12 March, 2010

On 11:03:00 AM by Aliza
Hari ni 12/03/2010. selamat ulang tahun ayah yang ke 55. setiap saat dan ketika kami adik beradik doakan ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki. dan dalam keadaan macam sekarang hanya doa agar ayah cepat sembuh, cepat keluar hospital, dan panjang umur sahaja yang tak henti-henti dipanjatkan kepada ALLAH. dan harap ayah akan dapat satu hadiah dari DIA yang cukup bernilai diulang tahun ayah kali ini. SELAMAT ULANG TAHUN.


pst.. saat ini ayah masih di hospital, keadaan ayah stabil, cuma doc cakap jangkitan kuman(radang) pada pankreas ayah semakin merebak. pundi hempedu ayah bengkak dan paru-paru ayah berair sedikit. antibiotik ayah ditukar kepada yang lebih kuat dan ayah akan dipantau lagi 5 hari. dan dalam tempoh 5 hari ini aku tak putus2 berdoa agar ayah sembuh macam biasa. dan harapan ayah kuat melalui semua ujian ni. kami anak-anak ayah sayang sangat kat ayah.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...