15 June, 2009

On 5:05:00 PM by Aliza in
sebenarnya sebelum aku sampai ke Guangzhou, aku tak boleh nak bayangkan bagaimana keadaan tempat tersebut. cuma aku sering diomokkan dengan pelbagai cerita kononnya susah untuk mencari tempat makan, susah nak solat, tempatnya kotor dan berbagai-bagai lagilah. mula-mula sekali sampai, gerak hati aku cakap, betullah apa yang orang cakapkan tu, semuanya gara-gara ketatnya pemeriksaan kesihatan mereka di sana, dan cara layanan mereka terhadap pelancong, mereka memang tidak mesra langsung. aku memang tak selesa. peryama kali naik teksi untuk ke hotel, aku mengucap panjang, Ya Allah, betapa tidak bertamadunnya mereka memandu, cukup tidak mengikut undang-undang. apa yang mereka rasa nak buat waktu itu, mereka akan terus buat. huh, aku rasa inilah yang sering dikatakan tentang tak bagusnya China. saat itulaha ku rasakan, bagaimanalah nanti hotel yang aku duduk nanti, mesti maha teruk. tapi bila aku masuk ke bandar Guangzhou, wahhh... bertama canggihnya mereka, mengalahkan keadaan malaysia yang dikatakan maju itu. mereka sudah ada bas elektrik.."sebenarnya aku tak tau apa namanya" bangunan yang dibina dihiasi dengan teknologi-teknologi yang canggih, sedangkan di negara kita keadaan seperti itu hanya dibeberapa tempat jer kita leh saksikan. bila kami sampai hotel, fuh, hotel macam 5 bintang walaupun tidak berbintang. memang selesa, katil yang besar, tv, bilik air siap ada tab mandi. sedangkan kalau di malaysia kurasa taraf hotel seperti itu mana mungkin ada tab mandi, kalau ada pasti berbintang-bintang atau bayarannya lumayan. bukan nak bercerita tentang keburukan negara sendiri, tapi aku cuba bandingkan keadaan sebenar supaya korang tak salah anggap. sebab tulah penduduk China boleh hidup tanpa mengharapkan bantuan orang luar. mereka boleh bangun sendiri dengan segala yang mereka ada.. kadangkala ku terfikir yang mereka lebih moden banding negara kita. cuma yang aku tahu mereka diharamkan menggunakan motosikal, sebab sebelum ini terlalu banyak kes ragut, jadi kerajaan mengharamkan penggunaan motosikal, kecuali untuk kegunaan perdagangan, bolehkah kerajaan kita melaksanakan semua tu? bolehkah rakyat malaysia menjadi sepatuh rak China? ada positif dan ada negatifnya, aku tidak mengagungkan mereka, cuma aku membezakan beberapa keadaan, bak kata pepatah, yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan , betul tak?
hari pertama saja di sana ada dah tahu, mereka banya bergantung pada pengangkutan awam, dan pengangkutan awam plak, memandu memang tak ikut law, terlalu gila, kita di Malaysia masih ada adab dan tertib lagi, sedang mereka, langsung tak ada, ZERO. itu besanya bukan, peradaban, adab dan tatasusila. mereka suka meludah di mana saja yang sempat tanpa memperduli siapa di depan atau di sebelah mereka.
pasal tempat makan, aku rasa tak susah mencari tempat makan halal, cuma kena dan tak kena jer dengan selera kita, tapi banyak kedai makanan halal. cuma untuk solat agak susah sket, kita kena pandai mencari ruang. alhamdulillah, sepanjang kami di sana kami masih berpeluang untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, cuma kami asik tertinggal solat subuh, bukan apa, solat subuhnya terlalu awal, seawal jam 4 pagi.
soal tempat-tempat menarik pulak... kami tak berkesempatan untuk berjalan-jalan di taman-taman cuma berkesempatan menaiki cruse, mewah rasanya, tapi cukup berbaloi. aku puas hati. percutian ami banyak dihabiskan dia tempat membeli belah. masa banyak dihabiskan di sana, sebab tempatnya bukan seperti di Malaysia, tempatnya jauh-jauh. dan terletak berasingan mengikut jenis barangan, kalau nak cari kasut kena pagi tempat kasut sahaja, besarnya memang besar, korang boleh bayangkan sebesar dua bijik mid valley tu, besar. begitu juga dengan tempat baju-baju, barangan bayi, barangan kulit, makanan.. dan pelbagai. semuanya terletak berasingan. aku memang penat, terutama di bahagian barangan keperluan bayi. bila kulihat barangan di situ, kurasa betapa mahalnya barangan bayi yang dijual di malaysia.. argh... pedulikkan semua itu, sebab kukira murah tanpa mengira kos-kos lain yang perlu ditanggung penjual di sini. oklah, aku dah nak stop, esok aku sambung lagi cerita perjalanan ku di Guangzhou, China.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...