29 June, 2010

On 12:45:00 PM by Aliza
Korang, arini aku rasa macam terganggu sket, ntah napa... tapi memang rasa lain sket perasaan tu. hmmm.. so, hasil daripada perasaan aku yang kacau bilau sket tu.. terhasillah kira-kira aku ni kehkehkehkeh... mari kita kongsi sesama yer.. bukan apa, saja jer nak wat perbandingan sket, tapi yang jelasnya aku tak tujukan kepada sesapa pun, hanya tujukan untuk diri sendiri, untuk papa dan untuk anak-anak aku yang lain.
mari kita nengok apa yang aku dah buat dan apa yang aku dah kira...

sekang umur Qaireen dah 22bulan. itu tandanya dan 22 bulan juga dia minum susu ibu, tak campur susu lain. dan itu juga tandanya aku tak tahu berapa harga pasaran susu formula setin atau yang refill sekang..

A.)
Qaireen = 22bulan

minum susu ibu selalma 22 bulan adalah free. cuma aku terpaksa beli beberapa peralatan yang berguna untuk membantu aku melaksanakan ekspedisi bf aku.

1. Set pam susu = RM600
2. Deep freezer = RM700
3. Storage untuk EBM = RM60
4. Servis pam n gajet2 beserta penggalak susu = RM200

so semua kosnya = RM1560.00

kalau Qaireen minum susu formula pula,

Qaireen 22 Bulan
susu formula anggaran yang cikai-cikai = RM30

so jumlah susu formula yang perlu dibeli hingga adik umur sekarang 22 bulan (belum kira sampai adik 2 tahun) adalah RM2640.00

jadi perbezaan RM kalau adik minum susu formula dengan susu Ibu adalah RM1080.00. (ini kiraan cuma setakat ni jer, belum kira lagi sampai adik umo 3, 4 tahun)

banyak bezanya kan.. Syukur sangat sebab adik minum susu ibu. pam susu dan deep freezer boleh guna lagi nanti kan, tak rugi kan. tin susu formula boleh simpan kuih raya.

B.)
ni lampin adik plak.
Qaireen mula pakai lampin kain moden (CD) masa umo 4 bulan. so hingga sekarang adik dah 18bulan pakai CD. kita kira yer.

harga Cd masa tu sekeping RM30, RM25, RM39. jadi aku anggarkan CD adik semuanya dalam rege RM1000.

kalau Qaireen pakai lampin pakai buang selama 18 bulan,
lampin pakai buang yang biasa adik pakai masa tu 1 beg = RM39.90, sebulan adik pakai 2 beg:

sebulan kos lampin pakai buang adik = RM39.90 x 2 = RM79.80.
18 bulan kos lampin pakai buang Qaireen = RM79.80 x 18 = RM1436.40

jadi beza kos adik pakai CD dengan lampin pakai buang adalah RM436.00 (itu kira adik pakai selama 18 bulan jer, belum dikira sehingga umo adik 3 tahun, korang leh kira sendiri, tapi kos pakai cd tetap sama.) banyakkan bezanya.

jadi cukup setakat ini bebelan ibu Alizareesya kehkehkehkeh.. sebarang pertanyaan atau tak puas hati boleh bagi comment jer yer, cuma rasanya semua ok kot, sebab ini cuma kira-kira dalam keadaan stabil...


nota ibu: fuh jimat sungguh belanja adik, berbeza dengan belanja yang dikeluarkan masa kak long dulu kehkehkehkeh.... jadi kesimpulannya, gunalah kemudahan yang free dan sedia ada dan gunalah LAMPIN KAIN MODEN WUDDAH. wakakakakakakakaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...