photo header2-1.png

Rasailah kebahagiaan

Orang yang dicintai akan merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.

Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?

Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.

Seorang pesakit barah kronik berkata ;
Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik.
Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati.Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa. Saya merasa gembira, puas dan bahagia" Usah dikata "Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira."

Kerana…kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya. Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta. Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada. Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa

yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.
Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.

Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia.



Nasihat: Rasa bahagia bukan apabila dicinta,tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia. dan za rasa bahagia bersuamikan dia.
PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.