16 June, 2009

On 10:38:00 AM by Aliza in
Entry sebelum Ku ini Ku Ada bercerita tentang kawalan kesihatan di Bayun International Airport. Pertama kali Ku sampai di sana kumemang agak terkejut beruklah, sebab memang terlalu ketat Dan terperinci pemeriksaan yang dibuat. Setahu aku sebelum merebaknya kes H1N1 ni, semua penerbangan akan terus sampai ke bangunan terminal Dan penumpang akan terus masuk ke terminal. Tapi sejak 3 minggu kebelakangan ini katanya semua kapal terbang hanya akan mendarat lebih kurang 1 atau 2 km dari bengunan terminal. Jadi pemunpang akan turun Dan menaiki bas yang disediakan. Pemeriksaan pula dibuat terus di dalam kapal terbang, Ya Allah, mereka seolah-olah cukup takut mati, siap berpakaian Ala-Ala angkasawan. Pemeriksaan yang dibuat seorang demi seorang Dan kaedahnya cara manual. Semua ini adalah atas pengalaman mereka pada masa-masa lepas. Satu ketika dahulu China merupakan salah satu negara yang cukup teruk diserang virus selesema burung, jadi semua itu membuatkan mereka lebih berhati-hati di dalam menerima pelawat dari luar, seolah-olah mereka takut pisang berbuah 2 kali.
Semua ini jauh berbeza dengan kawalan kesihatan yang dikenakan di KLIA, Malaysia. Teknologi Kita memang canggih, Kita punya alat yang canggih untuk menyukat kadar suhu penumpang, tapi Kita cuma akan diperiksa sebaik sahaja Kita mendarat Dan masuk terus ke bangunan terminal. Logiknya, kalau Ada seorang penumpang yang positif H1N1, macamna? Bukankah sudah melibatkan semua yang Ada di sekitarnya? Korang boleh fikir sendiri, walau sejauh mana canggihnya teknologi Kita, tapi kalau kawalan yang dibuat tidak seketat mereka yang menggunakan teknologi yang kuna, keputusannya tetap sama bukan? IA pasti merebak. Korang boleh nengok sendiri gambar yang Ku masukkan. Kalau ikut jumlah mereka yang positif H1N1, jumlah di Malaysia lebih besar berbanding China. Betul kan? Sebab apa? Semalam Kita dikejutkan lagi dengan peningkatan jumlah yang dijangkiti virus itu. Tapi mungkit kerajaan Kita Ada targetnya sendiri untuk menangani penularan virus ini, siapa yang tahukan? So Fikir-Fikirkanlah.

Kawalan kesihatan yang dibuat di dalam LCCT


Kawalan kesihatan yang dibuat di dalam kapal terbang Air Asia di Bayun International Airport.

Inilah pakaian mereka yang membuat pemeriksaan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...