak pun.... perghhhh makanan sihat.

Selamat mencuba... selamat yer kawan-kawan. sambal ikan bilisnya boleh buat sendiri kot.....


0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...