|     Mungkin ramai dah lihat,   sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.        Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar   di Perancis pada hari ia disiarkan.        Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini   terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang   rendah.                 Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya   dengan penuh setia dan kasih sayang..             Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat   terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan   pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang   sepertinya..             Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi   kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu   dengan hiba..                 Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan   pemergian itu..                 Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi   meninggalkannya buat selama-lamanya....     Hidup menjadi sepi...                 Begitulah kasih   sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..    Manusia bagaimana?        Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...    kita manusia.....???     |