sentiasa bersikap jujur

8:05:00 AM Aliza 0 Comments

Setiap manusia di beri hati dan perasaan, dan ada ketika kita diberi deria kelima... gerak hati yang kuat... lebih-lebih lagi bila menjadi seorang isteri dan ibu. gerak hati untuk seorang suami dan anak-anak cukup kuat.. walaupun ada ketikanya gerak hati tu salah belaka. macam aku sendiri, ada kalanya aku suka ikut gerak hati aku bila aku rasa ia cukup kuat, dan ada ketikanya aku malas nak layan aku buat endah tak endah jer. banyak baik dan buruknya tapi semuanya atas diri kita sendiri macamna nak handle sesuatu perkara tu. aku sendiri selalu terbabas juga dengan gerak hati sendiri. cuma sebagai manusia dan pasangan atau sebagai anak, kita kena jujur. jangan terlalu banyak memesong jawapan bila persoalan timbul. sebab ada ketika kita tak sangka yang jawapan salah yang sering kita beri akan memakan diri sendiri. dan jangan sangka yang niat kita kenapa kita selalu memesongkan jawapan tiap soalan akan difahami orang lain. mungkin niat kita baik sebab tu kita berbohong, tapi orang lain tak tahu betapa baiknya niat kita itu. jadi alangkah baiknya kalau kita sentiasa jujur di dalam sesuatu perhubungan besar yang telah kita buat. misalnya sebagai suami atau isteri, tak usahlah nak menyembunyikan fakta atau kebenaran dengan pembohongan yang kita sangka pasangan kita tak akan tahu, alasannya malas nak layan atau alasan yang paling baik nak jaga hati dia. kenapa kita tak boleh bersikap jujur? berterus terang saja, sebab setiap pembohongan itu pasti akan terkeluar kebenarannya. begitu juga denagn anak, buat apa nak menipu ibu bapa? lambat laun ibu bapa akan tahu juga pembohongan yang telah kita buat.
jadi pendapat aku, alangkah baiknya kalau kita berlaku jujur, tak luak satu sen pun kalau kita bersikap jujur dengan pasangan atau keluarga, tak usah nak berbohong, takut nanti akan makan diri sendiri......


pstt... kalau hujan katakan hujan, kalau guruh katakan guruh, jangan hujan dikatakan tak hujan jangan guruh dikatakan tak ada bunyi langsung... sendiri mau ingat.

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...