02 April, 2010

On 11:28:00 AM by Aliza
Saya bukanlah seorang teman atau kawan yang terbaik, saya bukannya seorang teman yang bisa menjaga hati seorang kawan dengan sempurna. saya bukanlah seorang manusia yang boleh membuat seorang teman berasa begitu gembira setiap masa. saya bukanlah seorang kawan yang tidak boleh membuat seorang teman menangis..... saya tahu, saya terlalu banyak menyusahkan hati dan minda teman-teman saya... terlalu banyak kekurangan yang saya ada... saya bukanlah sebaik-baik manusia yang boleh dijadikan teman buat mereka yang berhajat mendapatkan teman yang sempurna. Tapi saya juga bukan teman yang sanggup menyakitkan kawan yang ada, kerana diawal sesuatu permulaan tidak pernah terdetik walau sebesar zarah untuk mengecewakan hati teman-teman.. namun kekecewaan tetap timbul jua dek kerana kelemahan yang ada pada seorang manusia yang bernama teman.

saya tidak pernah bertopeng atas nama kawan kerana saya tahu apa yang tersirat di jauh lubuk hati saya, bahawa saya terlalu menghargai tiap apa yang pernah saya mulakan. tak pernah terdetik untuk hilang apa yang pernah saya ada. Namun, saya masih tetap bukan seorang teman yang sempurna dan baik buat seorang kawan, kerana masih ada tangisan kerana saya. Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya.... cuma.. Saya adalah sebaik-baik seorang manusia yang bernama teman, kerana saya bukan seorang yang terlalu mudah melupakan jasa dan pengorbanan seorang kawan buat saya dan saya juga adalah seorang manusia yang masih tahu menghargai setiap budi yang ditaburkan buat saya kerana tiap langkah saya akan diiringi dengan doa buat mereka.... bukankah itu cukup besar nilainya? dihargai dan sentiasa didoakan..

apa yang ada dalam hati saya, usah dibiarkan apa yang mula bersengketa di hati menjadi barah.. kerana, di dalam dunia ini, segala-galanya kita boleh capai, tapi bukan teman yang sejati. kita punya matlamat hidup yang tersendiri, dan kita punya alasan tersendiri dan kita punya sebab tersendiri kenapa dan mengapa semua itu terjadi.. usahlah disalahkan dengan apa yang berlaku hari ini, kerana kalau tidak ada hari ini, mungkin esok juga tiada.

salam sayang buat teman/ kawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...