23 December, 2010

On 4:52:00 PM by Aliza   No comments
lagi sehari genab usia perkahwinan saya dan suami 8 tahun. 8 tahun, rasanya satu jangka masa yang agak lama bagi aku, dan mungkin baru setahun jagung bagi mereka yang sudah berpuluh tahun menempuhi ranjau di dalam rumah tangga. 8 tahun... adakalanya saya seperti tidak percaya yang kami boleh bertahan hingga ke hari ini, bukan apa... terlalu banyak ujian, onak dan duri yang terpaksa ditempuh bagi mempertahankan mahligai kasih yang dibina. akhirnya... alhamdulillah, masih lagi boleh tidur sebantal, bergurau senda, kasih mengasihi.. dan yang penting.. hingga ke hari ini suami masih memanggil saya dengan panggilan "sayang", dan saya masih berkesempatan memanggil suami dengan panggilan "abang". bukan mudah untuk menjernihkan hati menerima kelemahan masing-masing..
8 tahun bersama... kami dikurniakan 2 orang puteri.. kedua duanya comel.. cantik.. bijak segalanya yang baik adalah untuk mereka, banyak mengikut persis suami....
dan dalam tempoh 8 tahun ini juga, saya dari hari kehari berusaha menjadi yang baik buat suami, tak kira apa jua yang berlaku, tak kira apa jua di sekeliling... aku tetap cuba menjadi yang terbaik buat dia. ibarat kata orang.. ingin mendapat syurga.. haruslah menjadi yang solehah buat suami, itulah yang cuba saya pertahankan. teringat pelbagai kewajipan yang perlu saya laksanakan bagi mendapat ganjaran syurga....

ALLAH Ta'ala berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya."
Nabi S.A.W bersabda:
'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.'
"Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki."
Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata:
'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka (untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'

Maka Rasulullah bersabda:
' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya.'

Dari firman dan hadith inlah membuatkan saya bertambah kuat untuk terus menjadi yang terbaik. tapi ada ketika, saya terbabas juga... menjadi seolah-olah seorang isteri yang cukup tidak memahami suami. ya Allah, ampunkanlah dosa aku.. wahai suamiku.. maafkanlah saya.

saya teringat pesanan terakhir Rasulullah ketika mendengar satu ceramah satu ketika dahulu.. pesanannya begini:-
" Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Ingatlah! sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan-kewajipan isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilahkan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka
tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci. Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.'
Nabi S.A.W bersabda: 'Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok- olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur(ketika isteri membangkang)"
'Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.'

saya bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya adalah yang terbaik atau terbagus sekali.. tapi saya menulis sekadar ingin meluahkan rasa sesalnya di hati baha betapa selama 8 tahun menjadi isteri seorang suami, saya terlalu naif... terlalu banyak membangkang suami, terlalu banyak melukakan hati suami.. terlalu banyak mementingkan diri sendiri,  terlalu banyak kelemahan yang ditonjolkan buat suami... tapi hingga ke hari ini, dia masih bertahan untuk memperisterikan saya... terima kasih abang.
sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8, saya sangat berharap... agar dia, boleh memberikan saya hadiah yang tak ternilai dengan mana2 hadiah.. bukan emas permata, bukan harta benda.. tapi kasih sayang dan penghargaan yang berlipat kali ganda... kasih sayang yang hanya untuk saya seorang... kasih sayang buat anak-anak.. tiada yang lain... penghargaan atas segala pengorbanan saya sebagai istri.. bukan menuntut balasan.. tapi sekadar ingin dihargai.. penghargaan dengan mengasihi saya sudah memadai...





za:sentiasa menutup kelopak mata, memekakkan telinga untuk terus bahagia. ' Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.'

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...