17 December, 2009

On 11:58:00 AM by Aliza
Lagi sket hari kita nak sambut tahun baru Hijrah, lagi sket hari kita nak masuk tahun baru 2010, lagi sket hari anniversary perkahwinanku yang ke 7.... lagi sket hari umo aku dah meningkat.

untuk tahun baru macam biasalah, azam baru..azam baru..azam baru.. azam lama macam mana dah terlaksana ke... rasanya ada yang dah terlaksana dan ada yang belum.... untuk annyversarry plak, tahun ni nak buat apa yer... rasanya aku tanak buat apa2 macam malas plak sebab aku takut nanti sambut bagai nak rak tapi apa yang berlaku tak seindah yang diharap.... semua memang selalu indah, tapi adakala apa yang berlaku cukup menyakitkan sebab tu aku malas nak pikir. en. somi ada bertanya nak g mana tahun ni, nak jalan2 macam tahun lepas ker erk itu yang aku pikir. hadiah plak macam mana? nak bagi gempak macam tahun lepas ker? hmmm aku mengeluh panjang... sebab tahun lepas semuanya gempak belaka.. kejadian-kejadian yang berlakupun gempak-gempak juga, sampai aku pun naik gempak macam nak gila kikikiki. takperlah, biarlah aku pikir sendiri apa nak buat n bagi tahun ni, dan harapan aku semuanya berjalan dengan lebih baik daripada sebelumni. dan apa yang penting impian aku untuk ulang tahun perkahwinan aku kali ini cuma kebahagiaan rumahtangga yang cukup bahagia. aku hanya mahu itu, dan aku hanya mahu kasih sayang suami dan anak-anak hanya untuk aku sahaja bukan untuk orang lain, dan harapan aku cukup tinggi di ambang 7 tahun perkahwinan aku, tiada lagi gangguan-gangguan yang mengusik perasaan untuk aku dan anak-anak, sebab aku dah cukup penat dengan apa yang pernah berlaku. sungguhpun di usia perkahwinan yang cukup muda ramai yang bercakap masih banyak cabaran yang perlu ditempuh, tapi aku tak rasa semua tu adalah penyebab untuk kita patah semangat untuk meneruskan apa yang kita ada... jadi azam aku tahun ni, aku ingin menjadi seorang ibu dan isteri yang tabah, kekekekekeke macam real jer kan.

oklah, aku dah merapu macam-macam... so korang tolonglah doakan kebahagiaan rumahtangga aku hingga ke akhir hayat......

chaiyoooo......

rahsia di hati tak siapa yang tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...