09 September, 2009

On 8:51:00 AM by Aliza
  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur Dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang Hari.

  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian Dan sebagainya).

  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

  • Apabila keluar, tanya isteri kalau Ada sesuatu yang ingin dipesan.

  • Beritahu bila Kita ingin berehat atau tidur.

  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.

  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan Dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

  • Sentiasa kemas Dan wangi sebelum tidur bersama.

  • Urut belakang isteri sekali sekala.

  • Peluk Dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

  • Sabar Dan tenang apabila mendengar cerita Dan masalah isteri.

  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.

  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

  • Seeloknya masuk tidur serentak.

  • Belai isteri sebelum pergi kerja.

  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

  • Lakukan riadah bersama isteri.

  • Pergi berkelah sekali sekala.

  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.



  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...