03 December, 2009

On 3:57:00 PM by Aliza
Tengahari tadi aku berlari sekejap ke Hospital Putrajaya. sebamal aku dapat berita yang adik ipar aku masuk wad sebab dah turun tanda nak bersalin. tengahari tadi masih belum bersalin, so aku pun pegilah melawat kebetulan PIL aku tak datang lagi, kesian plak. sesampai saja kat tepi katil, terus aku rasa kesian bila nengok dia, tapi dia masih boleh tersenyum walaupun dari mulutnya asik keluar ayat sakit jer. si suami memang dah tak boleh buat apa dah bila nengok isteri menahan sakit macam tu. terus aku terkenang semasa nak melahirkan kak long dan adik. Ya Allah, hanya Dia saja yang tahu betapi sakit dan peritnya untuk bekorban. bertarung nyawa hidup atau mati. Masa nak bersalinkan kak long aku di induce, sebab kak long dah lewat kuar. selepas beberapa jam diinduce baru aku rasa sakitnya... tapi sib baik aku sakit tak lama, lebih kurang 2-3 jam, dan sakitnya plak aku tak sempat nak rasa sakit selang 15 minit, 10minit ke sebab aku sakit terus nak bersalin. tapi sakitnya memang susah untuk digambarkan, nasib baik suami ada di sebelah.
masa nak bersalinkan adik plak, masa nilah aku dapat rasa sakit bersalin yang betul-betul, sebab aku rasa step by step, dari sakit selang setangah jam hinggalah sakit selang 5 minit. Aduh.. sakit yang amat sangat. susah untuk aku gambarkan perasaan sakit itu.
bila dikenangkan semuanya tadi masa nengok adik iparku menahan sakit.. aku terus terpikir, itulah sebabnya Syurga itu diletak di bawah tapak kaki ibu buat seorang anak, terlalu besar pengorbanan ibu itu.. buat sang suami pulak, itulah pengorbanan yang cukup besar buat kamu demi memberi kamu seorang zuriat, hargailah wanita yang menjadi isteri kamu itu dan juga hormatilah wanita yang menjadi ibu kamu itu...
"aku berharap rasa sakit itu akan aku alami lagi, tapi bila pun tak tahu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...