15 June, 2009

On 4:07:00 PM by Aliza in
Korang semua... Sorilah lambat nak updet blog.sebenarnya aku memang tak sabar nak bercerita tentang percutianku, terlalu banyak gambar dalam kameraku.. Kamera sidia lagi banyak wooo.. Tapi pepagi tadi Ku agak bz... Tak sempat nak beremail-email n berchatting-chatting.....
Ok in Ku nak bercerita... Kubertolak ari khamis TU, sepatutnya flight Ku jam 5.45 pagi.. Tapi nak dijadikan cerita Ku terlewat cuma 10 minit.. Atas halangan di imegresenlah bagai Dan banyak nar lagi yang menghalang... Macam-macamlah... Last-last kami ditinggal kapal terbang, sepatutnya tak kena tinggal sebab kapal tak terbang g, tapi ntahlah kapten kapal TU tanak bukak pintu.. Ku memang bengang sangat masa TU, sebab kucuma lewat 10 minit, kalau dorang delay berjam-jam TU tak pikir orang lain plak.. Huh! Inilah yang buatku tak puas hati...
Jadi atas ihsan suami, dia belilah tiket lain, flight jam 4.00petang, kami tak balik umah pun lepak kat airport jer... Bila sampai jer jam 4.00kami dah tercangak depan pintu nak berlepas, sekali korang nak tau... Kapal delay lah.. Sejam lagituh.. Punya kau hangin... Korang hangin tak kalau berada ditempatku... Aduhhh... Kurasa macam nak letup-letupkan jer air Asia TU!!!
Jam 5.00 petang baru kitaorang bertolak.. Aku memang hangin dari pagi lagi, tapi kucuba cool.... Jadi banyak gaklah gambar yang kuamik... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.. Berkematu jugaklah... Tapi kurasa tak sabar nak sampai... Dalam jam9 kami sampai kat Bayun International Airport.... Tapi disebabkan pemeriksaan H1N1 yang ketat kami dikuarantin di dalam kapal lebih kurang 2 jam... Aduh.. Aku tensen tul, adik dah ngamuk, yang kak long dah tak sabar nak turun... Kemeterian kesihatan China memang strict, cukup ketat kawalannya, kebetulan plak Ada 3 atau 4 orang yang demam, lagilah kawalan Dan pemeriksaan yang dibuat, bila dorang dah berpuas hati baru kami leh kuar. Huh! Pengalaman pertama. T kalau kuberkesempatan Ku tempekkan gambar pemeriksa-periksa kesihatan di sana, mesti korang rasa pelik. Turun jer dari kapal, kami terus beli sim kad China, hehehehe sepatah haram tak paham apa yang dicakap, belasah jer. Cuma pemeriksaan kastam agak ketat jugak, serba serbi ketatlah, tapi yang Ku perasan dorang in semua jenis tak mesra alam.. Tak melayan pelancong sungguh...jam hampir pukul 11 malam, kami disambut oleh saudara Suhail di sana.

kami melepaskan lelah di restoran kat LCCT


Naik jer kapal, adik terus tido


Papa, ibu dan kak long dengan masknyer

adik tak mau pakai mask, jadi kuterpaksa kaber2kan adik


ini borang yang perlu diisi untuk laporang kesihatan dan ketibaan di Guangzhou


aktiviti yang dibuat dalam kapal bagi mengelakkan penumpang mengantuk, tapi semua dalam bahasa Cina, mana paham da....



adik dan kak long sambung tido sementara menunggu masa 4 jam abis.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...