08 November, 2010

On 9:42:00 AM by Aliza   No comments
Aku cuba redha dengan tiap percaturannya. denganapa yang telah ditulis DIA. walau perit untuk terima akan kenyataan, tapi aku tak punya pilihan lain melainkan terima demi insan lain yang aku sayang. walau kekadang hati berbisik berbicara aku seperti tiada pilihan lain.. tapi aku terpaksa jua terima.. biarlah dikatakan buta mata.. asal jangan buta hati.. asal jangan hitam di hati, kerana sesungguhnya aku tahu.. DIA lebih mengetahui di mana letaknya hati yang bersih dan tidak.
aku tahu.. ada ketika aku kelihatan seperti diperbodohkan, diperlaku seperti orang yang tiada hati, dilayan seperti orang yang tak boleh melihat dan mendengar, tapi itu bukan tanda aku kalah dan bodoh.. segalanya kerana aku cuba untuk REDHA dengan setiap ketentuannya, kerana aku pasti.. janjinya DIA pasti yang terhebat buat aku.... dan janjinya lagi... segalanya dibayar CASH!!! ALLAH Maha Besar... dia Maha melihat dan lebih mengetahui dari segala-galanya...  aku ibu beranak dua... besar ganjaran yang ditulis Dia buat aku...
buat dia di luar sana yang sering memperlekeh atau meletakkan aku di tempat yang paling rendah sekali dengan cacian, hinaan, kutukan dan cerita-cerita bodoh tentang kelemahan aku sebagai seorang MANUSIA untuk dijadikan sebab.... ingatlah... segalanya pasti ada GANJARANNYA...  cukuplah sampai di sini saja segalanya lakonan.. yang busuk itu pasti tak boleh disimpan lama.... tak kisahlah siapa dia.. yang pastinya kita tetap satu.. milik ALLAH... tiada yang kekal walau berkali kita cuba berlagak kekal untuk mendapatkan kepuasan dunia yang orang di sebelah kita tak boleh penuhi...

AMIN...


za: hati selalu berbisik.. kawan makan kawan dan sesekali bermonolog lagi... orang yang paling rapat dengan kita itulah yang selalunya menikam kita dari belakang.. dan orang yang kita selalu tolong itulah yang akan meracun kita balik.. ibarat anjing yang tersepit, bila dilepskan akan menggigit balik orang yeng membantu.. usahlah jadi seperti anjing wahai manusia.. ingatlah.. aku tak pernah buta melainkan Allah yang membutakan hati ini...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...