20 October, 2009

On 9:30:00 AM by Aliza
Salam,


Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai seperti para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar. Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah membuak-buak, rasanya kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala dia sampai lumat. Dan macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah SWT menganugerahkan kita suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa' (survival instinct). Dengannya kita mempertahankan status diri, jika kita benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, jika kita tinggi mengapa biar kita dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar kita dihina.. demikianlah peranan gharizatul baqa', suatu potensi hidup (thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala anugerahkan kepada setiap manusia.

Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah. Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan. Antaranya,

1. Masuk kandang bersalah (defensif); teknik ini sering kali digunakan oleh pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik ini, kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya semakin rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!

2. Serang balas; teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar tak redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan boleh jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif. Boleh pula offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti ambil kayu ketuk kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara psikologi seperti mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif. Ada satu kisah dahulu dimana Rasulullah SAW dituduh sebagai penulis ayat-ayat suci Al-Quran yang dibantu oleh seorang nasrani bernama Jabr. Kemudian turun ayat untuk menyerang tuduhan tersebut,

"(Dan) sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas [TMQ An-Nahl (16):103]

Nyata fitnah itu disanggah sepenuhnya, dan Muhammad SAW berjaya. Namun terdapat juga teknik menyerang fitnah dengan menggunakan fitnah juga. Teknik ini sangat terlarang dalam Islam. Teknik ini banyak sekali digunapakai oleh politikus sekarang. Maklumlah, nak menang. Apa saja boleh, asal menang. Kekadang sedih betul kita lihat situasi kotor dan hina yang berlaku dikalangan kaum muslimin. Fitnah berhambur kesana kemari tanpa ada keinsafan diri. Yang penting matlamat diri, bukan tujuan hidup dijadikan oleh Yang Maha Esa.

3. Buat 'derk' je (buat dono); teknik ini agak susah untuk diapply, hanya orang yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun boleh jadi ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin. Jika orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum muslimin, maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman awal dakwah (di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera) seperti era kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, maka wajar orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap Islam. Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu ada pihak yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah sebab kaum muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar maaruf, nahiy mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan menanam sikap
assobiyyah dalam diri kita;

"Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah? Jawabnya, bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari Watsilah bin Asqa]

Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka wajib kita hentikannya. Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat, na'uzubillahi min zaalik.

Kesimpulannya, seperti awal email ini, saya katakan mungkin ada beberapa teknik lain yang tak dapat saya jangkau. Namun bagi saya, saya lebih menggemari teknik kedua, offensif secara ilmiah. Saya tak menggemari teknik defensif atau ultra defensif. Bagi saya, saya bukan pengutip sampah (recycler) tetapi saya suka membanteras orang yang buat kotor dengan sampah. Bagaimana dengan anda?

Layari
http://www.mykhilafah.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...