26 March, 2010

On 10:10:00 AM by Aliza
Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum
berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang
dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya
kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak
berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun
ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti
terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya
selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan
sekarang?

Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain?
Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih
berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak
pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki
yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu
seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada
gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan
yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan
seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki
kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga
gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali
ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali
keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda
telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org
berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai
suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap
anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan
mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat
anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi
jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar
kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...