26 April, 2010

On 2:17:00 PM by Aliza in
beberapa hari lepas aku ada suarakan satu persoalan kepada suami. "abang, kalau za mati, abang kawin lain tak?" dengan pantas suami menjawab "ala, sedangkan masih hidup pun nak inikan pula kalau dah mati". memang rasa kelakar dengan jawapan dia. aku tahu dia bergurau.
tapi bila aku fikir balik, sebenarnya aku tak kisah walaupun sebelum ni aku ada bercakap yang aku tak bagi suami kahwin lain kalau aku mati, kalau dia kahwin, aku akan bangun dari kubur dan cekek dia kekekekekekeke.. kononnyalah kan... walhal semua tu karut..
aku tak kisah sebenarnya kalau ditakdirkan aku pergi dulu, dan suami aku berkahwin lain, aku benarkan. sebab aku tahu bahawa seorang lelaki cukup kurang sempurna perjalanan hidup dia tanpa seorang wanita di sisi, ini yang aku tahu, kalau salah tolong maafkan. tapi aku dah kenal ramai lelaki dalam hidup aku, dan ayah aku sendiri seorang lelaki. dan juga aku pernah rapat dengan ramai lelaki, jadi aku dapat rasa ketidaksempurnaan dorang andai tiada wanita di sisi mereka untuk menguruskan hidup mereka lebih-lebih lagi bila mereka ada anak. cuma yang aku risaukan kalaulah anak-anak aku dapat ibu lain selain aku bila aku dah tiada, bgaiamanalah nasib mereka. aku cuma berharap agar suami boleh mencari ibu yang baik buat anak-anak aku bukan isteri untuk dia sahaja. aku tahu pahit deritanya anak-anak yang tak mendapat kasih sayang ibu yang sepenuhnya, betapa memberontaknya hidup mereka. Semua perasaan itu akan dibawa hingga kebesar, akan berparut di hati mereka betapa rindunya mereka pada seorang ibu, dan percayalah, ketika itu pasti mereka akan berkata, "alangkah bertuahnya orang yang ada mak", "betullah orang cakap, ibu tiri tak sama dengan ibu kandung". ungkapan itu pasti akan tersimpan dalam sanubari mereka. dan dalam 1000, hanya seorang sahaja ibu tiri akan menjadi ibu kandung buat anak-anak tiri. Kasihan anak-anak ibu. itu yang sebenarnya sedang aku takutkan, sebab tu kalau ikutkan hati, biar saja suami membesarkan anak sendirian, biar kasih sayang itu hanya untuk mereka. tapi bukankah itu suatu yang tidak adil buat dia?
bagai mana pula aku sekiranya suami pergi dulu. Ntahlah, kalau ketika ini dia tinggalkan aku, hati aku cukup payah untuk mencari pengganti. biarlah aku sendirian, sebab aku rasa aku mampu membesarkan anak-anak aku sendiri, terlalu banyak cabaran di luar sana untuk anak-anak aku. biarlah mereka hanya ada aku dan aku hanya ada mereka. tapi tak tahulah kalau sampai masanya aku jadi seorang yang tak boleh hidup tanpa lelaki... hanya DIA yang tahu.

suara hati kecil za: sesungguhnya cinta aku hanya satu, hanya untuk DIA, dan dari DIAlah cinta aku dibahagikan kepada suami dan anak-anak. andai disini aku bersuamikan dia, aku berharap di sana nanti juga aku akan bersuamikan dia juga. insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...