29 October, 2010

On 8:03:00 AM by Aliza
Perangai anak kita berbeza. Sebagai ibubapa pasti mengharapkan anak-anaknya bersopan santun. Apatah lagi berhadapan dengan orang lain. Adakah kita benar-benar mengenali akhlak sebenar anak kita? Bagaimana cara kita mengenali akhlak yang benar dan akhlak yang direka-reka dihadapan kita?

Jika kita lihat hadith nabi, sudah jelas Baginda memberikan panduan di dalam sebuah hadith :

almisk = kasturi

"Perumpamaan sahabat yang baik dan jahat  ialah seperti pembawa minyak wangi dan si tukang besi. Adapun si pembawa minyak wangi itu, kamu akan dapat wanginya jika dia berikan kepada kamu, ataupun kamu beli darinya ataupun kamu akan terkena baunya yang wangi. Manakala, si tukang besi samada baju kamu berlubang kerana terkena percikan api ataupun bau yang tidak menyenangkan terkena pada kamu"

Hadith di atas menunjukkan bahawa sahabat yang baik akan dapat memberikan kebaikan kepada sahabatnya yang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika sahabat kita dari kalangan orang yang suka melakukan kejahatan, kelak orang bersahabat dengannya akan terkena percikan kejahatan sahabatnya.

Kesimpulan ringkas, BERKAWAN DENGAN BAIK, KITA MENDAPAT KEBAIKANNYA manakala BERKAWAN DENGAN SI JAHAT, KITA TERKENAL DALAM KELOMPOK SI JAHAT.

Dr. 'Aid AlQarni pernah mencatat bahawa antara cara kita mengenal akhlak sebenar anak kita ialah melalui mengenali sahabat karibnya. Atau kita sebut sebagai BEST FRIEND. Jika sahabatnya tadi seorang yang suka dengan permainan video, anak kita tidak mustahil adalah penggemar minat yang sama. Begitulah seterusnya, jika sahabat baik anak kita kaki bola, anak kita adalah dalam kelompok kaki bola. Jika anak kita pula bersahabat dengan ulat buku, anak kita bolehlah dikategorikan di dalam kelompok anak-anak yang minat membaca.

Cuba anda selidiki siapakah rakan yang paling rapat dengan anak kita. Kita pasti menemui jawapannya.

petikan dari:
http://mesrarakyat.wordpress.com/page/5/


za: terlalu risau bila kak long dah pandai melawan, dan adik selalu ikut apa yg kak long buat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...