19 March, 2010

On 3:38:00 PM by Aliza
Banayk alasan untuk terus hidup dalam dunia ni.Lebih-lebih lagi zaman sekarang, zaman duit, ada duit semua jadi. kalau dulu cintalah segalanya.. "aku sanggup korbankan segalanya demi cinta, aku sanggup rentangi hujan dan panas demi cinta, aku sanggup segalanya demi dia yang aku cinta dan kasih" tapi sekarang bukan lagi cinta, cinta tak boleh beli rumah besar, cinta tak boleh beli kereta besar, cinta tak boleh bawa kita melancong kemana-mana yang kita nak, cinta bukanlah segalanya lagi, cinta juga bukan lagi punca bahagia tapi duit, kalau ada cinta yang berkepuk-kepuk tapi tiada duit, bergaduh juga hari-hari, berperang juga cinta yang dibina, tapi bila ada duit... mulut akan senyap, rasa tak bahagia akan terpendam menjadi nanah, duitlah segala-galanya. Jadi duitlah yang perlu dikejar walau sejauh mana ia berada, kerana duitlah yang kita perlu korbankan segalanya bukan lagi kebahagiaan dan senyuman orang yang kita cinta, sebab itu tak mendatangkan apa-apa makna lagi, sebab bila ada duit, kononya kita boleh bagi bahagia. segalanya duit.. matipun perlukan duit.....
Tapi perlu diingat, Allah itu maha Kaya... kalau cara kita untuk mendapatkan duit betul caranya insyallah kita akan dapat apa yang kita mahu, tapi kalau salah gayanya.. pasti tiada doa yang baik-baik buat usaha yang kita lakukan.. dan kita perlu tahu bahawa TIAP REZEKI DARI ALLAH ITU TIDAK KESEMUANYA BERBENTUK DUIT seperti yang kita kejar.

Aku sentiasa doakan yang terbaik buat dia biarpun saat dan ketika ini hati aku menangis dan meratap pilu sebab akulah seorang wanita, isteri dan juga ibu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...