Pastinya rutin harian kita berbeza dengan rutin kehidupan haiwan, atau dengan manusia yang bukan Muslim.
Sepatutnya berbeza. Sewajarnya berbeza.
Kadang-kadang dalam kesibukan hidup ini, kita tidak sempat untuk berfikir isu-isu begini.
Kita sibuk dan kita disibukkan atau kita menyibukkan diri kita sendiri!
Kita mungkin sibuk kerana kita hanya berfikir tentang 'cari makan atau mencari duit untuk makan dan perkara yang berkisar disekitarnya .. kerjaya, kontrak, naik pangkat, perniagaan, kebun...'.
Itu menjadi agenda utama hidup kita seharian. Itu yang terdetik di fikiran kita apabila kita membuka mata di waktu pagi. Itu juga mungkin yang menjadi bahan lamunan kita ketika hampir melelapkan mata.
Kita mungkin disibukkan atau menyibukkan diri dengan bahan hiburan yang tiada penghujung. Buka mata pasang radio.. sibuk dengar lagu, masuk kereta.. sibuk dengar musik, masuk ofis.. sibuk dengar gossip, balik..dalam kereta.. sibuk lagi dengar lagu.., malam.. sibuk tengok TV, tengok wayang dan pelbagai lagi..
Masa bilalah boleh kita peruntukkan sedikit masa untuk memikirkan perkara yang besar dan penting bagi kita?
Sambil anda berada di depan komputer, rehatkan mata anda. Pejamkan mata dan bayangkan jawapan bagi persoalan ini. Sambil anda berada di dalam pengangkutan awam, pejamkan mata anda dan jawab persoalan ini. Ketika anda di rumah sebelum tidur dan cuba melelapkan mata, bayangkan seketika persoalan di bawah. Sambil anda memandu, perlahankan sedikit hi-fi stereo kereta anda dan bayangkan bagaimana kita boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.
"Apa beza hidupku dengan kehidupan haiwan? Berbezakah hidupku dengan haiwan?" "Apa beza hidupku dengan hidup orang kafir? Berbezakah hidupku dengan orang kafir??"
" Hendak ke mana aku sebenarnya dalam hidup ini?" " Ke mana aku selepas matiku nanti? "
petikan dari :- http://omaryaakob.blogspot.com
|