17 August, 2010

On 12:27:00 PM by Aliza
28/08/2010 dah semakin dekat. itu tandanya usia adik dah 2 tahun, dan tanyanya dah 2 tahun adik breastfeeding. sebenarnya, ada timbul rasa sayang nak berhentikan adik bf, niat asal aku ingin teruskan selagi susu ada. tapi bila nengok keadaan aku sekang, produk susu semakin merundum.. hari ni saja mengepam aku cama dapat 2 oz jer, itu 2 kali aku mengepam... alahai rezeki... memang agak kecewa bila melihat hasilnya sebegitu rupa, tapai apa yanga ku boleh buat? penggalak susu mana yang aku tak cuba, semuanya aku dah bedal, tapi semakin hampir dengan tarikh 28/08/2010, semakin berkurang hasilnya. mungkin betul cakap azrina bila anak dah masuk 2 tahun hormon prolaktin kita dah makin kurang,semuanya fakto berkait rapat antara hormon, kerja dan stress. walaupun aku gigih mengepam siang dan malam, tapi hasilnya tetap tidak membuatkan aku ceria, lebih-lebih lagi dalam seminggu dua nih. aku cuba berfikiran positif "adik dah besar, adik kena stop menyusu". saat ini juga aku berfikir, susu apa yang aku nak bagi adik lepas nih, susu formula atau fresh milk? aku sebenarnya tak kisah nak bagi susu apa, sebab aku bukannya orang yang memboikot susu fm hehehehehe, tapi ada pendapat yang bagi tahu, usia adik dah layak berhenti menyusu, makanan pejalnya dah memadai untuk dia. so aku rasa banyak pertimbanagn yang perlu aku pertimbangkan untuk adik. kenapa keputusan untuk adik begitu rumit berbanding membuat keputusan untuk kak long? sebab kak long aku tak full breastfeeding, umur kak long 2 bulan, kak long dah kucampurkan dengan susu fm, jadi tiada masalah masa tu, tapi adik plak berbeza, adik full bf.... tiada beza keduanya sebenarnya, sama saja... cuma keadaan saja yang berbeza. takpelah, cuma hingga ke asaat ini, aku masih berharap yang hasil perahanku masih boleh menampung proses penyususan Qaireen hingga dia cukup 2 tahun....



za: bila susah hati macam ni, bertambah kuranglah susu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...